Ahad, 28 Ogos 2016

RAKYAT MALAYSIA SUKA GOSIP TETAPI BENCI ILMU

Image result for buku



Pengalaman saya selama beberapa bulan sebagai wartawan sambilan di sebuah portal berita telah membuka minda saya mengenai pembacaan rakyat Malaysia terutama golongan wanita. Jelas dan terang di situ, pembacaan rakyat Malaysia masih lagi di takuk yang lama.

Mengapa saya berkata sedemikian?

Apabila saya menghasilkan berita mengenai gosip dan artis – terutama tentang pelakon kacak bernama Raja Afiq yang berlakon sebagai Kapten Mukhriz dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz, artikel atau berita itu pasti akan mendapat perhatian yang tinggi daripada pembaca. Namun, apabila saya menghasilkan artikel seperti makanan makanan untuk mencegah kanser, artikel semacam itu pasti akan dipandang sepi.

Jumlah pembaca yang membaca perihal artis lebih tinggi daripada jumlah pembaca yang membaca artikel perihal ilmu pengetahuan.

Selasa, 23 Ogos 2016

BAGUS JUGA MALAYSIA TIDAK MENANG PINGAT EMAS DI OLIMPIK!



 Image result for olimpik 2016
Pasti akan ada yang terkejut membaca tajuk di atas. Pasti akan ada yang marah apabila membaca tajuk di atas. Pasti akan ada ‘siamang siamang’ bangang yang mengatakan bahawa saya ini manusia tidak patriotik dan tidak cintakan negara. Pasti akan ada bermacam tuduhan lagi yang akan dilemparkan kepada saya apabila membaca tajuk artikel yang saya hendak saya tulis ini.

Sebagai penulis blog, saya tidak kisah akan label apa yang hendak anda lemparkan kepada saya. Saya tidak hairan sedikit pun. Tetapi saya minta anda baca dahulu artikel yang saya tulis ini sehingga tamat.

Ya, memang saya mahu menulis tentang temasya sukan Olimpik yang masih hangat diperkatakan. Saya memang hendak menulis tentang temasya sukan Olimpik yang menyaksikan atlet atlet Malaysia gagal meraih walau satu pun pingat emas di Brazil sana.

Isnin, 22 Ogos 2016

ORANG TUDUH SAYA PEJUANG BAHASA!

sumber : Google

Blog saya bernama Saya Pejuang Bahasa. Mengapa saya pilih nama blog seperti itu, saya sendiri tidak tahu. Apa yang saya tahu, ketika saya mula mula menulis blog dahulu, nama blog inilah yang mula mula singgah dalam kotak fikiran saya.

Oleh sebab nama blog saya Saya Pejuang Bahasa, dan saya mengambil pula kursus bahasa Melayu di universiti, maka ramai beranggapan sehingga ada yang membuat tuduhan yang saya ini seorang pejuang bahasa.

Saya tidak terlalu mengambil cakna pada mulanya akan label yang dilemparkan kepada saya itu kerana saya menganggap label itu tidak lebih sebagai satu gurauan semata mata. Tetapi apabila label yang saya anggap gurauan itu menjadi terlalu ekstrim, sehingga saya boleh klasifikasikannya sebagai satu tuduhan, saya mula terfikir semula akan label yang dilempar kepada saya itu.  

Sabtu, 20 Ogos 2016

SEORANG BLOGGER MENULIS DI MANA?


Sumber : Google


Setiap penulis pasti ada tempat yang mereka suka untuk mereka menulis dan mengarang. Blogger juga seorang penulis – penulis blog – dan sudah pasti seorang blogger mempunyai tempat kegemaran mereka untuk mereka mencurahkan idea atau menggarap cerita.

Saya ada terbaca tentang seorang penulis yang mempunyai bilik atau pejabat sendiri untuk mereka menulis di rumah. Di dalam bilik itulah mereka meghasilkan penulisan mereka yang hebat hebat itu.

