Sumber : Google |
Sejak belakangan ini heboh seluruh Malaysia tentang kejadian buli yang
berlaku di sekolah berasrama penuh. Kejadian kejadian seperti ini bukan baru
berlaku. Sudah lama sebenarnya dan sudah banyak kali berlaku tetapi tetap tidak
ada kesudahannya sehingga kini. Ingatkan apabila Malaysia semakin maju, kejadian
yang tidak sepatutnya berlaku ini boleh berkurangan tetapi sebaliknya terjadi.
Sudah banyak kes kejadian buli di sekolah dan ramai sudah yang menjadi
mangsa. Ada
yang cedera parah dan tidak kurang juga yang meninggal dunia! Ini semua berlaku
kerana ramai pelajar berasa diri itu
kuat, lebih senior, dan mahu tunjuk ‘taring’ kepada pelajar atau junior yang
lemah dan akhirnya buat kerja yang karut marut dengan membuli dan memukul tanpa
alasan yang munasabah.
Kejadian yang semacam ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya pihak
sekolah, pihak ibu bapa dan pihak kerajaan mengambil tindakan yang tegas bagi
menangani masalah ini. Ketiga tiga pihak di atas perlu mengembeleng tenaga dan
memikul tanggungjawab di pundak bagi memastikan kejadian yang sama tidak
berulang lagi. Sampai bila kita mahu lihat kejadian yang sama berulang? Sampai
bila kita mahu lihat ramai pelajar yang jadi mangsa? Mahukah kita lihat
kejadian seperti ini terjadi pada masa akan datang?
Oleh itu, kita tidak boleh berpeluk tubuh sahaja. Masyarakat harus
bertindak bagi memastikan tidak ada pelajar lagi menjadi mangsa. Masyarakat
harus bertindak bagi memastikan anak anak anda juga tidak terjerumus ke dalam
masalah yang sama. Sanggupkah anda lihat anak anda menjadi mangsa buli di
sekolah?
Ibu bapa sepatutnya perlu mendidik anak anak mereka dengan tegas. Jangan
sesekali beri muka kepada mereka secara berlebihan. Jika tidak, mereka akan
berasa ego dan besar diri. Akibatnya mereka akan menunjukkan keegoan dan
kebesaran diri mereka itu kepada rakan rakan mereka yang lemah. Mereka membuli
pelajar lain semata mata untuk keseronokkan, bergurau dan mencari hiburan. Di
mana sifat perikemanusiaan mereka? Mengapa mereka boleh menjadi seperti
binatang secara tiba tiba?
Pihak sekolah pula tidak boleh berpeluk tubuh dalam hal ini. Jika ada
pelajar yang membuat laporan kepada mana mana guru yang mengatakan dia dibuli,
pihak sekolah jangan sesekali membutakan mata dan memekakkan telinga. Pihak
sekolah perlu segera mengambil tindakan kepada mana mana pelajar yang membuli
pelajar lain. Apa guna kita bersekolah kalau sekolah sudah bertukar menjadi
gelanggang tinju? Ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah untuk belajar dan
bukannya untuk membuli atau dibuli.
Pihak kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia sepatutnya
mengambil tindakan yang tegas kepada ‘samseng tahi minyak’ dan ‘samseng tahi
kucing’ ini. Saya tahu ada tindakan yang diambil oleh pihak kementerian tetapi
masalahnya tindakan yang diambil itu belum cukup tegas bagi menghadapi masalah
ini. Jika tindakan tegas diambil, saya yakin masalah ini tidak akan berulang
kembali. Pastikan pembuli pembuli tegas
ini mendapat hukuman yang setimpal di atas perbuatan mereka dan pada masa yang
sama memberi pengajaran kepada pelajar pelajar lain supaya tidak mengulangi
perkara tersebut pada masa akan datang. Tidak cukup pihak kementerian sekadar
menghantar pembuli pembuli ke sekolah Henry Gurney, buang sekolah, dan masuk
lokap polis. Kalau boleh sebat mereka semua seperti menyebat banduan penjara di
khalayak ramai. Saya yakin jika hukuman ini dibuat, perkara seperti ini tidak
akan berlaku lagi.
Kepada pembuli pembuli di luar sana, berhentilah dari
membuli orang lain. Jangan rasa diri itu ego, besar dan kuat kerana ada yang
lebih kuat dari anda. Jika anda tidak mahu menerima nasib yang buruk,
berhentilah dari membuli orang lain.
Kepada pembuli yang ditangkap, selamat menjalani hukuman anda. Semoga
anda serik atas apa yang telah anda terima. Jangan sesekali ulang perkara yang
sama lagi. Terimalah hukuman tersebut dengan sukarela walaupun dalam keadaan
terpaksa. Saya ucapkan ‘padan muka’ kepada anda semua. Nasihat saya : ikut hati
pasti mati, ikut rasa pasti binasa dan ikut nafsu anda pasti akan lesu. Selamat
menjalani hukuman….
Zumal pernah direkomen kerja sebagai warden asrama tapi kerana sejarah disiplin pelajar kat situ buat zumal takut nak terima...
BalasPadamrisau kes buli makin menjadi2 skg ni kann...
BalasPadamHanya dengan penguatkuasaan undang-undang..
BalasPadam