Ahad, 30 November 2014

EMPAT PUNCA JERAGAT YANG ANDA PERLU TAHU DAN BAGAIMANA MENGATASINYA


Sumber : Google



Apa itu jeragat?

Jeragat adalah perubahan warna kulit gelap yang muncul di kawasan yang terdedah kepada matahari yang biasanya terdapat di bahagian muka terutama pipi. Walaubagaimanapun, terdapat juga mereka yang mengalami jeragat pada bahagian hidung dan dahi.

Punca punca jeragat yang anda perlu tahu


  1. Sering terdedah kepada cahaya matahari 
  2. Selalu mengambil ubat ubatan yang berbentuk pil hormon seperti pil perancang hormon (HRT)
  3. Penggunaan bahan kosmetik yang tidak sesuai. 
  4. keturunan

Sabtu, 29 November 2014

KOLEJ, SEMESTER AKHIR DAN SELAMAT TINGGAL


Sumber : Google

Esok bermulalah semula kuliah saya yang pertama di semester yang terakhir. Esok juga bermulalah perjuangan saya sebagai seorang mahasiswa dan esok juga bermulalah ‘sesi’ menghadap buku, pensyarah, nota, kuiz, tugasan dan kerja rumah yang perlu disiapkan bagi mengisi keperluan keperluan tertentu.

Sejujurnya sudah tiga tahun saya menuntut di kolej ini. Mengambil Diploma Pengajian Perniagaan (dengen kerjasama UiTM) bermula dari tahun 2012. Sepanjang waktu itu, pelbagai kisah suka duka, pahit maung, dan asam garam sebagai seorang mahasiswa serta sahabat telah saya rasai. Pelbagai ragam manusia telah saya temui. Pelbagai pengalaman pahit manis telah saya nikmati.

Ketika saya melangkah masuk ke kolej ini pada Jun 2012, saya masih ingat lagi betapa takutnya saya kerana terpaksa berpisah dengan ibu dan bapa. Maklum sahajalah, itulah kali pertama saya tinggal di asrama. Pengalaman itu tidak pernah saya temui sebelum ini. Dari situ saya mula belajar segala galanya tentang hidup berdikari. Semuanya saya perlu uruskan sendiri. Makan, minum, pakaian – pokok pangkalnya semuanya sendiri tanpa pertolongan ibu bapa.

TUJUH MAKANAN YANG BANYAK KALSIUM UNTUK KESIHATAN TUBUH ANDA


Sumber : Google

Semua orang tahu tentang kebaikan kalsium bukan? Kalsium berperanan bukan sahaja dalam pembentukan tulang dan gigi tetapi juga berfungsi sebagai mempertahankan struktur normal sel, mengaktifkan saraf dan bagus untuk menjaga kesihatan jantung.

Pokok pangkalnya, kalsium memang penting dan sangat sangat diperlukan oleh tubuh kita. Oleh itu, bagi mencapai tujuan tersebut, kita perlu mengambil makanan yang mempunyai kalsium yang tinggi. Berikut adalah tujuh makanan yang mengandungi kalsium :

Jumaat, 28 November 2014

PEMBENCI AKTA HASUTAN ADALAH PENDEK AKAL!


Sumber : Google

Saya tidak hairan jika chauvinis membenci Akta Hasutan yang mahu dikekalkan oleh Najib yang diumumkan  dalam PAU2014 baru baru ini kerana akta itu bisa menyekat mereka dari terus bermaharajalela menghina Melayu dan Islam tetapi saya berasa janggal apabila orang Islam sendiri yang bencikan akta tersebut.

Saya tidak nampak apa salah akta itu kepada orang Islam sehingga dibenci sebegitu rupa. Jelas akta itu mahu dibuat penambahbaikkan bagi melindungi kepentingan Islam, Melayu dan Malaysia tetapi pelik bin aneh bila orang Islam sendiri yang tidak suka akan akta itu. Sepatutnya mereka bersyukur kerana akta itu mahu dikekalkan bagi melindungi agama dan bangsa supaya tidak ada mana mana individu lagi yang berani mencetuskan sensitiviti agama dan kaum di negara ini.

