Isnin, 24 November 2014

BAGAIMANA MENGATASI MASALAH KULIT KERING DENGAN BERKESAN?


Sumber : Google

Masalah kulit kering adalah kulit terasa kaku atau tegang serta tertarik selepas mandi, berenang atau berendam. Kulit kering juga memperlihatkan kerutan dan berlaku dehidrasi serta seringkali berasa gatal dan bertambah gatal apabila menggaru secara berulang ulang kali. Mereka yang menghadapi masalah kulit kering ini akan mengalami masalah pecah pecah pada bahagian kulit, kulit bersisik, mengelupas dan mengakibatkan pendarahan ringan.

Saya yakin dan percaya anda pasti berasa tidak selesa apabila masalah ini terjadi kepada anda. Saya juga yakin sudah pasti anda akan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi masalah ini. Jangan khuatir kerana saya akan membantu anda untuk mengesan punca puncanya sekaligus mencari jalan penyelesaiannya.


Punca punca kulit kering


Antara punca masalah ini terjadi adalah kerana kita mandi terlalu lama, menggunakan sabun terlalu banyak, mengelap badan dengan terlalu kasar, berendam di dalam tab mandi terlalu lama dan tidak menggunakan sabun yang sesuai. Sepatutnya, bagi mengatasi masalah ini, anda perlu menggunakan sabun berpelembab (gentle moisturizing soap atau cleanser).

Selain itu, kulit kita selalu terdedah kepada udara kering dan selalu terdedah kepada penghawa dingin. Jika kulit kita terdedah kepada penghawa dingin dan sinar ultraviolet, risiko kita untuk mendapat masalah ini amat tinggi. Kulit juga boleh menjadi kering jika anda selalu merokok, kurang tidur, selalu tertekan, kurang bersenam dan sebagainya.

Jika anda menghidap penyakit seperti psoriasis, ekszema, masalah kekurangan hormon tiroid, kekurangan zat, diebetes dan lain lain, anda juga mudah untuk mendapat masalah ini. Selanjutnya, apabila usia meningkat, proses penuaan kulit akan berlaku. Perubahan fisiologi tubuh seperti perubahan hormon (contoh :monopose) boleh mengakibatkan kulit menjadi kering.     

Langkah langkah pencegahan kulit kering


Setelah membuat banyak pembacaan, antara langkah pencegahan yang boleh diambil adalah sentiasa menggunakan pelembab pada kulit, minum banyak air, banyak mengambil buah buahan yang kaya dengan vitamin C, selalu bersenam, mendapat tidur yang cukup, dan jangan sesekali merokok.

Shaklee ada jalan penyelesaiannya.


Sebagai seorang pengedar Shaklee, saya sarankan kepada anda yang mengalami masalah ini supaya mengambil produk Collagen Powder Shaklee. Di dalam produk ini mengandungi kolagen yang tulen, berkualiti tinggi dan diekstrak dari sisik ikan merah. Perlu diingatkan bahawa ikan merah adalah sumber kolagen terbaik kerana daya ketahanannya.

Perlu diingatkan juga kolagen adalah sejenis protein yang menyumbang kepada kulit yang sihat dan cantik. Oleh itu, produk ini memang amat sesuai untuk anda yang mengalami masalah kulit kering ini. Tidak guna kita ada duit yang banyak tetapi kita terpaksa menanggung derita mengidap masalah kulit kering ini – terpaksa menggaru garu kulit kita yang gatal gatal itu sehingga berdarah darah. Oleh itu, apa tunggu lagi? Dapatkan produk ini sekarang juga!!!


Jika anda mahu mendapatkan produk ini, anda boleh menghubungi saya melalui :

Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Shaklee Independent Distributor
ID : 1171450
Sms/whatsapp/wechat/telegram : 012 9772806
Pengedar Shaklee Kampung Baru, Kuala Lumpur, Keramat, Bangi (Seksyen 14, Teras Jernang sahaja) dan seluruh Malaysia.

3 ulasan:

  1. ooo baru tahu kalau mkn collagen boleh lembapkan kulit... thanks info :)

    BalasPadam
  2. selalu mandi tak lama minum air banyak tapi kulit bersisik gak geram uh..

    BalasPadam
  3. kulit kering tak selesa nak keluar kemana-mana uh..tak best sungguh

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.