Sebagai penulis – penulis blog – saya tidak mempunyai tempat yang khusus untuk saya menulis. Tempat menulis saya di rumah ibu bapa saya ini adalah di mana mana sahaja atau dengan kata lain saya tidak mempunyai tempat menulis yang tetap.  

SIAPA PENGARUH PENULISAN SEORANG BLOGGER?

Sumber : Google


Untuk menjadi seorang penulis, kita perlu ada rasa minat untuk menulis. Jika tidak ada minat menulis, maka sukar untuk seseorang penulis itu menjadi seorang penulis yang baik atau menghasilkan penulisan yang berkualiti.

Dalam proses untuk menjadi seorang penulis (terutama penulis yang berjaya), pasti ada sesuatu yang menggerakkan kita untuk menulis. Menjadi seorang penulis memang tidak dapat lari daripada menjadi seorang pembaca. Menurut A. Samad Said, seorang penulis mesti membaca sebanyak banyaknya. Penulis yang lebih banyak menulis daripada membaca adalah penulis yang muflis!

Seperti yang telah saya sebut di atas tadi, untuk menjadi seorang penulis, pasti ada sesuatu yang menggerakkan kita untuk menulis. Sesuatu itu boleh jadi berbentuk orang, keadaan, persekitaran, pemikiran dan sebagainya.

Rabu, 17 Ogos 2016

SERONOK MENULIS DI BLOG BERBANDING FACEBOOK

Sumber : Google

Dahulu blog adalah medium popular untuk orang ramai menulis, menyampai pandangan, melontarkan kritikan, menjalinkan persahabatan dan mendapatkan maklumat tetapi kini, peranan blog sudah mula diambil alih oleh Facebook dan Twitter. Ini kerana, Facebook dan Twitter adalah laman sosial terbaru yang mudah dikendalikan berbanding mengandalukan sebuah blog.

Oleh sebab itu, pada masa kini, penggunaan blog telah menjadi semakin mengecil sejak adanya Facebook. Ramai orang berlumba lumba membuka akaun Facebook dan Twitter sehingga para blogger pun sudah tidak lagi menulis di blog tetapi ‘ghairah’ menulis di Facebook. Bukan sahaja ramai blogger yang sudah ‘lari’ ke Facebook dan menggelar diri mereka sebagai Facebooker, penulis blog yang masih menulis di blog pun sudah mempunyai akaun Facebook sendiri.

Orang suka menggunakan Facebook kerana ia mudah untuk dikendalikan, dapat mewujudkan jaringan persahabatan yang lebih luas (berbanding blog!), dapat mencari semula rakan rakan lama, dan maklumat dapat disebarkan dengan lebih cepat. Berbanding dengan Facebook, blog tidak dapat membuat semua itu walaupun peranan blog itu sudah diambil sedikit demi sedikit oleh Facebook.

Selasa, 16 Ogos 2016

PAS ANGKUH WALAUPUN SUDAH RAPUH!


Sumber : Google


Membaca tulisan terbaru Haji Subky Latif (penulis utama PAS) di laman portal Harakah Daily jelas menunjukkan yang beliau masih lagi berada dalam sindrom keangkuhan yang tidak berkesudahan. Keangkuhan wartawan veteran itu lewat tulisan tulisannya memang tidak pernah padam baik ketika PAS berada dalam Pakatan Rakyat ataupun selepas PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.

Ketika PAS masih berada dalam Pakatan Rakyat, usah dicakap betapa angkuhnya beliau memperkatakan isu itu dan isu ini. Beliau begitu yakin yang Pakatan Rakyat mampu untuk menawan Putrajaya dengan memberikan ‘teori teori politik’ yang dangkal. Oleh kerana beliau terlalu angkuh (termasuklah pemimpin PAS yang lain), Allah gagalkan cita cita sekalian penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat untuk menumbangkan UMNO pada PRU13. UMNO tetap berkuasa waima masalah tetap banyak membelengu mereka.