Saya melihat penghinaan terhadap agama Islam dan orang Melayu semakin menjadi jadi di media media sosial seperti Facebook dan blog. Mengekalkan dan membuat penambahbaikkan pada akta ini sangat tepat pada masanya untuk melindungi semua itu.

JANGAN SESEKALI LEPASKAN PELUANG YANG HEBAT INI!!!



 

Jika anda masih ingat lagi beberapa minggu lalu saya pernah menguar uarkan di blog ini tentang promosi produk Omega Guard pada bulan ini di mana jika anda membeli produk ini dengan harga dua botol biasa, harganya adalah RM272 tetapi Shaklee dengan bermurah hati menawarkan harga durian runtuh iaitu jika anda beli dua botol harganya akan menjadi RM219 sahaja.

Sabar dahulu! Shaklee sekali lagi bermurah hati untuk membantu anda mendapat kesihatan yang baik dengan produk Omega Guard ini dengan harga yang cukup lumayan iaitu jika anda beli dua botol, anda cuma perlu membayar RM207 sahaja (tertakhluk kepada terma dan syarat serta siapa cepat dia dapat)!!!. Jangan sia siakan peluang keemasan yang cukup baik ini. Dapatkan harga terendah Omega Guard dengan segera!!!

Untuk pengetahuan anda, produk ini sangat banyak manfaatnya. Setiap rumah MESTI mempunyai produk ini. Ingat, tak kenal maka tak cinta. Belum cuba belum tahu. Dapatkan produk Omega Guard ini dengan segera!!!  

SIAPA TOKOH BLOGGER NEGARA?


Sumber : Google




Peranan seorang penulis blog atau lebih mesra dipanggil blogger pada masa kini memang besar. Kalau dahulu masyarakat hanya bergantung kepada media cetak dan media eletronik untuk mendapatkan maklumat tetapi kini, dengan kecanggihan teknologi masyarakat tidak lagi memerlukan media media itu. Masyarakat boleh mendapatkan maklumat melalui blog yang ditulis oleh seorang blogger sahaja.

Penulis blog sekarang bukan sekadar berkongsi kehidupan peribadi mereka. Mereka juga boleh menyampaikan maklumat, ilmu, berita, menyuarakan pendapat, melemparkan kritikan, mencari rezeki dan sebagainya. Pokok pangkalnya banyak perkara yang boleh dilakukan hanya menggunakan medium blog sahaja. Blogger sekarang adalah wartawan, penyiasat, sasterawan, pakar motivasi, ahli perniagaan yang wujud di alam maya. Ini bukan fantasi tetapi adalah realiti.

Jika kita lihat sekarang, masyarakat kurang mahu membeli surat khabar untuk mendapatkan berita sebaliknya mereka lebih selesa untuk membaca blog blog atau laman laman berita secara atas talian. Ini kerana mereka tidak memerlukan masa dan wang ringgit yang banyak untuk mendapatkan berita bukan sahaja dalam malahan juga di luar negara.

Khamis, 27 November 2014

WANITA YANG MEMPUNYAI BANYAK KEDUTAN PADA WAJAH AKHIRNYA TERSENYUM GEMBIRA SELEPAS JUMPA TIPS YANG BERKESAN


Sumber : Google


Saya yakin ramai wanita di luar sana pasti runsing apabila melihat begitu banyak kedutan di wajah anda. Sudah pasti anda akan mencari pelbagai cara bagaimana untuk menghilangkan kedutan pada wajah itu secepat mungkin dengan mencuba pelbagai produk dan petua petua tradisional.

Namun, sudah pasti ada di antara wanita di luar sana yang gagal untuk mencegah kedutan pada wajah itu. Jadi, pada hari ini saya mahu kongsikan apakah punca punca kedutan pada wajah dan bagaimana untuk mengatasinya.

