Khamis, 23 Julai 2015

CERPEN : MANA DUIT KAMI?

Sumber : Google

         Pilihanraya umum akan berlangsung seminggu sahaja lagi. Ramailah calon calon dari parti kerajaan dan parti pembangkang berkempen di kawasan yang mereka tandingi untuk meraih undi. Setiap malam, ada sahaja ceramah diadakan bagi memperkenalkan calon yang bertanding di samping mendengar idea idea yang mahu dikemukakan oleh mereka untuk tujuan pembangunan. Menyembur-nyembur air liur mereka semasa berceramah untuk memikat hati pengundi supaya mengundi mereka dalam pilihanraya umum itu.

         Kehangatan dan bahang pilihanraya itu turut dirasai oleh penduduk Kampung Paku Besar. Hampir setiap hari ada sahaja ahli ahli parti atau calon bertanding – tidak kira dari parti pembangkang mahupun dari parti kerajaan singgah ke rumah mereka untuk berkempen. Pelbagai ayat ayat dan janji janji manis yang mereka taburkan kepada penduduk kampung. Pelbagai buah tangan yang mereka bawa berupa buah buahan dan makanan asasi untuk diberi kepada penduduk Kampung Paku Besar. Tidak dinafikan itu adalah teknik untuk calon berkempen bagi memikat hati penduduk Kampung Paku Besar supaya memberi undi kepada mereka.

         Di sebelah pagi, pelbagai program dianjurkan oleh kedua dua buah parti dan calon untuk bertemu dengan para penduduk. Pelbagai projek pembangunan yang akan calon calon itu berikan kepada penduduk kampung sekiranya mereka menang sebagai wakil rakyat di kawasan Kampung Paku Besar. Disebelah malam pula, ceramah ceramah politik juga dianjurkan untuk tujuan kempen di samping untuk membelasah pihak lawan. Calon dari parti kerajaan akan menghemtam calon dari parti pembangkang manakala calon dari parti pembangkang pula akan ‘membelasah’ calon dari parti kerajaan. Pendek kata, pelbagai cara yang mereka gunakan untuk membongkar keburukan lawan supaya pengundi tidak akan mengundi calon dari parti kerajaan atau calon dari parti pembangkang.

PENIPUAN DAN KEADILAN DALAM ISU GADUH DI LOW YAT

Sumber : Google

Saya kira isu pergaduhan di Plaza Low Yat itu masih relevan untuk dibahaskan dan diambil iktibar daripadanya supaya perkara semacam ini tidak lagi berlaku pada masa akan datang. Walaupun isu itu sudah tamat dengan beberapa tangkapan yang telah dibuat dan siasatan masih lagi dijalankan oleh pihak polis, tetapi masih ramai lagi pengguna pengguna laman sosial mahu berbahas mengenainya kerana banyak perkara sama ada yang tersurat dan tersirat tidak dapat disimpulkan hasil daripada siasatan polis itu.

Walaupun pihak polis dan kerajaan cuba menafikannya namun secara tidak sedar isu itu telah mengheret kita semua ke dalam isu perkauman. Jika tidak, masakan peristiwa 13 Mei disebut sebut tatkala isu pergaduhan itu berlaku. Jika bukan isu perkauman, masakan kerajaan dan pihak polis begitu bertegas menafikan bahawa perkara yang berlaku di Low Yat Plaza itu sebagai isu perkauman? Wartawan wartawan pun apabila menulis isu tersebut memang tidak lari dari membicarakan isu itu dari konteks perkauman.

Baiklah, sebagai rakyat yang cintakan keamanan, saya cuba menafikan bahawa tiada unsur unsur perkauman dalam isu itu. Saya pun tidak mahu membangkitkan sentimen perkauman dalam entri ini kerana saya tahu kesan dan natijahnya jika ketegangan antara kaum berlaku di negara ini. Oleh itu, saya tidak mahu membahaskan isu tersebut dalam konteks perkauman.

PEMUDA ISLAM

Sumber : Google


Engkau bagai lahar yang panas,
Di dalam gunung berapi yang bisu,
Biasanya keberanian itu terlihat,
Dan ketakutan pun terlindung jua.

