Ahad, 16 November 2014

SIAPA GANTI NAJIB?




Cakap cakap politik mengatakan Datuk Seri Najib Tun Razak akan menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia setelah penggal ini tamat maksudnya selepas PRU14, Malaysia akan dipimpin oleh Perdana Menteri yang baru. Setakat mana kebenaran khabar angin itu tidak dapat saya pastikan namun apa yang penting sekarang, sekiranya benar Najib akan melepaskan pucuk pimpinan negara, siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri selepas beliau?

Calon calon yang berwibawa itu ada namun saya yakin pelbagai halangan yang mesti ditempuhi oleh calon calon berwibawa itu untuk sampai ke singgahsana kuasa tersebut. Ini bukan satu perkara yang mudah untuk menjadi seorang Perdana Menteri.

Oleh itu, sebagai penulis blog dan pemerhati politik, saya melihat beberapa orang tokoh tokoh politik yang berpotensi untuk menjadi PM bagi menggantikan Najib. Mereka mereka ini adalah calon calon yang mempunyai potensi yang besar untuk menerajui kepimpinan negara selepas ini. Namun begitu, sudah pasti mereka perlu menempuhi pelbagai halangan untuk menjadi PM. Di sini kita mahu melihat siapakah calon calon tersebut, apa potensinya dan apakah halangan yang akan mereka tempuhi.




Muhyiddin : Sindrom TPM dan sudah letih.  

Dalam hieraki kepimpinan UMNO, Muhyiddinlah orang yang paling layak bagi menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri sementelahan beliau adalah Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri (TPM). Namun, sindrom TPM sentiasa menghantui hidup beliau sejak memegang jawatan itu. Perlu diingatkan bahawa bukan semua TPM dapat menjadi PM.

Bermula dengan Tun Dr. Ismail, Tun Musa Hitam, Tun Ghaffar Baba dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bekas bekas TPM yang gagal menjadi PM sama ada kerana mereka meninggal dunia atau tersingkir dari hieraki kepimpinan UMNO. Sindrom inilah yang mengganggu Muhyiddin selama ini. Beliau begitu khuatir adakah beliau yang akan menjadi TPM seterusnya yang tidak dapat menjadi PM?

Ketika era Tun Abdullah mentadbir negara, Muhyiddin adalah satu satunya pemimpin UMNO yang berani mendesak  Pak Lah supaya meletak jawatan di atas kegagalan Pak Lah mendapat majoriti dua pertiga di dalam parlimen ketika PRU12. Ramai orang bertanya, mengapa beliau tidak melakukan perkara yang sama kepada Najib? Menurut Tun Mahathir, Muhyiddin sudah ‘letih’ untuk berbuat sedemikian dan tidak mahu dianggap sebagai tidak boleh bekerjasama dengan semua PM. 

Jadi, tidak mustahil dengan dua faktor ini menyebabkan Muhyiddin adalah TPM seterusnya yang gagal untuk menjadi PM walaupun pada hakikatnya beliau adalah calon yang paling layak memandangkan beliau berada di kedudukan paling hampir untuk jawatan PM itu.  

 


Hishamuddin : Lemah tetapi berpeluang.

Hishamuddin adalah calon calon yang disebut sebagai pengganti memandangkan beliau adalah sepupu kepada Najib tetapi beliau bukanlah calon kegemaran ramai untuk menduduki jawatan itu. Beliau seorang pemimpin yang lemah dan mungkin sama lemah dengan Najib. Tidak hairanlah beliau digelar sebagai ‘Menteri Amaran’ tatkala beliau memegang jawatan Menteri Dalam Negeri dahulu.

Pencerobohan pengganas di Lahad Datu tidak lama dahulu jelas menunjukkan beliau sebagai seorang pemimpin yang lemah. Ketika tragedi pesawat MH370 itu pun beliau lebih banyak bertindak sebagai ‘Menteri Penafian’ berbanding cuba mencari jalan penyelesaian yang kukuh. Tidak ada kejutan yang boleh dibawa oleh beliau sekiranya beliau menggantikan Najib nanti.

Ketika perebutan jawatan Naib Presiden UMNO pun beliau hampir tewas di tangan Datuk Mukhriz Tun Mahathir. Cakap cakap politik mengatakan Najib membantu beliau untuk mendapat jawatan itu dengan cara mengarahkan semua bahagian UMNO di Pahang agar tidak mengundi Mukhriz. Setakat mana khabar angin itu benar, tidak dapat saya pastikan.

Jika beliau jadi PM nanti, tidak mustahil yang beliau akan meneruskan dasar dasar Najib. Tidak ada pembaharuan yang boleh beliau bawa sebagai seorang pemimpin yang dinamis dan berkaliber. 



Anwar Ibrahim : Sudah lama kempunan!

Sejak tahun 1998 lagi, Anwar sudah kempunan untuk menjadi PM. Namun harapan itu kian cerah apabila berlaku tsunami politik pada tahun 2008 di mana Pakatan Rakyat mendapat mandat yang besar daripada rakyat di Parlimen dan merampas lima buah negeri. Anwar mampu menjadi PM sekiranya Pakatan Rakyat mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat pada PRU14 nanti.