Keangkuhan beliau yang paling lantang adalah mengecam UMNO seolah olah PAS itu terlalu baik. Saya tiada masalah beliau mengecam UMNO kerana itu memang sudah menjadi tradisi masyarakat pada masa kini, tetapi nada angkuh dalam penulisannya itu yang tidak saya gemari. Beliau mengecam UMNO begitu dan begini pada saat PAS sudah tidak lagi relevan untuk disokong dalam PRU nanti.

Isnin, 15 Ogos 2016

PUISI PUISI YANG KABUR


Sumber : Google



Sebelum saya menulis dengan lebih mendalam artikel ini, saya sajikan kepada anda dua buah puisi A. S. Amin. Cuba renungi dua buah puisi di bawah ini : 

Dunia Kosong

Dunia kosong dan kau terpacak di simpang
merebakkan api membara menyala
mengalirkan darah menyilau di tanah
berseraklah tengkorak menyamai sampah

Tinggallah yang bisu kaku
gadis-gadis kehilangan kasih hatinya
ibu-ibu memimpikan anak-anaknya
isteri-isteri kehilangan suaminya

Kepada siapa sesalan hati
ataukah takdir dari Illahi?

Ada tangan kejam sekali
bersikap kasar menyalakan api.

Ahad, 14 Ogos 2016

MENCARI DAN MENGENAL ESEI ESEI SASTERA


Sumber : Google


Apabila kita menyelam ke dalam kolam sastera, kita tidak hanya jumpa novel, cerpen, puisi, dan drama sahaja. Kolam sastera juga turut dihiasi dengan esei esei sastera. Namun, persoalan yang sering menghantui saya sehingga sekarang adalah apa itu esei esei sastera?

Saya belajar tentang sastera secara formal adalah ketika saya berada di sekolah menengah apabila Kementerian Pelajaran memperkenalkan Komponen Sastera (KOMSAS) dalam subjek Bahasa Melayu. Saya tidaklah pada waktu itu baru kenal dengan novel, cerpen, dan puisi tetapi saya mendapat pendidikan secara formal mengenai sastera adalah melalui medium itu. Tetapi, KOMSAS yang diperkenalkan oleh kerajaan itu pada pendapat saya masih lagi belum lengkap kerana para pelajar tidak diperkenalkan dengan esei esei sastera padahal esei esei sastera juga adalah salah satu aspek penting dalam dunia kesusasteraan. Pendek kata, saya mempelajari sastera semasa di sekolah menengah itu hanyalah secara tipis sahaja.

Saya mula mengenal esei esei sastera dan mendalami sastera adalah pada ketika saya sudah melangkah keluar daripada sekolah menengah. Mujur saya dibesarkan di saat internet sedang melebar luas di mana mana. Jadi, dapatlah saya mengetahui sedikit sebanyak ilmu ilmu sastera yang tidak saya temui ketika saya berada di sekolah menengah dahulu.

Sabtu, 13 Ogos 2016

E - NOVEL : MELUNAS DENDAM (EDISI LENGKAP)



Sinopsis 

Dendam adalah perasaan atau keinginan untuk membalas perbuatan seseorang yang biasanya adalah perbuatan jahat. Namun begitu, wajarkah dendam dibalas kepada kedua dua ibu bapa yang telah salah mendidik anak anaknya? 

E-novel Melunas Dendam ini akan membawa pembaca untuk mengupas persoalan berat ini dalam konteks sastera dan penceritaan. 

E-novel ini sarat dengan pandangan, teguran, kritikan, dan sedikit elemen kesatiraan. Harap pembaca boleh berlapang dada dengan segala kandungan yang terdapat dalam novel ini. 