Keberanian bukan hanya pada jiwa,
Keberanian hanya untuk agama,
Biarlah salah di mata mereka,
Itulah perbezaan antara kita dengan mereka.

Ku minta kau kan berjuang,
Walaupun di pandang hina,
Membela bangsa dan agama,
Agama Islam dan bangsa Melayu namanya.

Rabu, 22 Julai 2015

MENGAPA ARTIS MALAYSIA SELALU BERCERAI BERAI?

Sumber : Google

Sedih benar rasa hati saya apabila melihat artis yang berbahagia dengan pasangan yang dikahwininya secara besar besaran tiba tiba bercerai tanpa diketahui apa sebab musabab yang membawa kepada penceraian itu. Saya langsung tidak dapat menerima penceraian tersebut tetapi apalah yang boleh saya lakukan. Mungkin pada pandangan mereka bercerai adalah jalan terbaik untuk menemui kebahagiaan di dalam hidup mereka.

Tidak kira penyanyi, pelakon, pemuzik mahupun pengacara, hampir 90% daripada mereka telah mengalami kegagalan dalam perkahwinan mereka. Masyarakat Malaysia terutama yang sangat fanatik terhadap dunia hiburan, sentiasa mahu mencari tahu mengapa artis artis ini boleh bercerai berai? Apakah yang menyebabkan rumahtangga mereka yang bahagia pada awalnya namun berpisah pada pengakhirannya?

Sebagai blogger, saya cuba membuat pemerhatian di atas masalah ini supaya saya boleh membuat teguran agar perkara yang sama tidak akan berulang lagi. Mungkin hasil daripada pemerhatian saya ini tidak 100% tepat tetapi bolehlah menjadi sandaran untuk mencari jawapan kukuh di atas kemelut yang berlaku.

BLOGGER POPULAR ADA BERHATI LONGKANG!

Sumber : Google

Ramai orang mahu menjadi popular kerana populariti itu adalah kuasa. Bermacam perkara yang kita boleh lakukan dengan menggunakan populariti antaranya untuk mendapatkan wang. Perkara yang sama juga terjadi kepada ramai blogger. Ramai juga blogger yang mahu meraih populariti untuk tujuan tujuan tertentu. Oleh sebab itulah, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menghasilkan entri yang terbaik supaya banyak traffik dapat masuk ke dalam blog mereka seterusnya mereka berupaya meraih populariti yang mereka idamkan.

Oleh kerana mereka terlalu obses dengan populariti, mereka akan melakukan apa sahaja cara supaya mereka dapat menghasilkan entri entri yang ‘meletup’ bagi menarik traffik walaupun entri yang mereka hasilkan itu melanggar etika dan moraliti. Semua itu dilakukan supaya mereka cepat popular dan blog mereka juga akan menjadi terkenal.

Saya menulis entri ini bukan untuk bertempur dengan mana mana blogger popular di negara ini. Saya hanya mahu memberi teguran dan kesedaran kepada semua blogger (termasuk diri saya sendiri) sama ada yang popular ataupun tidak yang tidak popular supaya perkara yang sama tidak akan berulang lagi. Saya tidak sangka ada blogger popular yang berhati longkang (busuk hati) kerana jika dibaca entri entri yang dihasilkannya dan pendapat blogger blogger lain mengenainya, anda sendiri tidak akan menyangka yang blogger itu sanggup bersikap seperti itu semata mata untuk mempertahankan populariti dan memenangi satu pertandingan yang dianjurkan.

Ahad, 19 Julai 2015

CERPEN : TERTANGKAP!!!

Sumber : Google

          Jarum jam sudah menunjukkan pada pukul 11.15 malam. Hakimi masih menelaah buku teks Mikroekonomi untuk menghafal fakta fakta di samping membuat sedikit latihan bagi menghadapi ujian bagi subjek itu pada esok hari. Kepalanya pusing kerana perlu melakukan dua kerja dalam masa yang sama – menghafal dan mengira! Tetapi dia tidak patah semangat. Dia perlu berusaha bersungguh sungguh kerana dia tidak mahu gagal dalam ujian tersebut. Jika dia gagal, bermakna gelaplah masa depannya pada semester itu.