TAHNIAH NAJIB KERANA KEKALKAN AKTA HASUTAN



Sumber : Google


Desakan banyak NGO, blogger, ahli UMNO, cendekiawan, dan rakyat jelata yang cintakan agama, bangsa dan tanah airnya supaya Najib tidak menghapuskan Akta Hasutan 1948 akhirnya mendapat tindak balas yang positif  apabila Presiden UMNO itu mahu mengekalkan akta yang menjadi igauan ngeri kepada pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat, golongan ultrakiasu dan golongan golongan yang bencikan Melayu/Islam. Bukan sekadar mengekalkan, malah akta itu juga akan dibuat penambahbaikkan iaitu memasukkan peruntukan perlindungan terhadap agama Islam, Sabah dan Sarawak.



Walaupun saya banyak tidak setuju dengan Najib, namun tindakan beliau kali ini saya puji. Tindakan tegas mesti diambil kepada mana mana individu yang cuba mencabar perlembagaan, menghina agama dan bangsa yang ada di negara ini. Bersiap siagalah kepada mana mana pihak yang telah cuba menggugat keharmonian dan keamanan di negara ini. Bersiap sedialah untuk ditahan di bawah Akta Hasutan!



Doa dan harapan kebanyakkan rakyat Malaysia agar akta ini dikekalkan sudah pun menjadi kenyataan. Najib tidak perlu takut untuk mengekalkan akta ini semata mata mahu menjaga hati ultrakiasu yang bencikan Melayu dan Islam itu. Najib tidak boleh takut untuk mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang cuba mengganggu gugat ketenteraman dan keamanan negara. Najib tidak perlu risau tewas dalam Pilihanraya dengan mengekalkan akta ini kerana yang beri kemenangan kepada UMNO bukan pengundi sebaliknya adalah Allah Taala.

MUNGKIN KEKALAHAN BOLEH MENGUBAH UMNO




Sebenarnya sudah acapkali isu peremajaan dan perubahan UMNO dikemukakan oleh Najib dan Muhyiddin dalam PAU. Perkara ini bukan perkara baru sebenarnya. Isu mahu membuka ruang untuk orang muda bertapak di dalam UMNO ini saya kira isu lapuk namun tetap dibentangkan oleh Presiden dan Timbalan Presiden UMNO itu.

Inilah yang menjadi persoalan kepada kita. Mengapa Najib dan Muhyiddin tidak henti henti mengingatkan perwakilan betapa pentingnya UMNO perlu berubah? Jawapannya mudah. Kebanyakkan perwakilan dan ahli UMNO tidak mahu mendengar saranan dan nasihat pemimpin pemimpin mereka. Cara kerja mereka masih sama. Mereka masih mengekalkan budaya dan corak berpolitik yang sama dan sudah pasti akan merugikan parti UMNO itu sendiri.

Suka ataupun tidak, UMNO perlu berubah. UMNO tidak boleh melakukan corak, budaya dan cara kerja yang sama lagi untuk menawan hati pengundi. Budaya rasuah, politik wang, warlord, mengampu orang atasan, pecah amanah dan segala sifat mazmumah perlu dibuang di dalam diri orang orang UMNO jika parti itu mahu dilihat kekal relevan dalam jangka masa 50 tahun lagi. Jika tidak, bersedialah untuk UMNO dikuluhumkan oleh pengundi pada PRU yang akan datang.

Rabu, 26 November 2014

PUNCA PUNCA LIANG PORI BESAR DAN CARA MENGATASINYA YANG RAMAI ORANG TIDAK TAHU


Sumber : Google


Saya yakin dan percaya tentu ramai di luar sana yang tidak suka apabila liang liang pori di wajahnya menjadi besar. Ini kerana apabila liang liang pori menjadi besar, kulit wajah kita akan kelihatan kasar dengan permukaan wajah yang tidak sekata. Bukan itu sahaja, apabila liang liang pori kita membesar, kulit kita juga akan kelihatan berminyak minyak.