NOVEL : MELUNAS DENDAM BAB 29 (AKHIR)



         Suasana pada pagi satu Syawal itu sungguh meriah dengan kehadiran ahli keluarga, saudara mara, dan sahabat handai ke rumah. Orang yang jarang kita jumpa kerana kesibukan kerja, boleh kita jumpa pada Hari Raya Aidilfitri sempena meraikan hari kebesaran umat Islam tersebut sekaligus mengeratkan hubungan silaturrahim yang telah terpisah sejak sekian lama. Pendek kata, Hari Raya Aidilfitri itu disambut meriah bukan sahaja untuk bergembira setelah sebulan berpuasa tetapi juga untuk menjalinkan hubungan istimewa antara manusia yang ada di dunia.

          Perkara yang sama juga berlaku kepada keluarga Razali dan Fauziah. Setelah bertahun tahun hubungan keluarga antara mereka terputus kerana dendam kesumat yang ada akhirnya hubungan kekeluargaan itu terjalin mesra dalam tahun tersebut. Semua anak anak mereka – kecuali Hamad – datang ke rumah Hafreez pada hari raya tahun itu untuk menyambutnya bersama sama.

          Setelah sekian lama Razali dan Fauziah menempuh hari raya yang hambar tanpa kehadiran anak anak, akhirnya pada tahun itu semuanya telah berubah. Semua anak menantu termasuk cucu cucu mereka ada pada hari raya tahun itu. Dan sebagai ibu bapa, mereka sangat gembira dengan perubahan itu. Mereka sangat gembira dengan keadaan itu. Dan mereka sangat gembira dengan perubahan yang berlaku dalam hidup anak anak dan menantu mereka.

Jumaat, 12 Ogos 2016

MANUSIA JENGKEL DALAM KEHIDUPAN KITA


Sumber : Google

Ke mana sahaja kita pergi, kita pasti akan jumpa manusia yang sungguh mengjengkelkan (manusia yang kita tidak suka). Manusia manusia jengkel ini hadir dalam pelbagai bentuk – kawan, saudara, atau ahli keluarga.

Manusia manusia jengkel ini ada di mana mana. Di rumah, di pejabat, di kilang, di kampung, di kejiranan, dan di mana sahaja. Setiap tempat, mesti wujud sekurang kurangnya seorang manusia yang jengkel sikapnya.

Manusia jengkel ini memang sengaja menyakitkan hati kita sama ada melalui perbuatan, pemikiran, atau pertuturan. Setiap apa yang mereka lakukan, mesti mahu menyakitkan hati kita atau menyinggung perasaan kita. Entah apa yang mereka tidak puas hati dengan kita pun, kita sendiri tidak tahu.

NOVEL : MELUNAS DENDAM BAB 28

     


          Farah menyeka air mata yang tidak henti henti turun menerusi kelopak matanya. Sesekali dia menyedut hingus yang seakan-akan mahu keluar menerusi lubang hidungnya. Dilapnya semua air yang keluar itu menggunakan sapu tangan berwarna merah jambu yang ada di tapak tangannya. Di pangkuannya, terdapat Aiman juga dalam keadaan yang sama. Menangis melihat keadaan Hamad yang terbaring lemah di atas katil hospital kerana cedera parah akibat dipukul dengan teruk semalam sebanyak dua kali. Hamad sudah sedar pagi tadi setelah menerima rawatan daripada doktor di hospital itu tetapi tidur semula kerana terlalu lemah.

          Tidak tahan Farah melihat keadaan Hamad sebegitu. Dia sedih kerana Hamad telah berlaku curang dengannya dengan meniduri perempuan lain yang lebih muda darinya. Dan dia juga sedih setelah diberitahu oleh doktor yang merawat Hamad sejak malam tadi bahawa jangka hayat suaminya itu di dunia ini mungkin tidak lama. Hamad bukan sahaja cedera parah malah dia juga mengalami pendarahan dalaman dan banyak organ dalamannya juga pecah akibat dipukul dan dibelasah dengan teruk semalam. 

