Isnin, 30 Mac 2015

TIDAK TAHAN TEKANAN HINGGA BERHENTI MENULIS BLOG?

Sumber : Google

Pernahkan anda terfikir - sebagai seorang blogger untuk berhenti dari menulis blog? Jika ya, mengapa anda mahu berhenti? Sebenarnya sudah ramai blogger di luar sana yang merupakan seorang blogger yang popular tetapi telah berhenti dari menulis blog. Ada pelbagai sebab yang diberikan oleh mereka antaranya kesibukan tugas di pejabat, mahu lebihkan masa bersama keluarga dan ada juga yang tidak tahan tekanan dalam menulis blog!

Saya suka mengupas isu blogger yang tidak tahan dengan tekanan menulis blog itu. Biasanya blogger seperti ini adalah blogger yang gemar melemparkan kritikan dan teguran kepada sesiapa sahaja. Blogger ini juga acapkali mengulas tentang sesuatu isu dengan penuh keberanian dan mengikut pendapatnya mereka sendiri.

Saya adalah blogger yang berada dalam kumpulan itu. Selain saya, blogger lain adalah blogger Suria Lekat Lekit dan blogger Buasir Otak. Kebiasaannya, blogger yang berada dalam kumpulan ini adalah blogger blogger yang mengulas isu politik seperti Papagomo, Double Y, Semut Hitam, Datuk A. Kadir Jasin, Datuk Rocky Bru, Helen Ang, Tan Sri Zainuddin Maidin, Tun Dr. Mahathir dan ramai lagi.  

Sabtu, 28 Mac 2015

BLOG MENGUNTUNGKAN ATAU MERUGIKAN MASA?



Entri yang saya hendak tulis ini adalah satu tugasan dari group Sahabar Blogger. Satu soalan yang mungkin akan ditanya oleh ramai orang kepada seorang penulis blog atau blogger, blog menguntungkan atau merugikan masa? Saya yakin pasti ada diantara saudara atau kawan kawan kita (blogger) pernah tanya tentang soalan itu. Setakat hari ini saya belum pernah lagi ditanya soalan sebegitu tetapi seandainya ada orang yang bertanya, saya akan menjawab bahawa blog ini sangat menguntungkan!

Sejak di bangku sekolah menengah lagi saya memang bercita cita untuk menjadi seorang penulis. Dari cita cita itulah timbulnya minat untuk menulis. Tetapi siapa yang mahu membaca tulisan saya? Di mana pula saya mahu menulis untuk mencapai cita cita saya untuk menjadi seorang penulis itu? Selain menulis di dalam buku sekolah dan dalam kertas peperiksaan, tiada tempat lagi saya boleh menulis. Tiada tempat lagi buat saya untuk 'memuaskan' minat menulis saya. Justeru itu, dengan adanya kewujudan blog, saya bukan sahaja boleh mengisi minat menulis saya, tetapi cita cita saya untuk menjadi seorang penulis sudah pun terlaksana. Jadi wajarlah saya mengatakan blog ini menguntungkan kerana boleh memenuhi tuntutan minat saya di samping mencapai cita cita saya untuk menjadi seorang penulis. 

Setiap hari saya membesar dengan satu rasa untuk menyatakan dan meluahkan sesuatu. Saya tidak bisa menyatakan atau meluahkan sesuatu perkara itu kepada sebarangan orang. Sebagai contoh, saya tidak berpuas hati dengan lambakan pendatang asing di negara ini. Saya tidak boleh meluahkan perasaan tidak puas hati saya itu kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, dengan adanya blog, saya boleh menulis untuk melahirkan rasa tidak puas hati saya itu. Apabila ada orang membaca tulisan saya dan bersependapat pula dengan saya, rasa tidak puas hati itu sedikit sebanyak terubat juga. Oleh itu, sekali saya tekankan bahawa blog ini sangat menguntungkan.   