Sudah tentu anda runsing apabila menghadapi masalah ini bukan? Kebanyakkan wanita sangat runsing apabila masalah ini terjadi berbanding lelaki kerana wanita sangat sangat mementingkan penjagaan muka dan wajah. Pada hari ini, saya akan kongsikan punca punca liang pori membesar dan bagaimana untuk anda mengatasinya.

Selasa, 25 November 2014

MUHYIDDIN BERANI – BERANI MATI!!!




Semalam saya menonton ucapan perasmian ketiga tiga sayap UMNO – Pemuda, Wanita dan Puteri yang disampaikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada sedikit kelainan dalam ucapan bekas Menteri Besar Johor itu. Ucapan beliau semalam lebih berani dan lebih terbuka mengkritik ahli ahli dan pemimpin pemimpin UMNO secara keseluruhannya.

Ya, suara suara keberanian seperti inilah yang kita mahukan daripada pemimpin pemimpin UMNO. Kita tidak mahu UMNO dipimpin oleh seorang pemimpin yang penakut, bacul, dan gila kuasa. UMNO mesti dipimpin oleh orang orang yang berani, berwibawa, dan sanggup berjuang demi agama, bangsa dan tanah air.

Sebenarnya sudah lama suara suara keberanian ini hilang di dalam UMNO. Setepatnya, selepas zaman Tun Dr. Mahathir, UMNO sudah ketandusan pemimpin pemimpin yang berani seperti ini. ‘Kejantanan’ UMNO seolah olah hilang dikasi oleh kemabukan kuasa. pangkat dan wang ringgit. Tidak ada pejuang sejati di dalam UMNO menyebabkan UMNO terus lesu dan lemah. UMNO terus dihinggap sindrom terlalu lama berkuasa.

CARA MENDAPATKAN PAYUDARA YANG TEGANG, MONTOK DAN ANJAL


Maaf! Tiada gambar yang sesuai yang boleh saya letakkan untuk menjaga sensitiviti sesetengah pihak.


Mempunyai payudara yang tegang, montok dan anjal memang menjadi idaman setiap wanita di dunia ini kerana payudara adalah asset bagi kaum wanita. Tidak dapat dinafikan bahawa payudara wanita merupakan tarikan buat kaum lelaki dan menjadi salah satu faktor ‘pengikat’ buat suami. Namun begitu, tidak semua wanita terutama yang sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata mampu untuk mempunyai payudara yang sempurna. Sudah pasti anda akan mencari jalan bagaimana mahu mencantikkan semula payudara anda yang kendur itu.  .

Tentu anda tertanya tanya (kepada kaum wanita) bagaimana untuk menegangkan kembali payudara yang kendur seperti mula mula dahulu sebelum anda berkahwin? Mengapa tiba tiba payudara anda tidak lagi sesempurna dahulu? Di sini, saya mahu kongsikan beberapa tips bagaimana untuk menegangkan kembali payudara anda yang sudah kendur itu. Baca rencana ini sehingga habis ye…

JANGAN MENGAMPU DALAM PERHIMPUNAN!!!




Perhimpunan Agung UMNO (PAU) membuka tirainya pada hari ini. Sudah pasti berduyun duyun perwakilan UMNO di seluruh negara akan datang ke PWTC untuk mendengar ucapan perwakilan, amanat daripada Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri. Dan sudah pasti juga pelbagai perkara yang akan dibahaskan pada perhimpunan kali ini.

Walau apa pun, diharapkan perhimpunan ini memberi erti yang besar bukan sahaja kepada UMNO, tetapi juga kepada agama, bangsa dan tanah air yang tercinta ini. Pastikan agenda pembangunan agama, bangsa dan tanah air menjadi perbahasan utama dalam perhimpunan. Tidak guna kita berhimpun tetapi hanya sekadar berhimpun. Agenda untuk memperkasakan agama, bangsa dan tanah air tidak dibahasakan secara meluas.

