Sabtu, 29 April 2017

TIPS CINTA DARI ARTIS LELAKI KACAK YANG PERLU ANDA TAHU

Image result for hubungan cinta
Sumber : Google


Apakah sebenarnya nilai sebuah cinta? 

Kejujuran, kesetiaan, atau harta? 

Tidak dinafikan bahawa hubungan cinta itu ada pasang surutnya. 

Ada kalanya sedih dan ada kalanya gembira. 

Semuanya bergantung kepada keadaan yang sedia ada.

Kadang-kadang si perempuan buat perkara yang si lelaki tidak suka. 

Kadang-kadang si lelaki buat perkara yang si perempuan tidak suka.  

Itulah asam garam dalam dunia percintaan belia. 

Apa yang penting, hubungan cinta yang terjalin itu hendaklah kekal lama. 

Bagaimana hendak kekal lama dalam sesebuah hubungan cinta? 

Jom terjah ---> TIPS CINTA DARI ARTIS LELAKI KACAK YANG PERLU ANDA TAHU <--- untuk mengetahuinya. 

Jika sayangkan hubungan cinta anda, jom baca tips perkongsian daripada artis lelaki kacak ini.

Ahad, 23 April 2017

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH RAMAI PEKERJA APABILA TIBA MAKAN TENGAH HARI

 9ff2


Setiap pekerja, apabila tiba waktu makan tengah hari, pasti ramai di antara mereka yang akan keluar makan tengah hari bersama kawan kawan. 

Sudah pastilah mereka keluar makan tengah hari itu kerana mereka mahu mengisi perut mereka yang lapar dan berehat pada masa yang sama. 

Ramai pekerja di Malaysia dan mungkin juga di seluruh dunia menunggu dua waktu : waktu makan tengah hari dan waktu pulang dari bekerja. 

Walaupun waktu makan tengah hari itu ramai ditunggu oleh mereka, namun tetap juga ada masalah yang membelenggu mereka.

Walau bagaimanapun, bukan semua pekerja menghadapi masalah ini. Hanya pekerja tertentu dan di tempat kerja tertentu sahaja yang menghadapi masalah ini. 

Mahu tahu apa masalah tersebut? Jom terjah --->  MASALAH YANG DIHADAPI OLEH RAMAI PEKERJA APABILA TIBA MAKAN TENGAH HARI <--- untuk mengetahuinya. 

Selamat membaca...

Khamis, 20 April 2017

CARA SELAMATKAN DIRI BILA KERETA TENGGELAM DALAM AIR

Mungkin anda pernah mengalami situasi cemas ini sendiri, dan ada yang hanya mendengar kes ini berlaku melalui berita. Walaupun kes seperti ini jarang berlaku, ia amatlah penting untuk kita mengetahui bagaimana untuk mengatasi rasa cemas dan bertindak dengan bijak. Anda mungkin berfikir ia tak akan terjadi kepada anda, namun, jika ditakdirkan anda berada dalam situasi ini, apakah yang anda akan lakukan?
Dianggarkan 400 orang mati setiap tahun disebabkan oleh kereta yang dinaiki tenggalam ke dalam tasik atau sungai selepas kemalangan, menurut data yang dikumpul oleh penyelidik dari Kanada, Gordon Giesbrecht. Ramai di antara mereka terperangkap di dalam situasi ini tidak tahu untuk berbuat apa untuk menyelamatkan diri, atau berbuat perkara yang tidak betul, ketika saat kereta mereka sedang tenggelam.
Januari lalu, seorang ustazah yang bekerja sebagai guru agama di Kolej Vokasional Besut, meninggal dunia kerana lemas, selepas kereta yang dipandunya terbabas dan masuk ke dalam parit di Jalan Paya Rawa, Kampung Raja, Besut pada pukul 1.30 petang. Mangsa disahkan meninggal dunia ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk dibedah siasat.
kes lemas
Sebenarnya, kejadian seperti ini boleh dielakkan jika kita sedar dan mengetahui cara yang betul dan apa yang perlu dilakukan jika kita berada di dalam situasi ini. Seorang pakar selam, Geoff Fahringer, telah menghasilkan sebuah video dan menunjukan apa yang perlu dilakukan ketika terperangkap dalam kereta, dengan menggunakan sebuah kenderaan lama dan memandu masuk ke dalam terusan yang berkedalaman 8 kaki.
Beliau berpengalaman selama lebih dari 10 tahun sebagai pasukan penyelamat menyelam untuk bahagian Collier County Sherrif di Kanada.