          Dan pagi tadi juga beberapa orang anggota polis datang setelah dihubungi oleh pihak hospital menyoal siasat dirinya atas kejadian yang berlaku semalam. Dan pihak polis berjanji akan membuat siasatan yang lebih mendalam atas kejadian yang menimpa Hamad. Kes ini bukan kes kecil jadi campur tangan pihak berkuasa adalah amat perlu.

Khamis, 11 Ogos 2016

GOLONGAN SAMPAH SENI YANG MENSAMPAHKAN BAHASA




Jika kita kata kita sayang akan bahasa Melayu, maka semua kegiatan kita mesti dalam bahasa Melayu. Tidak boleh sedikit kegiatan kita dalam bahasa Melayu, dan sedikit kegiatan kita yang lain dalam bahasa Inggeris. Itu belum cukup menampakkan yang kita sayang apatah lagi bangga dengan bahasa Melayu.



Ramai yang mendakwa mereka sayang akan bahasa Melayu (saya lebih suka guna istilah bahasa Melayu kerana istilah bahasa Malaysia hanyalah untuk pelajar sekolah rendah!) tetapi mereka hanya guna bahasa itu dalam sebilangan sahaja aktiviti kehidupan mereka tetapi sebilangan yang lain tidak menggunakan bahasa ibunda tersebut.



Golongan semacam ini adalah golongan yang menggunakan bahasa Melayu hanya untuk kepentingan kepentingan tertentu. Saya sama sekali tidak menjangka bahawa golongan semacam ini wujud - menggunakan bahasa semata mata untuk meraih populari dan kepentingan peribadi. Sanggup memperkudakan bahasa untuk mencapai tujuan itu.

PUISI : ADIK

Sumber : Google


Adik,
Hidup ini memang pedih,
Kehidupan ini memang sedih,
Tetapi kita perlu melaluinya dengan tabah,
Hinggalah riwayat kita masuk ke tanah.

Adik,
Hidup ini memang tidak adil,
Kehidupan ini memang sentiasa dibedil,
Oleh manusia manusia yang tidak punya hati,
Yang telah memegang kuasa monopoli.

Adik,
Sikapmu memang mengundang benci ramai orang,
Kerana dibentuk oleh manusia manusia songsang,
Tetapi mereka tidak pernah mahu mengaku kesilapan diri,
Kerana ego besar sudah menguasai sanubari.


Adik,  
Bertabahlah selagi kau mampu,
Bagi menuju hidup yang lebih bermutu,
Usah kau dendami mereka,
Kerana ia dilarang oleh agama.

Rabu, 10 Ogos 2016

NOVEL : MELUNAS DENDAM BAB 27



 

           Jarum jam sudah menunjukkan pada pukul 12 tengah malam. Hamad masih lagi berpusing pusing di sekitar kawasan rumah pangsanya untuk mencari tempat pakir kereta namun tiada. Semua tempat pakir kereta sudah penuh. Satu keluhan dilepaskan. Inilah sebabnya mengapa dia tidak mahu pulang lebih lewat dari pukul sebelas malam. Pakir kereta pasti sudah penuh sehingga dia terpaksa memakirkan teksinya jauh daripada rumah. Namun, oleh kerana untuk mencari wang bagi menyara keluarganya, dia perlu tabah untuk menghadapi semua dugaan itu.

          Dia lambat pulang hari ini kerana dia menghantar seorang pelancong dari Amerika Syarikat ke Cameron Highland. Walaupun badannya letih dan pakir kereta berdekatan dengan rumah tidak ada pada malam itu, tetapi banyak juga wang yang dia dapat hasil tambang dan tip daripada pelancong itu. Senyum lebar dia tatkala menerima ‘rezeki’ daripada pelancong lelaki itu. Jarang sekali dia dapat menikmati limpahan rezeki yang banyak semacam itu.