Tidak guna datang dari segenap pelusuk negara semata mata hanya mahu gelak ketawa sahaja di dalam perhimpunan itu. Untuk apa kita menghabiskan wang ringgit semata mata kerana itu? Tukang ampu, kaki bodek, dan yesman, jangan diberi tempat di dalam perwakilan UMNO. Seandainya ada, nescaya parti keramat orang Melayu itu nasibnya berada di hujung pedang!

Isnin, 24 November 2014

‘KAKI’ HARIMAU MALAYA PATAH DI AWAL PERLAWANAN


Sumber : Google

       
            Perlawanan antara pasukan bola sepak negara – Harimau Malaya menentang Myanmar semalam berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan. Mungkin pada pandangan sesetengah orang keputusan itu sudah dikira baik tetapi pada saya, sebagai seorang pemerhati sukan, keputusan itu  adalah satu keputusan yang teruk!

         Oleh sebab itulah saya tidak mahu menonton perlawanan itu semalam. Saya tidak mahu rasa kecewa singgah di sanubari saya apabila menonton anak buah Dollah Salleh itu beraksi di padang. Saya malu jika kekalahan menimpa mereka. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk tidak mahu menonton. Saya lebih suka mendengar berita sahaja untuk mengikuti perkembangan prestasi atlet atlet negara untuk Piala Suzuki AFF kali ini.

BAGAIMANA MENGATASI MASALAH KULIT KERING DENGAN BERKESAN?


Sumber : Google

Masalah kulit kering adalah kulit terasa kaku atau tegang serta tertarik selepas mandi, berenang atau berendam. Kulit kering juga memperlihatkan kerutan dan berlaku dehidrasi serta seringkali berasa gatal dan bertambah gatal apabila menggaru secara berulang ulang kali. Mereka yang menghadapi masalah kulit kering ini akan mengalami masalah pecah pecah pada bahagian kulit, kulit bersisik, mengelupas dan mengakibatkan pendarahan ringan.

Saya yakin dan percaya anda pasti berasa tidak selesa apabila masalah ini terjadi kepada anda. Saya juga yakin sudah pasti anda akan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi masalah ini. Jangan khuatir kerana saya akan membantu anda untuk mengesan punca puncanya sekaligus mencari jalan penyelesaiannya.

Ahad, 23 November 2014

BUKAN HANYA UMNO SELANGOR, SELURUH UMNO PERLU BERUBAH!




Mantan Presiden UMNO dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir telah meminta agar UMNO Selangor dibubarkan kerana kegagalan mereka mengekal dan menawan semula negeri Selangor pada PRU12 dan PRU13. Isyarat PM paling lama itu jelas – beliau mahukan perubahan dalam pucuk pimpinan UMNO Selangor. Pemimpin UMNO Selangor sekarang perlu ditukar serta merta bagi merampas kembali negeri terkaya di Malaysia itu.

Walaubagaimanapun, perubahan tidak sepatutnya berlaku hanya kepada UMNO Selangor sahaja. Sebenarnya seluruh UMNO itu perlu berubah Bermula dari pucuk pimpinan hingga ke akar umbi. Jika tidak, UMNO bakal hilang kuasa pada bila bila masa sahaja. Ingatlah, UMNO bukan sebuah parti yang relevan lagi untuk orang Melayu khususnya dan untuk rakyat Malaysia amnya. Kebanyakkan rakyat Malaysia sudah jelak dengan pemimpin pemimpin parti yang berusia lebih 60 tahun itu.

Petunjuk yang jelas sudah diberi oleh rakyat pada dua PRU yang terbaru. Tsunami politik pada tahun 2008 dan menafikan majoriti dua per tiga di parlimen pada tahun 2013 jelas menunjukkan rakyat sudah jelak dan muak dengan UMNO. Ingatlah, kebanyakkan rakyat menyokong UMNO pada PRU yang lalu bukan kerana UMNO/BN itu bagus tetapi semata mata mahu selamatkan Islam, Melayu dan Malaysia  sahaja.