Khamis, 27 November 2014

MUNGKIN KEKALAHAN BOLEH MENGUBAH UMNO




Sebenarnya sudah acapkali isu peremajaan dan perubahan UMNO dikemukakan oleh Najib dan Muhyiddin dalam PAU. Perkara ini bukan perkara baru sebenarnya. Isu mahu membuka ruang untuk orang muda bertapak di dalam UMNO ini saya kira isu lapuk namun tetap dibentangkan oleh Presiden dan Timbalan Presiden UMNO itu.

Inilah yang menjadi persoalan kepada kita. Mengapa Najib dan Muhyiddin tidak henti henti mengingatkan perwakilan betapa pentingnya UMNO perlu berubah? Jawapannya mudah. Kebanyakkan perwakilan dan ahli UMNO tidak mahu mendengar saranan dan nasihat pemimpin pemimpin mereka. Cara kerja mereka masih sama. Mereka masih mengekalkan budaya dan corak berpolitik yang sama dan sudah pasti akan merugikan parti UMNO itu sendiri.

Suka ataupun tidak, UMNO perlu berubah. UMNO tidak boleh melakukan corak, budaya dan cara kerja yang sama lagi untuk menawan hati pengundi. Budaya rasuah, politik wang, warlord, mengampu orang atasan, pecah amanah dan segala sifat mazmumah perlu dibuang di dalam diri orang orang UMNO jika parti itu mahu dilihat kekal relevan dalam jangka masa 50 tahun lagi. Jika tidak, bersedialah untuk UMNO dikuluhumkan oleh pengundi pada PRU yang akan datang.


Namun, saya melihat kebanyakkan ahli ahli UMNO tidak mahu berubah. Mereka sekadar membutakan mata dan memekakkan telinga sahaja. Agenda membangunkan agama, bangsa dan tanah air seolah olah menjadi mainan di bibir mereka sahaja tetapi hakikatnya tidaklah begitu. Bagaimana untuk UMNO kekal relevan jika ahli ahli partinya mengamalkan sikap begini?

Pelbagai seruan, nasihat dan teguran sudah dilontarkan bukan sahaja pemimpin parti tetapi juga ramai blogger, penulis, wartawan dan cendekiawan di luar sana. Mereka tidak henti henti menulis dan bercakap tentang perubahan yang mesti dilakukan oleh ahli dan pemimpin UMNO supaya Islam, Melayu dan Malaysia akan terus terbela sampai bila bila. Namun, segala teguran dan nasihat itu sekadar dipandang sepi oleh pemimpin dan ahli UMNO.

Adakah UMNO mahu dikuluhumkan sewaktu pilihanraya baru UMNO mahu berubah? Jika difikirkan itulah jalan terbaik atau penawar bagi menyedarkan orang orang UMNO supaya berubah. Tetapi, masakan itu sahaja jalan yang bisa diambil bagi mengatasi masalah ini. Ingatlah, perubahan di dalam pucuk pimpinan dan akar umbi UMNO mesti disegerakan. Tidak boleh ditangguh tangguh lagi.

Pemimpin dan ahli UMNO perlu segera berubah untuk dilihat kekal relevan sampai bila bila. Jika tidak, jangan menangis tidak berlaku jika kuasa yang ada di tangan anda sekarang hilang dalam sekelip mata akibat kesilapan anda sendiri. Perubahan mesti berlaku. Mana mana pemimpin yang mempunyai masalah dan menjadi liabiliti kepada parti mesti ditendang dengan kadar segera. Hanya pemimpin yang berjiwa Melayu/Islam, dinamik, berani, bijak dan mempunyai sifat sifat mahmudah sahaja yang mesti diangkat sebagai pemimpin di dalam UMNO.

Kesimpulannya, perubahan mesti berlaku dengan segera di dalam UMNO. Budaya budaya yang tidak sihat serta pemimpin pemimpin yang mempunyai pelbagai skandal mesti diturunkan di dalam hieraki kepimpinan UMNO. Pilihlah pemimpin yang benar benar pemimpin bukan pemimpin yang tamakkan harta, gila kuasa, dan gila betina. Wallahualam…   

2 ulasan:

  1. Berubah untuk masa depan, kita tak boleh pentingkan diri ^-^

    BalasPadam
  2. Pelbagai konspirasi yang berlaku, mudah-mudahan tidak akan membebankan rakyat :)


    http://cahayaummurizqi.blogspot.com/2014/12/cara-ke-branch-baru-hq-shaklee-sunway.html

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.