Sumber : Google |
Saya yakin ramai wanita di luar sana pasti runsing apabila melihat begitu
banyak kedutan di wajah anda. Sudah pasti anda akan mencari pelbagai cara
bagaimana untuk menghilangkan kedutan pada wajah itu secepat mungkin dengan
mencuba pelbagai produk dan petua petua tradisional.
Namun, sudah pasti ada di antara wanita di luar sana yang gagal untuk
mencegah kedutan pada wajah itu. Jadi, pada hari ini saya mahu kongsikan apakah
punca punca kedutan pada wajah dan bagaimana untuk mengatasinya.
Punca punca kedutan pada wajah
Pertama, punca kedutan pada wajah adalah ketawa.
Apabila kita ketawa, kulit muka kita akan meregang dan tidak kembali ke bentuk
asal disebabkan kekenyalan kulit yang telah berkurangan kerana faktor usia.
Oleh sebab itu, kita digalakkan mengawal diri apabila kita ketawa lebih lebih
lagi apabila melibatkan adab sopan.
Kedua, adalah kerana faktor penuaan. Apabila usia
kita semakin meningkat, lemak dan kolagen di bawah kulit akan berkurangan lalu
menyebabkan kedutan pada wajah terbentuk.
Ketiga, orang yang suka merokok akan kelihatan lebih
tua berbanding dengan orang yang merokok. Ini kerana rokok akan memusnahkan
kulit yang membawa oksigen dan nutrient penting yang dapat mengekalkan kulit
yang sihat dan muda.
Keempat, apabila kita sering mengambil minuman keras
dan beralkohol, kulit kita akan terhidrasi atau kulit kita akan menjadi kering.
Oleh sebab itu, orang yang suka mengambil minuman keras, akan mudah kelihatan
tua daripada usia sebenar mereka.
Kelima, apabila kulit kita sering terdedah kepada
sinar ultraviolet matahari, kulit kita akan terjejas dan menjadi kurang segar.
Oleh itu, saya nasihatkan supaya anda mengelak daripada sinaran matahari yang
terik. .
Tips mengatasi kedutan pada wajah
Antara tips yang boleh saya berikan di sini untuk
mengatasi kedutan pada wajah adalah anda perlu banyak mengambil buah buahan dan
sayur sayuran segar yang kaya dengan serat dan vitamin. Buah buahan dan sayur
sayuran ini akan membuatkan kulit anda sentiasa lembap dan tidak kering.
Selain itu, anda juga mesti melindungi wajah anda
dari sinar terik matahari secara langsung. Sentiasa gunakan sunblock dan
memakai topi yang besar untuk melindungi wajah anda.
Seterusnya, anda tidak boleh sesekali merokok dan
mengambil minuman keras. Hasil kajian menunjukkan 40% perokok dan orang yang
mengalami ketagihan arak akan kelihatan lebih cepat tua berbanding usia yang
sebenar.
Selanjutnya, anda perlu mencari cara bagaimana untuk
menangani stress atau tekanan anda. Stress boleh menyebabkan garis garis
penuaan mudah kelihatan dan kedutan akan cepat keluar.
Tips yang terakhir adalah jangan selalu mengerutkan
dahi. Apabila anda mengerutkan dahi garis penuaan mendatar di dahi akan lebih
mudah dan lebih cepat kelihatan.
Mencegah kedutan dengan produk Shaklee
Sebagai seorang pengedar Shaklee, saya sarankan
kepada anda supaya mengambil produk keluaran Shaklee iaitu Collagen Powder
Shaklee untuk mengatasi masalah ini. Di dalam produk ini terdapat isoflavon
yang merupakan bahan antioksida semulajadi yang melindungi kulit dari radikal bebas
dan kedutan. Produk ini juga dapat membekalkan kolagen yang merupakan protein
khas untuk menjaga kulit. Oleh itu, jika anda mahu menghilangkan garis garis
kedutan di wajah anda, saya sarankan anda untuk mencuba produk ini. Usah tunggu
lagi untuk mendapatkan produk ini. Segera
hubungi saya untuk mendapatkan wajah yang tanpa kedutan dan kelihatan muda.
Jika anda berminat dengan produk ini, anda boleh
menghubungi saya melalui :
Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Shaklee Independent Distributor
ID : 1171450
Sms/whatsapp/wechat/telegram : 012 9772806
PM FB : MNH Sastera Melayu
Pengedar Shaklee Kampung Baru, Kuala
Lumpur, Keramat, Bangi dan seluruh Malaysia.
Kena cegah dari awal yer ^-^
BalasPadamkita boleh kurangkan kedutan,tapi tak boleh nafikan ketuaan.hihi,apapun,semua orang tak suka kedut diwajah.
BalasPadampencegahan dari dalaman memang penting nak kekalkan kesihatan yg berkekalan..
BalasPadam