Walaubagaimanapun, Anwar mempunyai banyak masalah peribadi untuk menjawat jawatan tersebut. Pelbagai kes yang dihadapi oleh beliau seperti kes liwatnya bersama Saiful Bukhari itu menyebabkan beliau sukar diterima sebahagian rakyat untuk menjadi PM. Itu tidak termasuk dengan kes kes yang lain seperti kes pelacur China, kes menjadi agen Yahudi dan banyak lagi. Namun, semuanya terletak di tangan Allah dan di tangan rakyat jua. Seandainya Allah dan rakyat mahukan beliau sebagai PM, kita tidak boleh berbuat apa apa. 

  

Haji Hadi : Mampukah negara Islam dan Hudud terlaksana?

Haji Hadi juga berpotensi untuk menjadi PM walaupun rakan rakannya dalam PR seolah olah tidak bersetuju akan hal itu. Kebanyakkan mereka mahukan Anwar sebagai PM. Jika beliau menjadi PM, mampukah negara Islam dan hukum Hudud terlaksana di bumi Malaysia ini? Tahun 80an dahulu beliau mengatakan sesiapa yang tidak melaksanakan hukum Hudud, akan jatuh menjadi kafir!

Jadi, jika beliau menjadi PM nanti, mampukah beliau melaksakan agenda negara Islam dan hukum Hudud yang selama ini menjadi buah mulut pemimpin pemimpin PAS? Walaupun rakan rakan PR tidak mahu beliau menjadi PM, namun penyokong penyokong beliau di dalam PAS tetap mahukan beliau menjadi PM suatu hari nanti. Mampukah impian penyokong PAS itu menjadi kenyataan? Sama sama kita nantikan.



Lim Kit Siang : Perdana Menteri bukan Melayu pertama?

Cita cita pemimpin DAP untuk menjadi PM bukan Islam dan bukan Melayu pertama tidak lagi rahsia. Sudah acapkali pemimpin pemimpin DAP antaranya mendiang Karpal Singh mengatakan sesiapa sahaja di Malaysia boleh menjadi PM walaupun dia bukan Melayu dan bukan Islam kerana tidak ada dalam Perlembagaan Persekutuan mengatakan bahawa seseorang itu mesti Melayu dan Islam untuk menjadi PM.

Sekiranya PR menang, Lim Kit Siang adalah antara calon calon yang disebut sebagai bakal PM. Jika begitu, beliau adalah PM bukan Melayu pertama di negara ini. Ini berdasarkan bilangan kerusi yang dimenangi oleh DAP lebih banyak dari PAS dan PKR di Parlimen. Walaubagaimanapun, bukan mudah untuk beliau menjadi PM kerana DAP itu sendiri terkenal dengan sifat chauvinis kaum Cina dan dasar Malaysian Malaysia. Saya yakin ramai orang Melayu akan menolak pelantikan beliau sebagai PM nanti.

Orang Melayu khuatir dengan kedudukan Islam dan Melayu akan tergugat sekiranya beliau menjadi PM. Oleh sebab itulah, beliau bukanlah calon kegemaran ramai untuk menjadi PM. Tidak mustahil akan berlaku perkara yang tidak baik di negara ini jika beliau jadi PM kelak.

Inilah calon calon yang mempunyai potensi besar untuk menjadi PM selepas Najib. Namun, ini hanyalah satu tekaan kosong dari saya sahaja. Apa pun, semuanya terletak pada Allah dan pengundi. Jika bintang politik mereka cerah, dapatlah mereka menjadi PM. Sekiranya malap, mereka hanya bisa memerhati sahaja orang lain duduk di singgahsana kuasa itu.

Walaubagaimanapun, terdapat calon calon berpotensi lain yang layak menggantikan Najib antaranya Ahmad Zahid Hamidi, Khairy Jamaluddin, Tengku Razaliegh Hamzah, Mukhriz Tun Mahathir, Wan Azizah Wan Ismail, Lim Guan Eng dan Azmin Ali. Namun, potensi mereka itu agak jauh lagi dan barangkali potensi tersebut akan hilang dalam jangka masa sepuluh ke dua puluh tahun akan datang.

Ingat, di dalam politik semuanya boleh berlaku. Bak kata Sayuti Omar : jangan percaya dengan sumpah dan janji orang politik tetapi jangan rasa mustahil dengan tindakan orang politik. Politik ini penuh dengan warna warni dan hanya orang yang cekal sahaja mampu bertahan dengan ‘sepak terajang’ dunia politik yang penuh dengan pancaroba ini.

Sama sama kita saksikan, adakah tekaan saya dalam blog ini akan menjadi kenyataan? Siapakah yang akan menggantikan Najib selepas ini? Sama sama kita nantikan jawapannya.    
































4 ulasan:

  1. ya Allah selamatkan Malaysia kita..huhu

    BalasPadam
  2. Eh, betul ke nie? Zumal pun nak masuk calon la... Hehe :)

    BalasPadam
  3. Alamak, janganlah bagi kat bukan Islam hancuss nanti.sebab depa taktau hukum-hakam Islam.
    Anuar tu...ermmmm..wallua'lam.
    Takut juga bila dengar die 'gang' dengan Israel..tapi, taktau lah sejauh mana kebenarannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sejujurnya saya pun tak nak kalau orang bukan Islam jadi PM. Tapi kalau dah pengundi dah suka, kita tak boleh buat apa apa.

      Padam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.