          Setelah berpusing hampir lima belas minit, akhirnya dia menemui sebuah petak kosong untuk memakirkan teksi merahnya. Bolehlah. Dari takde. Bisik hati kecilnya. Walaupun petak pakir itu agak jauh dari rumahnya, namun itu sahaja yang ada. Jadi, suka atau tidak, dia perlu pakir juga teksinya di tempat itu. Tidak mahu dia memakir teksinya di tepi jalan. Takut disagat pula oleh kereta yang lalu lalang.

NOVEL : MELUNAS DENDAM BAB 26




  
           
         Hujan turun dengan sangat lebat pada malam itu. Bunyi bunyi hujan yang jatuh ke bumi dan menimpa atap rumah begitu kuat kedengaran di luar rumah. Sesekali diselangi dengan bunyi dentuman guruh dan petir. Jam sudah menunjukkan ke angka dua belas tengah malam. Suasana pada malam itu sungguh suram, sesuram hati Norin yang tidur keseorangan di bilik tidur utama rumah agam itu.



          Norin memandang ruang kosong di sebelahnya. Biasanya dia melihat tubuh Shuib sentiasa terbaring di situ. Tetapi malam itu dan malam malam seterusnya, dia tidak akan dapat lagi melihat susuk tubuh itu. Tubuh yang sentiasa melindungi dirinya. Tubuh yang tidak pernah berhenti menyayangi dirinya walaupun dia seorang wanita yang keras kepala. Tubuh yang sentiasa membelai dan memujuk dirinya jika dia berada dalam keadaan sedih atau gelisah. Pokok pangkalnya, tubuh itu adalah tubuh yang sangat penting dalam hidupnya.



          Kini, tubuh itu sudah tiada lagi. Tubuh milik Shuib itu sudah pergi selama-lamanya tanpa meninggalkan sebarang berita ataupun kata kata akhir buat dirinya. Hanya wasiat pewarisan harta, syarikat, dan saham sahaja melalui seorang peguam yang menjadi kata kata terakhir arwah Shuib buat dirinya. Selain itu, dia tidak mendengar apa apa dari mulut lelaki itu walaupun ucapan dua kalimah syahadah.


KITA 'BERPERANG' KERANA BAHASA

Sumber : Google

Saya agak terkilan dengan masyarakat kita sekarang ini. Hanya kerana isu bahasa dalam Festival Filem Malaysia, kita sanggup bergaduh sehingga memulangkan trofi kemenangan yang dibungkus dalam plastik sampah!

Saya kira perkara semacam itu tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana, negara ini sudah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun. Sewajarnya isu bahasa tidak timbul terutama dalam pendidikan, perfileman, dan kehidupan seharian. 

Saya tidak hairan jika negara ini bermasalah dalam politik, ekonomi, dan sosial. Tetapi saya terkilan kerana isu bahasa - bahasa Melayu - terus dipolemikkan sehingga ke hari ini padahal perkara semacam itu tidak sewajarnya berlaku kerana jelas dalam Perlembagaan kita bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.

Selasa, 9 Ogos 2016

NOVEL : MELUNAS DENDAM BAB 25



          "Mana pula laki aku ni? Dah pukul dua pagi tak balik balik? Biasa pukul enam petang dah sampai rumah dah. Call pun tak angkat angkat. Hishh...risau aku.” Norin bermonolog sambil merungut. Puas dia meninjau-ninjau ke luar jendela untuk melihat bayang kereta suaminya namun tetap juga tidak kelihatan. Dia yang sedang berada dalam keadaan risau waktu itu sekadar duduk di salah sebuah sofa yang ada di ruang tamu rumah agam itu. Televisyen yang tidak dipasang dihadapannya itu ditatap dengan penuh rasa bimbang. Hatinya sejak petang tadi sudah mula berasa tidak sedap.