Jumaat, 27 Mac 2015

BELAJAR TERIMA PENDAPAT ORANG LAIN

Sumber : Google

Ramai sudah rakan rakan saya mengetahui yang saya adalah seorang penulis blog. Tidak kurang juga yang membaca tulisan tulisan saya di dalam blog ini. Memandangkan saya acapkali menulis isu yang gempar dan sensitif – politik - berlakulah perbezaan pendapat dalam kalangan kami. Kebanyakkan rakan rakan saya adalah penyokong Pakatan Rakyat. Dan sudah pastilah mereka prejudis terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

Mereka beranggapan saya adalah penyokong UMNO tulen walhal hakikatnya tidaklah begitu. Insha Allah…saya akan terus menjadi penulis blog yang non-partisan sampai bila bila. Saya tidak mahu terperangkap dalam mana mana fahaman politik dalam menulis. Saya mahukan kebebasan untuk menulis dan menyatakan pandangan saya tanpa terkongkong dalam mana mana ideologi politik kepartian.

Sebagai seorang yang mengambil jalan non-partisan dalam politik, sudah pastilah saya akan mengkritik mana mana ahli atau parti politik dalam mana mana tulisan saya di blog ini. Saya menulis berdasarkan fakta dan hujah yang diambil daripada sumber yang boleh dipercayai sahaja seperti buku, akhbar dan blog blog (yang boleh dipercayai). Saya juga hanya akan menulis apa yang saya tahu sahaja. Apa yang saya tidak tahu saya tidak akan tulis.

Khamis, 26 Mac 2015

HIDUP LELAKI MUSNAH KERANA CINTA SEORANG PEREMPUAN (Bahagian dua)

Sumber : Google

Entri ini adalah sambungan daripada entri semalam. Masih ingatkah anda pada kawan lelaki saya yang pengsan di dalam kelas kerana tidak tahan dengan tekanan putus cinta itu? Dia sekarang sudah pun mendapat teman pengganti. Ternyata hubungan cinta dengan teman wanitanya dahulu hanyalah cinta monyet semata mata. Saya sendiri tidak tahu apakah hubungannya dengan gadis baru ini akan kekal lama atau akan putus di tengah jalan. Harapan saya semoga hubungan itu boleh bertahan sehingga ke jinjang pelamin.

Bercakap tentang kawan lelaki saya yang bercinta dengan gadis yang queen control itu, saya berasa kasihan melihatnya. Masakan tidak, sudah banyak pengorbanan telah dia tabur kepada gadis itu. Dia pernah berbalah dengan teman rapatnya kerana gadis itu. Saya masih ingat lagi, dia sanggup menghantar makan malam ke rumah gadis itu pada pukul 12 tengah malam semata mata kerana cintanya kepada gadis itu walaupun dia masih keletihan setelah seharian meredah hutan untuk satu aktiviti kelab yang disertainya.

Dia juga sanggup berhenti merokok kerana gadis itu memandangkan gadis itu tidak suka pada perokok. Saya melihat sendiri dengan mata saya bagaimana seksa dirinya menahan diri daripada menghisap rokok. Namun digagahinya juga semata mata kerana sayang akan gadis itu. Tetapi, oleh kerana satu kesilapan yang tidak disengajakan, gadis itu meninggalkan dirinya dan bercinta pula dengan lelaki lain.  Ternyata segala pengorbanannya selama ini terhadap gadis itu sia sia belaka.

Rabu, 25 Mac 2015

HIDUP LELAKI MUSNAH KERANA CINTA SEORANG PEREMPUAN (Bahagian pertama)

Sumber : Google

Bidalan cinta itu buta sangat bertepatan dengan entri yang mahu saya tulis pada hari ini. Saya sejujurnya tidak pernah bercinta dan tidak ada pengalaman dalam cinta tetapi saya ada pengalaman berhadapan dengan orang orang yang bercinta. Saya boleh melihat betapa indahnya apabila bercinta dan saya juga dapat merasai betapa sakitnya putus cinta.