Menurut penyelidik, Gordon Giesbrecht, pokoknya, anda perlu menyelematkan diri anda sendiri jika kejadian ini berlaku kerana tidak akan sempat untuk menunggu penyelamat datang untuk menyelamatkan anda. 
"Kami memberi tahu orang ramai yang mereka perlu keluar daripada kenderaan tersebut sebelum air naik ke paras tingkap, itu hanya memberikan anda masa 30 hingga 60 saat selepas kenderaan masuk ke dalam air," kaa Gordon. Maksudnya, jangan cuba capai telefon anda apabila kenderaan anda telah masuk ke dalam air. "Jangan telefon 999, dari dalam kenderaan yang sedang tenggelam," tambahnya.
Berikan perhatian kepada video ini, dan kongsi artikel ini kepada orang yang tersayang. Anda mungkin dapat menyelamatkan nyawa mereka satu hari nanti, atau mungkin nyawa anda sendiri.


Sumber


Isnin, 17 April 2017

CARA CARA BUANG MALWARE DARI LAPTOP

Malware berasal daripada nama singkatan untuk malicious software. Ia adalah sebuah perisian yang dicipta untuk mendapat akses pada komputer kita dan juga merosakkan laptop dan juga sistem laptop.
Di antara simptom-simptom yang menunjukkan bahawa laptop kita dijangkiti malware adalah:
  1. Laptop menjadi lembab, walaupun dah clean-up dan upgrade hardware.
  2. Keluar pop-up yang bukan-bukan.
  3. Blue Screen of Death (BSOD) kerap berlaku.
  4. Homepage browser yang pelik.
Malware ini adalah istilah umum kepada virus-virus komputer seperti trojan horsesransomwarespyware, adware, scareware dan pelbagai lagi.
Ia mungkin hadir dalam pelbagai bentuk, sebagai contoh, program (*.exe) dan script. Kebiasaannya, malware ini menyamar sebagai program setup perisian dan juga permainan.
Program-program yang boleh dimuat-turun daripada laman sesawang rasmi yang dibuat oleh syarikat-syarikat besar, kadang-kala turut mengandungi malware untuk mengumpulkan data-data pemasaran daripada pengguna.
CARA-CARA UNTUK MEMBUANG MALWARE DARIPADA LAPTOP
1. Masuk ke dalam Safe Mode
Safe mode adalah salah satu ciri keselamatan yang terdapat pada Windows. Safe mode ini hanya menggunakan program dan servis yang minimum. Internet juga akan ditutup ketika safe mode.
Untuk Windows 7 atau 8:
  1. Boot laptop anda.
  2. Tekan butang F8 beberapa kali sehingga keluar Advance Boot Options.
  3. Pilih Safe mode dan tekan butang Enter pada papan kekunci.
Untuk Windows 10:
  1. Tekan butang Start @ Windows.
  2. Kemudian pilih icon Power.
  3. Tekan dan hold butang Shift dan kemudian pilih Restart.
  4. Apabila menu keluar, pilih Troubleshooting > Advance Options > Startup Settings.
  5. Kemudian, tekan butang Restart.
  6. Seterusnya, pilih nombor 4 iaitu Safe mode.
 2. Buang Temporary Files (fail sementara)
Ketika berada di dalam Safe mode, gunakan perisian Disk Cleanup untuk buang semua fail sementara, ini kerana kebanyakan malware berada di sini. Disk Cleanup juga menambahkan ruang kosong pada cakera keras.
Untuk melakukan Disk Cleanup pada Windows 7:
  1. Tekan butang Start.
  2. Pergi ke All Programs > Accessories > System Tools > Disk Cleanup.
Untuk Windows 8, 8.1, 10:
  1. Tekan butang Start.
  2. Taip Disk Cleanup.
  3. Pilih Free up disk space by deleting unnecessary files.
Setelah itu, ikut langkah ini:
  1. Jika anda mempunyai beberapa partition cakera keras, ia akan meminta anda untuk memilih cakera keras mana yang anda mahu cleanup. Pilih pemacu C, kerana ini adalah storan utama anda.
  2. Tanda fail-fail yang anda mahu buang. Semua fail yang di dalam senarai bukan fail yang penting untuk laptop anda. Tekan butang Ok.
  3. Tekan butang Delete files untuk memulakan proses cleanup.
3. Menggunakan perisian pengimbas malware
Setelah anda buang fail-fail sementara, seterusnya anda boleh teruskan dengan penggunaan perisian pengimbas malware. Perisian antivirus tidak dapat mengesan kesemua 100% jenis-jenis malware.
Gunakan Microsoft’s Malicious Software Removal Tool untuk mencari dan membuang malware yang berada di dalam laptop anda.
Cara penggunaan:
  1. Tekan butang Windows dan butang R pada papan kekunci.
  2. Taip mrt dan tekan run untuk membuka program Malicious Software Removal Tool.
  3. Tekan butang Next.
  4. Pilih Full scan untuk membuat carian yang lebih menyeluruh pada laptop anda dan tekan butang Next.
  5. Setelah proses pengimbasan selesai, tekan View detailed results of the scan. Kemudian, tekan butang Finish.
Secara ringkas, malware adalah sebuah perisian yang tidak patut berada didalam laptop kita. Ia boleh mengganggu ketika kita sedang melakukan kerja menggunakan laptop.
Dengan langkah-langkah ini kita boleh mengelakkan kehilangan dan juga kerosakan fail kita.
Kongsikan info ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Klik button share kat bawah ni.