          Sedang dia asyik melayan rasa bimbangnya itn, tiba tiba dia terdengar bunyi ketukan pada pintu rumahnya. Hatinya sedikit lega. Segera dia berlari ke muka pintu untuk menyambut suaminya pulang. Pelbagai soalan yang hendak ditanya kepada suaminya yang pulang lewat pada hari itu. Dia khuatir jika ada apa apa perkara yang buruk berlaku kepada suaminya. Atau adakah suaminya melakukan perkara perkara lain dibelakangnya seperti bermain perempuan contohnya di kelab kelab malam? Ya, dia perlu menyoal suaminya dengan soalan soalan sebegitu persis seorang peguam yang memang menjadi kerjayanya.

          Tatkala dia membuka pintu rumah untuk menyambut kepulangan Shuib, suaminya, yang terpacul di muka pintu itu bukan suaminya sebaliknya anak terunanya, Khairil. Dia menjadi bingung melihat Khairil di muka pintu itu dalam keadaan pucat lesi, tidak bermaya, dan ketakutan. Pelbagai persoalan menujah-nujah kotak fikirannya waktu itu.

NOVEL : MELUNAS DENDAM BAB 24



          Seperti biasa, di setiap hujung minggu, pasti Khairil akan datang ke bilik Faiz untuk mengulangkaji pelajaran. Dia sangat gemar untuk belajar bersama Faiz kerana dia sangat faham apa yang Faiz ajarkan.

          Pada malam itu, seusai makan malam, Khairil dan Faiz buat sekelian kalinya mengulangkaji pelajaran bersama sama sehinggalah ke pukul dua belas tengah malam. Setelah penat memerah otak, akhirnya mereka berhenti seketika untuk berehat sambil berbual bual kosong di meja belajar yang terletak dalam bilik Faiz itu.

          “Aku nak tanya kau satu benda boleh tak?” Faiz bertanya.

          “Tanya je la bang. Abang Faiz nak tanya apa?” Balas Khairil.

          “Kau dah ada awek?”

          “Hahaha. Kenapa abang tanya soalan macam tu?”

          “Saja. Nak tahu.”

Isnin, 8 Ogos 2016

NOVEL : MELUNAS DENDAM BAB 23


        Hafizah berdiri di hadapan rumah teres milik Hafreez. Dia sekadar memandang sahaja rumah itu dengan pelbagai perasaan yang bercampur baur. Hatinya meronta ronta untuk masuk ke dalam rumah itu tetapi perasaan malu, ego, kesal dan sebagainya bercampur aduk dalam sanubarinya saat itu. Dia sekarang berada di dalam dilema sama ada mahu masuk ke dalam rumah Hafreez atau pulang sahaja ke rumahnya.

          Tiba tiba dia ternampak Fauziah – ibunya keluar dari rumah teres itu sambil menyorong sebuah kerusi roda yang di atasnya terdapat satu susuk tubuh yang amat dia kenali iaitu ayahnya sendiri – Razali. Hatinya menjadi sayu dan sedih melihat kedua dua insan itu. Hatinya juga dihambat rasa bersalah, berdosa, dan kesal tatkala memandang kedua dua insan tua itu. Setitik air jernih jatuh dari tubir matanya.

          Dia mengesat air jernih itu dari terus turun dengan laju mengalir di pipi tembamnya. Tanpa dia sangka, pandangannya dan pandangan Fauziah bertemu secara tiba tiba. Dia terkaku seketika. Begitu juga dengan Fauziah yang sedang membawa Razali keluar bersiar siar di halaman rumah itu. Fauziah berhenti seketika untuk memastikan bahawa pandangannya tidak salah. Mata rabunnya telah menyukarkan dirinya untuk mengecam susuk tubuh yang amat dia sayang dan kasih itu. Ya, dia tidak salah. Susuk tubuh yang berdiri di seberang jalan itu adalah anak perempuan sulungnya – Hafizah.

