Gambar Hiasan |
Mendapatkan berat badan yang sempurna menjadi idaman
setiap orang. Siapa yang tidak mahu bentuk badan yang cantik dan langsing? Kita bukan sahaja akan kelihatan cantik dan
tampan, tetapi juga tidak sukar untuk memilih pakaian ketika membeli belah di
pasar raya.
Pada hari ini, saya mahu kongsikan cara cara untuk
mengekalkan bentuk badan anda agar kelihatan langsing, cantik dan menarik. Mahu
tahu cara caranya? Sila baca rencana kesihatan ini sehingga tamat.
Cara cara mengekalkan berat badan
Antara cara untuk mengekalkan berat badan kita memerlukan
beberapa langkah di bawah. Saya fikir anda pasti mampu melakukannya jika anda
mempunyai usaha yang tinggi, berdisiplin, tekad dan semangat yang kuat. Jika
anda malas, maka lupakan sahajalah impian anda untuk kekal langsing itu.
Pertama sekali anda mesti mencatatkan ukuran bentuk
badan anda. Anda mesti tahu berapa berat anda, berapa ukur lilit pinggang,
pinggul dan lengan anda. Ini bagi memudahkan anda membuat pemantauan adakah
petua ataupun cara yang anda amalkan itu berkesan ataupun tidak.
Kedua, anda mesti melakukan perubahan dalam pengambilan
pemakanan anda sehari harian. Anda mesti kurangkan mengambil makanan yang
mempunyai lemak yang tinggi, makanan yang berminyak, bergoreng, manis dan
tinggi karbohidrat. Seeloknya anda mesti mengambil banyak sayur sayuran dan
buah buahan serta makanan yang rendah lemak.
Ketiga, anda mestilah melakukan senaman dengan cara
berlari, berbasikal, berenang, membuat senaman aerobik dan sebagainya. Senaman
sememangnya bagus untuk membakar lemak degil yang tersimpan di dalam tubuh
kita. Tidak guna anda menjaga pemakanan anda sekiranya anda tidak bersenam
untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan kekal langsing sepanjang
masa.
Keempat, anda mesti banyak minum air masak setiap hari.
Kurangkan minum air yang manis dan minuman berkarbonat. Pastikan anda minum dua
liter air setiap hari. Air sangat penting sebenarnya untuk membersih dan
membuang toksin daripada tubuh badan kita terutama jika kita suka minum minuman
yang berkafien dan berkarbonat.
Kelima, anda boleh mengambil vitamin dan makanan
tambahan untuk membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal ini. Dalam hal
ini, saya cadangkan anda supaya mengambil produk keluaran Shaklee iaitu Omega
Guard. Omega Guard boleh merangsang penghasilan hormon leptin di
dalam tubuh kita. Jika hormon leptin kita tinggi, keinginan untuk kita makan
adalah kurang dan mampu untuk kurangkan rasa lapar. Omega Guard juga dapat
membantu membakar lemak dan mengawal kolestrol.
Jika anda berminat untuk membeli produk ini, anda boleh
dapatkannya melalui saya dengan cara :
Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Shaklee Independent Distributor
ID : 1171450
Sms/whatsapp/telegram : 012 9772806
PM FB : MNH Sastera Melayu
Pengedar Shaklee Kampung Baru, Kuala
Lumpur , Keramat, Bangi (Seksyen 14 Teras Jernang sahaja) dan serata
Malaysia .
info yg sgt bermanfaat..bleh cuba lepas ni..
BalasPadamAlahai kalau la dapat kekalkan berat masa tahun 2011 dulu...
BalasPadamopss.syang kelim saya tak ada ambil gla adalah hu...
BalasPadamTq untuk info..nak kena slim balik ni
BalasPadamkongsi Resepi Milkshake tak jual di kedai
Saya ni kena gain more weight sebab
BalasPadamBMI saya kategori underweight.