Walaupun saya tidak pernah bercinta tetapi ramai orang meluahkan masalah cinta mereka kepada saya sama ada mereka lelaki atau perempuan. Saya tidak tahu mengapa perkara itu boleh terjadi. Saya pun bukannya boleh membantu untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Saya cuma boleh beri satu dua pendapat yang tidak bernas dan terpulanglah kepada mereka sama ada mahu terima atau tidak.

Bercinta itu memang indah tetapi sakit apabila putus atau ditinggalkan. Saya tidak mampu merasainya secara hakiki tetapi saya boleh merasainya melalui pembacaan puluhan novel novel cinta yang pernah saya baca dan melalui pengalaman pengalaman saya yang berhadapan dengan manusia manusia yang bercinta.

Selasa, 24 Mac 2015

PENYOKONG PARTI POLITIK PERLU BELAJAR DARI CHE’GU BARD

Sumber : Google


Badrul Hisham Shaharin atau lebih mesra dipanggil Che’gu Bard adalah Ketua PKR Cabang Rembau yang telah digantung keahliannya oleh Lembaga Disiplin PKR kerana terlalu lantang bersuara dan membuat kenyataan media mendakwa proses pemilihan PKR adalah kotor dan tidak telus.

Che’gu Bard mendakwa secara terbuka melalui laman portal Free Malaysia Today “Petugas JPP (Jawatankuasa Pemilihan Parti) menjadi agen kepada Azmin Ali” pada 12 Mei 2014 yang lalu.  

Walaupun perkara ini sudah pun menjadi satu sejarah, namun pendedahan Che’gu Bard ini wajarlah direnungi. Jelas PKR yang selama ini berkokok ke sana ke mari memperjuangkan keadilan dan ketelusan dalam sistem pilihanraya di Malaysia ternyata tidak mengamalkannya di dalam parti mereka sendiri sehingga menimbulkan rasa curiga dalam kalangan ahli parti.

Isnin, 23 Mac 2015

ISLAM, REMAJA, DAN SEKS

Sumber : Google 

Setiap kali saya membuka laman sosial – Facebook khususnya, saya pasti akan melihat post post yang berkaitan dengan remaja Melayu/Islam di Malaysia sedang melakukan hubungan seks sama ada secara ‘ringan ringan’, ‘berat berat’, suka sama suka, paksa rela, atau secara paksa betul (dirogol). Ada yang masih bersekolah atau menuntut di universiti tetapi tidak kurang juga yang sudah bekerja (dewasa).

Saya tidak tahu siapa yang merakam aksi aksi mereka itu? Saya juga tertanya tanya adakah mereka sedar atau tidak yang perbuatan mereka itu dirakam? Saya juga mahu tahu adakah mereka sengaja merakamkan perbuatan terkutuk mereka itu untuk tatapan masyarakat? Jika ya, jelas ada sesuatu yang tidak kena dalam minda remaja kita.

Apa yang menyedihkan kebanyakkan daripada mereka adalah terdiri daripada remaja remaja Melayu yang beragama Islam. Semakin hari, perkara ini semakin membarah dalam masyarakat. Saya tidak melihat ada sebarang pengurangan sebaliknya pertambahan dalam masalah sosial tersebut.

Sabtu, 21 Mac 2015

TENGKU RAZALIEGH PERDANA MENTERI?

Sumber : Google

Nama Tengku Razaliegh Hamzah atau lebih mesra disapa Ku Li memang tidak asing lagi dalam arena politik Malaysia. Satu nama ahli politik yang besar dan kadang kala satu nama yang mencetuskan kontroversi. Pernah menjadi Menteri Kewangan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Pengerusi Petronas dan Pengerusi Pernas. Seorang yang mahir dalam bidang kewangan dan pentadbiran. Seorang ahli Parlimen UMNO yang tidak pernah kalah di Parlimen Gua Musang (Kelantan).