SENARAI APLIKASI GOOGLE YANG RAMAI ORANG TIDAK TAHU


Google boleh menjadi sahabat baik anda apabila anda ingin mencari jawapan atau maklumat secara atas talian. Berjuta-juta pengguna menggunakannya setiap hari, tetapi hanya beberapa orang sahaja yang menggunakan Google semaksima yang mungkin. Malah, enjin pencarian berkuasa ini menawarkan banyak perkhidmatan, aplikasi, dan pencirian yang hebat yang ramai tidak tahu.

Di sini kami senaraikan 15 aplikasi Google yang paling berguna yang anda mungkin tidak tahu kewujudannya.



1. Google Translate


Satu aplikasi untuk mereka yang sukakan travel. Hanya tujukan sahaja kamera anda ke arah perkataan yang anda perlu terjemahkan, dan aplikasi ini akan menterjemahkan dengan segera ke dalam bahasa pilihan anda. Ianya sangat berguna!


2. Gmailify


Aplikasi ini menggabungkan semua akaun emel anda ke dalam satu Gmail inbox.


3. Google Scholar


Ia adalah satu enjin pencarian yang mencari seluruh kesusasteraan ilmiah. Senarai hasil pencarian daripada Google Scholar ini mengandungi petikan daripada buku teks, kertas kerja saintifik, dan jurnal.


4. Google Keep


Satu aplikasi untuk mencipta nota berwarna-warni yang menarik. Anda tidak akan lupa untuk menyelesaikan tugasan penting lagi!

5. Timer


Anda boleh menetapkan pemasa pada bila-bila masa yang anda mahu. Apabila masa anda telah tamat, anda akan mendengar bunyi jam penggera.


6. Google Sky


Gunakan aplikasi ini untuk melihat ruang angkasa seolah-olah anda sedang melihat daripada teleskop yang paling berkuasa. Dengan aplikasi ini, anda juga berpeluang untuk berjalan di sekitar Galaksi Milky Way dan belajar tentang kajian terkini.


7. Google Fonts


Satu enjin pencarian yang membantu anda mencari jenis tulisan terbaik untuk projek anda.


8. Google Art Project


Jika anda pencinta seni, anda tidak boleh lepaskan aplikasi ini. Ambil peluang untuk menemui dan melihat karya seni terkenal secara atas talian dengan terperinci.