Ahad, 7 Ogos 2016

PUISI : DI PERPUSTAKAAN NEGARA


Tadi aku pergi Perpustakaan Negara,
untuk sudahkan kerja kerja mencari berita,
tiba tiba datang seorang perempuan Cina,
yang entah dari mana,
terus cabut plug laptop yang aku tengah guna, 
kemudian dia pasang plug laptop yang dia punya,
dengan muka tanpa rasa apa apa,
aku pandang muka dia,
bagi isyarat yang plug tu aku tengah guna,
dia boleh buat tak tahu aje!
sakit hati aku der...
aku malas nak bising bising di sini sana,
nanti orang kata aku racist bermaharajalela,
nanti ada Melayu bangang yang kata,
benda macam tu pun nak kecoh satu dunia,
aku ni konservatif, jumud, dan perkauman juga,
tak cukup dengan tu dia kata aku ni macam UMNO pula
kahkahkah aku ketawa,
kesian asyik melayu je yang kena hina,
melayu asyik kena mengalah dengan semua,
kesian melayu kita,
orang sendiri pun dah tak hormat bangsa.
maka terjunlah melayu dengan labu labunya...

RAMAI GADIS GEDIK MAHU JADI ISTERI KETIGA ADI PUTRA



Apabila berita tentang Adi Putra yang berkahwin dua muncul dan tersebar di media media sosial, ramai gadis gadis muda mula memasang impian dan angan angan untuk jadi isteri ketiga kepada Adi Putra. Mereka ingin jadi isteri ketiga Adi Putra itu kerana pelakon itu kacak orangnya. Jika wajah Adi Putra setaraf wajah Hamid Gurkha, saya yakin tiada gadis muda yang memasang impian semacam itu.

Memasang impian untuk berkahwin dengan lelaki kacak itu tidak salah. Memasang impian untuk menjadi isteri kedua atau ketiga untuk seorang lelaki kacak itu juga tidak salah. Tetapi, sanggupkah kita menghadapi cabaran perkahwinan poligami itu? Tidak ramai yang sanggup walaupun Tuhan janjikan kepada isteri berpoligami itu payung emas di syurga.

Selalu benar kita dengar tentang kemanisan berpoligami itu. Tidak dinafikan bahawa ada perkahwinan poligami itu menemui banyak kebahagian tetapi yang tidak bahagia pun banyak juga.

Khamis, 4 Ogos 2016

MAHATHIR SUDAH JADI MACAM TENGKU RAZALIEGH




Ketika Tengku Razaliegh Hamzah (Ku Li) berkrisis dengan Mahathir suatu ketika dahulu akibat tidak berpuas hati dengan beberapa perkara dalam parti, Ku Li keluar daripada UMNO dan menubuhkan parti baharu bersama beberapa tokoh politik UMNO terkenal yang lain seperti Tan Sri Dr. Rais Yatim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Parti yang ditubuh oleh Ku Li itu dikata dapat menyaingi UMNO pada waktu itu.

Kini, setelah berpuluh puluh tahun, apa yang Ku Li buat dulu, kini dibuat juga oleh Mahathir. Motifnya sama, tidak berpuas hati atas beberapa perkara dengan pucuk pimpinan parti. Cuma punca kepada tidak kepuasan hati itu yang berbeza. Ku Li tidak berpuas hati dengan Mahathir kerana Ku Li gagal singkirkan Mahathir daripada merebut jawatan Presiden UMNO. Mahathir pula tidak puas hati dengan Najib kerana Najib enggan berundur daripada jawatan Presiden UMNO setelah terpalit dengan beberapa skandal seperti 1MDB misalnya.

Jika kita membuat pemerhatian, apa yang Mahathir buat sekarang, sama seperti Ku Li buat dahulu. Ku Li tubuh parti baru serpihan UMNO, Mahathir juga mahu tubuh parti baru (perkembangan terkini mungkin ditangguh). Ku Li bergabung dengan pembangkang membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU) untuk menumbangkan Barisan Nasional, Mahathir juga buat perkara yang sama – bergabung dengan pembangkang yakni Pakatan Harapan untuk menumbangkan Barisan Nasional.