Namun namanya kian tenggelam dalam politik UMNO sejak dia mencabar Dr. Mahathir untuk jawatan Presiden UMNO tahun 1987. Kekalahan beliau di tangan Dr. Mahathir dengan majoriti yang tipis telah menyebabkan beliau keluar UMNO dan menubuhkan parti Semangat 46 (sempena mengambil tahun penubuhan UMNO 1946) bersama sama Dr. Rais Yatim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.     

Semua orang tahu tentang cita citanya untuk menjadi Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia. Tetapi cita citanya itu terhalang kerana disekat oleh sesetengah pemimpin dan ahli UMNO. Tinggallah beliau sebagai Ahli Parlimen Gua Musang yang mewakili UMNO dan Ketua UMNO bahagian Gua Musang. Beliau beberapa kali cuba untuk bertanding jawatan Presiden UMNO namun gagal atas faktor kuota.

Jumaat, 20 Mac 2015

GST : BURUK RUPA DARI KHABARNYA

Sumber : Google

Tidak lama lagi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan. Tepat sahaja 1 April 2015, cukai yang menjadi momokan pemimpin pembangkang kepada rakyat Malaysia sejak sekian lama itu akan terus dikuatkuasakan dalam hidup kita. Jika sebelum ini, kita hanya mendengar mengenai cukai tersebut dilaksanakan di luar negara, tetapi kini cukai tersebut memang tidak ada akan dapat dipisahkan dalam kehidupan kita buat selama-lamanya melainkan ada 'kuasa magis' yang boleh mengubah hakikat itu. 

Jika sebelum ini, hanya pemimpin pembangkang sahaja yang dilihat lantang bersuara menentang cukai itu dilaksanakan, tetapi kini mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir juga dilihat menentang pelaksanaan cukai sebanyak 6% itu di dalam blognya. Bukan sahaja Dr. Mahathir dan pemimpin pembangkang, ramai lagi rakyat marhaen yang menentang pelaksanaan cukai ini di media media sosial seperti blog, Facebook, Twitter dan sebagainya.

Kerajaan di bawah Najib yang menguasai media arus perdana seperti surat khabar dan televisyen banyak menggambarkan kebaikkan pelaksanaan  GST ini. Pelbagai iklan dicipta untuk menerangkan kepada rakyat apa itu GST dan kebaikkan kebaikkan yang rakyat bisa dapat daripada pelaksanaan GST tersebut. Banyak juga forum forum di televisyen seperti di RTM dan di BernamaTV telah dibuat bagi mencapai maksud itu. Pendek kata, apa sahaja yang ditayangkan di televisyen adalah yang baik baik sahaja mengenai GST namun hakikatnya tidaklah begitu.  

Khamis, 19 Mac 2015

1MDB : 'PEMBUNUH BERSIRI' BUAT NAJIB!!!

Sumber : Google


Isu hutang dan kerugian yang melanda 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus kedengaran sehingga ke hari ini. Bukan sahaja pemimpin pembangkang, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tokoh Wartawan Negara, Datuk A. Kadir Jasin juga tidak sudah sudah mahu mengulas tentang isu panas itu dalam blog masing masing. 1MDB akan terus menghantui Najib selagi isu ini belum selesai dan tidak ada hitam putih yang tulen mengatakan isu ini telah pun selesai.

Saya cuba mengelak untuk menulis dan mengulas berkenaan 1MDB dalam blog saya kerana saya tidak mahir dalam tatacara kewangan, pengurusan dan ekonomi. Saya tidak mahu pembaca pembaca semua dihidangkan dengan maklumat yang 'separuh masak' berkenaan dengan soal itu. Saya tidak mahu menghadapi sebarang masalah gara gara menyebarkan pandangan yang tidak benar di dalam blog ini. 

Walaupun isu ini sudah lama berkumandang, baru hari ini saya punya sedikit keberanian untuk menulis tentangnya. Saya tidak mahu mengulas dan menulis isu ini dalam konteks ekonomi, pengurusan dan kewangan sebaliknya saya mahu mengulas dalam konteks politik sementelahan blog ini pun blog yang selalu menulis tentang isu isu politik.   

