Sumber : Google |
Tatkala saya ternampak berita Pengakuan Suami Curang di
akhbar Sinar Harian, saya langsung tidak mengendahkan berita tersebut. Namun,
akibat dibahas oleh banyak blogger di blog masing masing, saya turut mahu
mengulas isu ini mengikut pandangan dan pendapat saya sendiri.
Sejujurnya saya berasa kasihan dengan Mah. Saya tidak tahu mengapa dia
boleh mempunyai suami yang pendek akal seperti itu. Suami Mah sepatutnya menjaga
Mah dengan sebaik mungkin sebagaimana Mah telah menjaga dirinya, anak anaknya
dan rumahtangganya. Suami Mah sepatutnya bersyukur kerana Allah telah
mengurniakan seorang isteri yang sebaik Mah.
Pada
saya, tidak sepatutnya suaminya melakukan Mah seperti itu oleh kerana Mah tidak
cantik lagi seperti dahulu. Ya, saya akui yang Mah sepatutnya menjaga
penampilan diri walaupun telah mempunyai tiga orang anak tetapi bukan itu
caranya si suami menyelesaikan masalah. Berzina dengan seorang janda bukan satu
cara menyelesaikan masalah tetapi tambah membawa masalah.
Jika
suami Mah berasa tidak selesa dengan penampilan Mah, si suami mesti memberitahu
dan menasihati isterinya. Bukan pergi berzina dengan janda! Bukankah pengkritik
terbaik seorang suami adalah isteri dan pengkritik terbaik seorang isteri
adalah suami? Kita tidak akan tahu tentang ‘belakang’ kita sekiranya suami
tidak menegur.
Ya,
seorang isteri perlu kelihatan cantik untuk suami tetapi kita mesti fikir,
mungkin dia ada masalah untuk dia lakukan itu semua. Pernah kita bertanya apa
masalah dia? Pernah? Kita hanya pandai menghukum dan melemparkan kata kata
tetapi kita tidak tahu masalah tuan empunya diri. Kalau kita beri dia duit dan
dia beli emas serta perhiasan rumah, mengapa kita tidak bawa dia sahaja ke mana
mana dan ubah penampilan dia mengikut citarasa kita? Fikir fikirkan…
Si
suami sepatutnya menghargai isteri sebaik Mah yang setia, bertanggungjawab,
penyayang dan mampu menjaga rumahtangga dengan baik. Tetapi itulah sikap
manusia. Mereka tidak pernah bersyukur atas apa yang ada di hadapan mata mereka
tetapi mereka mula berasa kehilangan apabila perkara tersebut hilang dari
pandangan mata mereka.
Sikap
suami Mah samalah seperti tidak membuang sampah sebaliknya menyapu sampah
tersebut di bawah permaidani (karpet). Maksudnya dia tidak cuba menyelesaikan masalah sebaliknya cuba
lari dari masalah. Mengapa dia begitu bacul dan dayus untuk menasihati
isterinya supaya mengubah penampilan? Sungguh aneh! Dia tidak takut melakukan
zina dengan seorang janda tetapi takut untuk menasihati isterinya! Budaya rimba
mana yang dipakai oleh suami Mah ini?
Inilah akibatnya jika tidak mengikut pertimbangan akal dan iman untuk
menyelesaikan sesuatu perkara sebaliknya menggunakan pertimbangan nafsu semata
mata. Jika Malaysia
mengamalkan hukum hudud, sudah lama suami Mah direjam sampai mati sebagai satu
hukuman. Sebagai lelaki, saya amat malu dengan sikap suami Mah ini.
.
Sejujurnya saya lebih suka gadis yang beriman, setia dan penyayang dari
gadis yang cantik untuk dibuat isteri. Untuk apa kita ada isteri yang cantik
jika tidak ada sikap yang baik? Untuk apa kita ada isteri yang cantik jika
setiap hari kita risau jika isteri kita digoda oleh jantan lain? Jika imannya
kuat, mungkin dia mampu menangkis godaan tersebut, jika imannya rapuh, sudah
pasti dia akan tinggalkan kita. Biar isteri kita tidak cantik tidak mengapa
asalkan beriman, setia dan penyayang serta mampu menjaga rumahtangga dengan
baik.
Sebagai
suami, kita perlu melindungi dan menjaga isteri dengan baik. Tetapi sebaliknya
isteri yang menjaga kita dengan baik. Mengapa? Kerana mereka sayangkan kita dan
ada rasa tanggungjawab dalam diri mereka. Sebagai suami, kita tidak boleh
pandang sebelah mata semua pengorbanan isteri yang sanggup melahirkan anak
kita, menjaga rumahtangga, memasak, membasuh pakaian dan seribu satu kerja lagi
untuk membahagiakan kita.
Oleh
itu, jagalah isteri kita dengan baik. Jangan sesekali mensia siakan pemberian
Allah yang baik itu. Ingatlah, bukan semua lelaki boleh mempunyai seorang
isteri. Bersyukurlah dengan nikmat Allah tersebut. Jika ada masalah, bawa
bawalah berbincang. Bukan mengambil tindakan seperti mana yang dilakukan oleh
suami Mah itu.
betul!! setuju sangat dan perumpamaan tu mmg tepat sekali!!
BalasPadamamin...
BalasPadamsuami tu sendiri yg kena bentuk isteri.. kannn..nama pon tanggungjwb..kalau ada yg tak betul kat isteri tu tegurlaa secara berhemah.. kdang isteri ni memg cept terasa hati kalau ditegur.. tapi cepat jugak surutnye.. kann
BalasPadamPanduan untuk isteri dan teguran buat suami..
BalasPadamsetuju 100% dengan MNH.
BalasPadamrumah tangga itu konsepnya bersama-sama.
kalau ada yg kurang, tegurlah utk kebaikan bersama.
bukannya dok pendam bertahun2 pastu bila dah jadi macam ni, salahkan isteri pulak.
memalukan.
setuju 200%!!!
BalasPadamsiannyee...isteri diperlakukan mcm tu....suami isteri kena sentiasa saling lengkap melengkapi utk menutup segala kekurangan yang ada...dan kena terima seadanye...InsyaAllah bahagia
BalasPadamTerkilan baca kisah tu.
BalasPadamSaya pun dah banyak letak komen kat blog2 lain berkaitan perkara ni.
Itulah yang terjadi bila hanya pentingkan duniawi.
Suka tajuk die.. heee
BalasPadamSetuju... siapa nak bimbing isteri kalau bukan suami...