9. Think with Google


Anda akan mendapat maklumat terkini tentang hasil kajian terkini, trend pengguna, dan berita terkini dalam pemasaran.


10. Google Trends


Aplikasi ini membolehkan anda melihat jenis pencarian yang paling terkenal.


11. Google Shopping


Dengan Google Shopping, anda boleh membeli apa-apa sahaja, daripada gajet sehinggalah barangan kosmetik.


12. Panoramio


Gunakan Panoramio untuk melihat serata dunia melalui gambar-gambar yang diambil oleh pengguna-pengguna Internet.

13. Google Sound Search


Aplikasi ini adalah aplikasi yang mengenalpasti muzik. Ia akan memaklumkan lagu yang sedang anda dengarkan dalam masa beberapa saat.


14. Google Images

Ini adalah alat yang paling berguna untuk mencari gambar di laman sesawang. Anda juga boleh memuat naik gambar dari komputer anda dan aplikasi ini akan melakukan kerja seterusnya. Hasil mungkin akan disertakan dengan gambar yang sama, berbeza resolusi pada gambar, page yang mengandungi gambar tersebut, dan banyak lagi.


15. Build With Chrome


Aplikasi ini membolehkan anda untuk bermain dengan Lego di alam maya. Cubalah! Ianya bukan sahaja menyeronokkan untuk kanak-kanak tetapi untuk orang dewasa juga.


Jumaat, 14 April 2017

BUKAN HANYA HILANG ADAB MALAH BIADAP!


Image result for kurang ajar
Sumber : Google


Bapa saya pernah berkata : orang Melayu (sudah semestinya Islam) zaman sekarang sudah semakin hilang adab. Sangat berbeza dengan orang Melayu zaman dahulu yang sentiasa menjaga adab. Pada mulanya, saya tidaklah faham akan frasa ‘hilang adab’ yang bapa saya sebutkan itu. Tetapi lama-kelamaan, semakin saya membesar, barulah saya tahu. 

Apabila saya melihat masyarakat kita (baca : Melayu) pada masa kini, sikap ‘hilang adab’ itu tidaklah dapat saya nafi. Ia memang berlaku kepada masyaraka kita pada ketika ini. Ia berlaku bukan sahaja kepada rakyat biasa, malah kepada pemimpin tertinggi negara juga.

Tidak boleh kita lupa apabila melihat gelagat seorang menteri mengeluarkan perkataan lucah kepada seorang ahli parlimen di Dewan Rakyat tidak lama dahulu. Tidak dapat juga kita tutup mata melihat perangai ahli ahli parlimen kita yang bukan sahaja terjerit-jerit ketika berbahas di Dewan Rakyat yang mulia, malah ada juga yang mencarut, memaki hamun, dan mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya. Inilah bukti nyata ahli ahli parlimen kita yang sepatutnya bertindak secara professional telah kehilangan adab sopan mereka.

Jika ahli ahli parlimen yang mewakili rakyat pun boleh bertindak sebegitu rupa, maka jangan hairan bin terkejut apabila melihat rakyat jelata juga boleh melakukan perkara yang sama. 

Cuba kita renung masyarakat kita pada hari ini. Banyak adab sopan dan budaya santun yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dahulu sudah hilang hari demi hari. Misalnya, apabila lalu dihadapan orang tua, berapa ramai orang muda yang membongkokkan sedikit badan mereka? Berapa ramai orang muda pada hari ini mencium tangan ketika bersalam dengan orang yang lebih tua daripada mereka? Tepuk dada dan tanya iman kita.

Bangsa Melayu terkenal dengan adab sopannya sejak lama dahulu. Namun, hari ini segala adab sopan yang diamalkan dahulu telah hilang ditelan waktu. Orang Melayu dahulu mencipta segala budaya sopan santun itu pasti ada sebab-sebabnya. Ia sebagai lambang untuk orang muda menghormati orang tua. Ia juga sebagai proses untuk mendidik anak bangsa supaya menjaga adab dan sopan santun mereka. Apabila budaya semacam itu sudah tidak diamalkan lagi, maka lahirlah generasi muda Melayu yang biadap seperti yang kita lihat pada hari ini.