Rabu, 18 Mac 2015

CONTEST HIJAB, LETS WEAR IT RIGHT

Klik banner kalau nak join

Kepada muslimah muslimah di luar sana, tidak kira sama ada anda seorang blogger, Instagramer (betul ke istilah tu?) atau Facebooker, marilah menyertai contest yang dianjurkan oleh sahabat blogger saya ni iaitu blogger Lovely Pinky. Syarat syaratnya sangat mudah dan hadiah yang ditawarkan pun sangat lumayan. Jom join ramai ramai contest ni. Jom sokong sahabat blogger kita ni. Huhu.


NAJIB WAJAR IKUT RAFIZI

Sumber : Google

Naib Presiden merangkap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli telah membuat pengisytiharan hartanya baru baru ini. Tindakan itu dilakukan bagi menyahut cabaran beberapa pemimpin UMNO yang memintanya supaya mengisytiharkan harta kerana beliau sering kali mengkritik kekayaan Najib selaku Perdana Menteri dan beberapa pemimpin Barisan Nasional yang lain.

Rafizi kemudiannya mencabar Najib supaya mengisytiharkan harta supaya Najib boleh membersihkan namanya yang dikaitkan dengan kemewahan yang tidak berpandanan dengan gaji.

Selaku seorang penulis blog, saya melihat tindakan Rafizi ini sebagai satu tindakan yang wajar dan molek. Sudah sepatutnya seorang ahli politik yang mahu kelihatan bersih di mata rakyat perlu melakukan perkara itu. Sudah semestinya juga sebagai seorang yang gemar mengkritik kekayaan orang lain perlu melakukan tindakan tersebut.

Selasa, 17 Mac 2015

PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA PALING TERUK DALAM DUNIA!!!

Sumber : Google

Saya sangat bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara membangun yang hebat walaupun tidaklah semaju negara Jepun atau Korea Selatan. Saya mengkritik serba serbi tentang negara ini bukanlah kerana saya tidak pandai bersyukur atau sengaja mencari kesalahan mana mana pihak cuma saya ingin memperbetulkan keadaan yang cacar marba itu supaya menjadi cantik dan molek. Saya tidak mahu orang lain atau generasi akan datang menerima nasib seperti mana yang saya alami.

Sebagai pengguna pengangkutan awam, saya dapat merasakan bahawa perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini masih lemah dan teruk! Setiap hari, saya akan menaiki tiga jenis pengangkutan awam darat iaitu LRT, KTM (Kereta api Tanah Melayu Berhad) dan teksi untuk ke kolej. Oleh itu, sudah pastilah saya mahukan satu pengangkutan awam yang benar benar cekap dan berkesan untuk membawa saya ke destinasi.

Saya tidak mahu mengulas tentang kelemahan LRT dan teksi. Pada saya, kelemahan dalam kedua dua jenis pengangkutan awam darat itu masih boleh dimaafkan. Biasalah, tidak ada perkara yang dicipta oleh manusia yang terlalu sempurna dalam dunia ini. Pasti sedikit sebanyak akan terdapat cacat celanya.  

Ahad, 15 Mac 2015

UMAT ISLAM TERUS TERTIPU DAN DITIPU

Sumber : Google

Sebagai seorang penulis blog yang beragama Islam, saya berasa sedih melihat sikap umat Islam pada masa kini. Ini kerana umat Islam sekarang mudah ditipu dan tertipu. Mereka mudah percaya apa yang mereka lihat atau dengar dan tidak cuba untuk memahami hakikat sebenar disebalik apa yang mereka lihat atau dengar itu. Sikap beginilah yang menyebabkan umat Islam menjadi mundur atau lebih parah lagi agama Islam semakin terancam. 

