Sungguh dahsyat penangan cerpen Cikgu Suraya yang merupakan sebuah
cerpen lucah yang mengisahkan tentang seorang pelajar bernama Amir
yang berzina dengan guru Matematiknya, Cikgu Suraya sehingga telah
diadaptasi menjadi sebuah filem dengan tajuk yang sama lakonan Ashraf
Zamani dan Sofia Lee Abdullah. Cerpen ini sangat popular di era
2000an di mana ramai ramaja yang baru akhil baligh (pelajar
sekolah menengah) telah membaca cerpen ini.
Saya yakin filem ini akan mendapat sambutan hangat seperti mana
hangatnya cerpen lucah Cikgu Suraya itu sendiri. Sesiapa yang belum
membaca cerpen ini bolehlah membacanya dengan hanya menulis kata
kunci ‘Cikgu Suraya’ sahaja di enjin carian Google.
Ramai orang tertanya tanya siapa sebenarnya Amir dan Cikgu Suraya
ini? Adakah cerpen ini benar benar telah berlaku seperti yang
digambarkan? Siapakah penulis cerpen ini sehingga cerpennya mendapat
sambutan hangat di kalangan remaja sehingga sekarang? Jika cerpen ini
bukan sebuah cerpen lucah atau seks, saya yakin yang penulis cerpen
ini akan kaya raya dengan hasil royalti jika filem itu meletup di
pawagam nanti.
Jika benar kejadian yang dirakam di dalam cerpen itu, maka berbakul bakullah dosa penulis cerpen tersebut. Dia bukan sahaja telah berzina dengan isteri orang sehingga mengandung, tetapi juga bangga melakukan perbuatan zina itu dengan menulisnya secara mendalam dalam bentuk sebuah cerpen. Setiap kali orang yang membaca cerpen ini sehingga naik nafsu syahwatnya, selagi itulah penulis cerpen itu akan berdosa. Moga moga Allah mengampunkan dosa si penulis cerpen itu.
Saya sendiri pun pernah menulis cerpen yang mempunyai tema yang
sama iaitu cerpen Nafsu Si Penghantar Surat Baca sini. Sejak akhir
akhir ini, cerpen itu sering kali mendapat pembacaan yang tinggi dari
kalangan pelawat. Saya sendiri pun tidak tahu mengapa. Banyak sungguh
kata kunci carian yang menuju ke arah cerpen itu sejak belakangan
ini.
Walaubagaimanapun, cerpen ini bukanlah sebuah cerpen lucah
dengan erti kata yang sebenar. Cerpen ini adalah sebuah kisah benar
yang saya olah berdasarkan penceritaan beberapa orang posmen yang
saya temui. Namun, cerpen ini tidak sama sekali dengan cerpen Cikgu
Suraya. Saya tidak menulis aksi aksi lucah secara mendalam dan saya
rasa orang tidak akan naik syahwat jika membaca cerpen itu. Saya hanya sentuh secara kasar sahaja adegan adegan yang tidak baik itu.
Tambahan pula, cerpen itu bukan mahu menceritakan adegan adegan
seks seperti mana cerpen Cikgu Suraya. Cerpen ini adalah sebuah
cerpen yang saya tulis untuk memberi pengajaran kepada masyarakat
agar tidak mencontohi watak watak yang terdapat di dalam cerpen itu.
Tidak terlintas di fikiran saya untuk menaikkan syahwat pembaca
melalui cerpen tersebut.
Saya masih menekankan aspek keagamaan di dalam cerpen itu sebagai
satu wadah kesusasteraan Islam yang pernah dipelopori oleh Sasterawan
Negara Shahnon Ahmad yang terkenal dengan novel Tivi dan novel Tok
Guru suatu ketika dahulu.
Soalan saya, mampukah cerpen yang saya tulis ini mendapat sambutan
hangat seperti mana cerpen Cikgu Suraya itu? Mampukah cerpen Nafsu Si
Penghantar Surat ini difilemkan seperti mana cerpen Cikgu Suraya?
Jika cerpen lucah dan jijik itu boleh difilemkan, masakan cerpen saya
tidak boleh? Bukan niat saya untuk menjadi terkenal atau mahu cerpen
itu difilemkan, itu hanya sebagai satu angan angan sahaja yang biasa
dibuat oleh seorang penulis. Tidak ada penulis yang tidak mahu
karyanya diiktiraf dan disanjung.
Walaubagaimanapun, saya tidaklah taksub untuk cerpen ini difilemkan. Saya tahu cerpen ini bukanlah sebagus
mana untuk di angkat ke layar perak. Banyak lagi cerpen cerpen yang
lebih bagus daripada cerpen ini yang sesuai untuk difilemkan dan
memberi pengajaran kepada pembaca dan penontonnya.
Akhir kata, marilah sama sama kita nantikan filem Cikgu Suraya itu
ditayangkan di pawagam. Mampukah filem itu mendapat sambutan ramai
seperti mana cerpennya? Wujudkah adegan adegan terlarang yang akan
dipaparkan di dalam filem itu seperti mana cerpennya? Sama sama kita
saksikan kemunculannya di pawagam.
Insha Allah cerpen MNH akan terpilih untuk difilemkan atau didramakan kelak ;)
BalasPadammacam pernah terbaca je cerita cikgu suraya tu... tp tak tahulah, banyak sangat benda yang terjumpa secara tak sengaja kat internet, selalu sangat cari benda lain, jumpa benda lain, tapi tu pon punca dapat idea nak update blog... huhu
BalasPadamMacam anjing la hak tuih
BalasPadampatutla.. search "cikgu" utk cari rakan blogging.. jumpa cikgu suraya dan mcm2 cikgu.. ntah apa2 ntah.. busuk nama cikgu..
BalasPadamXpernah bacapun cerpen cikgu suraya tuh.. tapi teringin nak baca cerpen Nafsu Si Penghantar Surat nie..
BalasPadamLain mcm
PadamAuumm
PadamAumm
PadamBila hati kotor, dosa bagai lalat yg singgah di hidung. Mcm tak kisah. Hanya perlu kipas atau kuis sahaja. Dahlah baca, ulas, pastu ajak orang pi pawagam. Kalau tahan sakit kat dunia, baguslah.... cubalah sakit jutaaan tahun dibakar di akhirta.
BalasPadamHujan,tayar pancit,bagi pinjam kain pelikat,guruh..Dan terjadih pelajaran yang membuatkan Amir kenal erti kehidupan.
BalasPadamhaha aku ada terbaca hari tu. taktau pulak cerpen ni penah famous dlu. haha. tp mmg patut la famous jalan cerita,ayat dia mengancam beb. tembak dinding aku. hahahaha
BalasPadamFucking shitt story
BalasPadamGREAT
BalasPadamCerita yang bagus. Banyak yang saya belajar. TQ
BalasPadamJom buat duit RM500,000 hanya main game je.
Klik sini untuk join
Gate Of Olympus Menang RM500,000
Main Sekarang!