Sebab itu jangan hairan apabila membaca berita artis yang beragama Islam berani bercium mulut di khalayak ramai ketika melangsungkan perkahwinan. Dan sebab itu jangan berasa pelik melihat ada orang yang sanggup memakir keretanya dalam tempoh masa yang lama di hadapan pintu pagar rumah kita sehingga menyusahkan kita untuk masuk ke rumah kita sendiri. Inilah tanda-tanda orang Melayu semakin biadap hari demi hari.

Cuba kita renung mengapa kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat di negara kita? Ia bukan kerana masalah cuai atau tidak mematuhi undang-undang semata-mata, tetapi kerana masalah adab dan sopan santun juga. Apabila ada pemandu yang tidak langsung menyantuni pemandu lain di jalan raya, yang suka memandu mengikut sesedap rasa, maka terjadilah banyak kemalangan jalan raya seperti yang acapkali dilaporkan dalam berita. 

Saya kira jika semua (ulang : semua) pemandu tidak cuai, mematuhi undang-undang dan menyantuni pemandu lain di jalan raya, pasti kemalangan jalan raya tidak berlaku dengan sebanyaknya.    

Adab adalah suatu perkara yang sangat penting dalam masyarakat Melayu. Adab dan sopan santun memang tidak lari dari kehidupan orang Melayu. Menjaga adab bukan sahaja membuatkan orang lain rasa dihormati, malah diri dan bangsa kita juga akan disanjung tinggi. Apabila adab-adab yang diwariskan oleh nenek moyang kita dahulu telah hilang, maka jangan sedih apabila melihat bangsa Melayu yang gemilang dahulu sudah tidak lagi dipandang. 

Dalam berbicara tentang adab ini, ulama’ terulung Nusantara, Hamka ada bermadah : kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.  

Orang Melayu ini tidak dapat dipisahkan dengan agama Islam. Islam yang Rasulullah bawa itu telah menyenaraikan akhlak-akhlak yang baik sebagai panduan. Menjaga adab dan bersopan santun adalah tanda tanda kita sebagai orang yang beriman. Maka peliharalah agama Islam ini dengan menunjukkan diri sebagai orang yang mempunyai adab dan kesantunan.

Sebagai orang Melayu dan Islam, jagalah adab kita terutama di hadapan orang. Jangan tunjukkan sikap biadap yang membuatkan kita dibenci orang. Orang yang beradap dan bersopan santun akan dipandang tinggi sentiasa. Jika biadap, bukan sahaja orang tidak suka, dikhuatiri tubuh badan akan turut binasa!

Sabtu, 8 April 2017

LAPAN PERKARA MENARIK YANG BOLEH DITEMUI DI HONG KONG

Permandangan pada waktu malam dari Victoria Peak
Sumber : Google

Hong Kong adalah antara negara yang unik di dunia. 

Negara ini mengamalkan dasar dua sistem satu negara, yang mana mereka mempunyai kuasa autonomi untuk menentukan corak pentadbiran sendiri kecuali dalam hal ehwal luar negeri dan pertahanan. 

Dalam hal ehwal luar negeri dan pertahanan, ia berada di bawah tanggungjawab kerajaan China memandangkan ia termasuk dalam wilayah Republik Rakyat China. 

Hong Kong boleh menentukan mata wang, sistem perundangan, sistem politik, kuasa imigresen dan sebagainya yang cukup berbeza dengan negara China. 

Hong Kong diketuai oleh seorang Ketua Eksekutif (yang bertindak sebagai Perdana Menteri bagi negara tersebut).

Sebagai sebuah negara maju dan pusat kewangan, Hong Kong adalah satu daripada kawasan berpenduduk paling padat di dunia.  

Sebagai sebuah negara maju dan hebat, pastilah banyak perkara menarik yang ada di negara tersebut. 

Pada hari ini saya mahu kongsikan kepada anda semua perkara perkara menarik yang boleh anda temui di Hong Kong. 

Mahu tahu apa perkara itu? Jom terjah ---> Lapan Perkara Menarik Yang Boleh Ditemui Di Hong Kong <--- untuk mengetahuinya.  

Bacalah artikel yang saya kongsikan itu untuk mengetahuinya. Selamat membaca...