Akibat malas membaca dan mengkaji, serta menjauhkan diri daripada pelbagai disiplin ilmu, menyebabkan umat Islam semakin jauh daripada Islam. Tidak hairanlah mengapa pemikiran umat Islam sekarang mudah dikuasai oleh aliran pemikiran sesat campur songsang. Orang kafir yang cuba menghina agama secara terang terangan pun mereka masih tidak nampak. Mereka hanya nampak kebaikkan daripada tindakan orang kafir itu. Mereka cuba bersangka baik dan akibatnya orang kafir tambah suka menghina Islam pada masa akan datang.

Perkara yang tidak sepatutnya orang kafir buat kita biarkan mereka buat atas alasan 'tak apa' ataupun 'diaorang tu jahil'. Akibatnya, orang orang kafir ini sengaja 'menjahilkan' diri mereka untuk terus menghina Islam pada masa hadapan.

Jumaat, 13 Mac 2015

KE MANA HARON DIN AKAN BAWA PAS?

Sumber : Google

Tahniah saya ucapkan kepada Datok Haron Din kerana telah dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang baru bagi menggantikan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat yang telah meninggal dunia. Segala teka teki yang melanda jawatan penting dalam parti Islam itu kini  sudah terjawab dengan pelantikan Haron Din itu. 

Sebelum ini ada beberapa nama yang disebut untuk menyandang jawatan tersebut. Antaranya adalah Presiden PAS sendiri - Datuk Seri Haji Hadi Awang. Namun, apabila melihat Haron Din lebih hampir dengan jawatan itu sementelahan beliau adalah Timbalan Mursyidul Am PAS semasa Allahyarham Nik Aziz menjadi Mursyidul Am-nya, maka beliau telah dilantik oleh Majlis Syura Ulamak PAS bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Pelantikan Haron sememangnya wajar kerana beliau memang seorang ulamak yang berkaliber dan terkemuka. Ketinggian ilmunya sehingga mempunyai anak murid yang ramai wajar menjadi sandaran untuk beliau menduduki jawatan tersebut. Begitu juga dalam bidang rawatan Islam. Nama Haron Din dan rawatan Islam (Darussyifa') memang tidak dapat dipisahkan.

PUNCA SEBENAR MENGAPA RAMAI IBU DIBUANG OLEH ANAK ANAK MEREKA

Sumber : Google

Acapkali kali mendengar, melihat dan membaca perihal ibu bapa yang dibuang oleh anak anak mereka sama ada ditinggalkan di sebuah rumah usang secara bersendirian, ditinggalkan di tepi jalan atau dihantar ke rumah orang orang tua. Memang sedih dan pilu melihat ibu bapa yang telah membesarkan anak mereka dengan penuh jerih payah namun diperlakukan sebegitu rupa oleh anak anak apabila anak anak sudah meningkat dewasa. Di mana sifat perikamanusiaan seorang anak terhadap ibu bapa yang telah melahirkan dan membesarkan mereka selama ini?

Fenomena ini bukan baru dan semakin lama semakin banyak kes tersebut dipaparkan sama ada di media cetak mahupun di media elektronik. Media media sosial pun tidak ketinggalan membahaskan isu yang menyayat hati ini. Sebagai penulis blog, saya tertanya tanya mengapa anak anak ini sanggup memperlakukan ibu bapa mereka sebegitu rupa? Tidak tahukah mereka akan dosa dan pahala? Tidak tahukah mereka akan keberkatan doa seorang wanita yang bernama ibu? Ini persoalan yang perlu dijawab dan diperbahaskan bagi menangani masa ini. Satu kajian yang menyeluruh juga perlu dilakukan bagi mencari jalan penyelesaian.

Mungkin ada yang berpendapat anak anak yang membuang ibu bapa mereka yang telah tua itu kerana mereka seorang anak yang tidak mengenang budi. Apabila mereka telah kaya mereka malu kerana mempunyai ibu bapa yang miskin hina lalu tergamak membuang ibu bapa mereka sendiri. Mungkin juga ada yang berhujah anak anak tidak punya masa untuk menjaga dan menguruskan ibu bapa mereka yang telah tua itu lalu meninggalkannya di rumah orang tua tua tanpa menjenguk mereka selama bertahun tahun. 

Khamis, 12 Mac 2015

SAYA KEHILANGAN RAKAN BLOGGER YANG BAIK DAN PERAMAH


Antara kelebihan menjadi seorang penulis blog adalah kita dapat mengenal dan menambah rakan baru. Dunia blogger ini telah diisi oleh pelbagai manusia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Masing masing mempunyai cara tersendiri dalam menulis blog dan masing masing mempunyai prinsip tersendiri dalam dunia blog.

Dunia blog ini adalah satu dunia yang menarik. Dunia ini bukan sahaja untuk memperkenalkan kepada masyarakat tentang kebaikkan penulisan bahkan lebih daripada itu. Dunia blog adalah tempat untuk manusia melontarkan pendapat, mengasah bakat, membuat teguran, menyampaikan maklumat, membongkar kebenaran, meluahkan perasaan dan sebagainya. Pendek kata, dunia blog ini adalah satu dunia yang menarik untuk diterokai.

Dengan meneroka dunia blog ini, kita dapat mengenal dengan pelbagai ragam manusia secara langsung ataupun secara tidak langsung. Kita dapat memahami pemikiran, idea dan kehidupan penulis penulis blog yang ada di Malaysia ini. Secara tidak langsung, jaringan persahabatan kita menjadi lebih luas dan terbuka. Ini semua dapat dilakukan dengan melakukan blogwalking.

Isnin, 9 Mac 2015

MELAYU MUDAH DIHINA

Sumber : Google

Melayu mudah dihina,
Bukan oleh chauvinis sahaja,
Tetapi oleh anak bangsanya juga,
Perasaan cinta akan bangsa,
Sudah lenyap dalam sanubari mereka.

Apabila mereka sudah berjaya,
Pergi ke menara gading sana,
Apabila mereka sudah berjaya,
Menjawat jawatan tinggi dalam kerjaya,
Mereka terus alpa dan leka,
Akan nasib bangsanya yang terus dihina,
Mereka juga sama,
Mengiakan kata kata tersebut,
Kerana rasa sayang akan bangsanya yang kian luput.

Sabtu, 7 Mac 2015

FAKTOR FAKTOR BERGIAT DALAM DUNIA BLOG

#BloggerTalk



Rasa macam seronok pula untuk menyertai segmen kedua anjuran Sahabat Blogger di Facebook. Jadi, dalam kesibukan mengulangkaji pelajaran, saya tetap menulis entri ini bagi menyertai segmen tersebut. Sebenarnya ada pelbagai faktor yang mendorong saya untuk mewujudkan blog MNH Sastera Melayu ini.

Pertama, sejak di bangku sekolah rendah lagi saya suka membaca novel. Daripada minat membaca itu timbul pula minat untuk bergelar seorang penulis. Saya memang suka menulis dan bercita cita untuk menjadi penulis novel yang terkemuka seperti J.K.Rowling misalnya. Saya pernah menghantar beberapa karya saya ke beberapa buah syarikat penerbitan namun semuanya ditolak. Jadi, saya mengambil keputusan untuk menulis cerpen, puisi dan novel saya di dalam blog ini sahaja.

Kedua, selain membaca dan menonton televisyen, menulis adalah hobi saya. Menulis boleh memberikan saya kepuasan lebih lebih lagi apabila orang membaca tulisan saya. Bila disebut hobi, sudah pastilah kita tidak jemu untuk melakukannya. Pernah juga saya bercita cita untuk menjadi penulis blog terkemuka tetapi bagi saya populariti sebenarnya boleh merosakkan hidup saya. Oleh itu, saya lebih suka menulis tanpa mengejar populariti sebaliknya suka mengejar  traffik!