          Mikroekonomi bukan satu matapelajaran yang mudah. Banyak fakta dan tidak kurang juga jalan kira yang perlu difahami. Hakimi yang sememangnya mencintai bahasa tidak mudah untuk menguasai subjek menghafal dan mengira itu. Namun dia berusaha juga. Prinsipnya usaha tangga kejayaan. Tidak akan ada kejayaan kalau tidak disusuli dengan usaha.  

         Matanya meliar memerhatikan tingkap tingkap bilik asrama perempuan yang berhadapan dengan tingkap biliknya. Dia tidak tahu mengapa bangunan asrama perempuan perlu berhadapan dengan bangunan asrama lelaki. Dia memerhatikan bilik bilik di asrama perempuan masih belum memadamkan lampu. Barangkali mereka masih belum tidur dan masih mengulangkaji pelajaran sepertinya. Itulah yang terlintas di fikirannya waktu itu. Biasanya pukul 12 tengah malam barulah lampu di semua bilik itu padam. Kadang kala pukul dua pagi itu ada bilik yang masih terpasang lampunya.

        Dia memerhatikan teman sebiliknya, Mahir yang sedang leka bermain permainan video di atas katil sambil berbaring dengan hanya memakai seluar pendek tanpa baju. Bunyi bunyi yang keluar dari permainan video itu mengganggu tumpuannya untuk menghafal fakta fakta ekonomi yang banyak dan berat itu. Dia geram dengan sikap Mahir yang seolah olah tidak prihatin dengan dirinya padahal sudah setahun mereka bersahabat sejak dia masuk ke kolej itu.

          “Hoi! Perlahan la sikit. Aku tengah menghafal ni.” Hakimi mula memberi peringatan dengan suara yang tinggi.

Khamis, 16 Julai 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Syukur Alhamdulillah, setelah sebulan kita berjuang dalam bulan Ramadhan Al - Mubarak, akhirnya Allah mengurniakan kita dengan hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri. Di harapkan semoga bulan Ramadhan yang berkah itu telah memberikan seribu keinsafan kepada diri kita. Di harapkan juga semoga semua ibadah yang telah kita lakukan sepanjang bulan yang mulia itu diberkati oleh Allah hendaknya. 

Esok kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, salah satu hari kebesaran bagi umat Islam. Di hari yang baik ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua ahli keluarga, sanak saudara, rakan taulan, para guru, para pensyarah, Facebooker, Twitterian, Blogger dan Instagramer yang mengenali diri saya. Maafkan saya jika anda tidak suka dengan kata kata saya, perbuatan saya, sikap saya, tulisan saya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan diri saya. Saya ini adalah insan biasa dan sudah pasti tidak akan terlepas daripada melakukan khilaf dan dosa. 

Sebagai seorang manusia kerdil, saya juga telah memaafkan semua kesalahan anda terhadap diri saya. Biasalah, pasti ada sikap anda yang saya tidak suka dan pasti ada sikap saya yang anda tidak suka. Itulah tanda kita ini lemah sebagai manusia biasa. Apa yang penting, janganlah kita jadikan kelemahan yang ada pada diri kita itu sebagai perkara yang boleh menyebabkan kita terputus hubungan silaturrahim.

HAJI HADI LEBIH DEMOKRATIK DARIPADA NAJIB



Baru baru ini, Presiden UMNO, Najib Tun Razak telah membuat pengumuman bahawa pemilihan UMNO yang dijangka akan dibuat pada tahun hadapan akan ditangguhkan selama 18 bulan. Ini bermakna, UMNO akan mengadakan pemilihannya pada tahun 2018. Mungkin PRU 14 akan berlangsung pada waktu itu dan pemilihan UMNO saya fikir akan berlangsung selepas pilihanraya.

Jika kita memahami lekak lekuk politik, jelas menunjukkan Najib sengaja menangguhkan pemilihan UMNO untuk menjaga kedudukan beliau sebagai Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri. Sekiranya pemilihan UMNO dijalankan juga pada tahun hadapan, semua orang tahu jawatan Najib itu akan dicabar. Bagi mengelakkan perkara itu daripada berlaku, Najib telah meminta Majlis Tertinggi UMNO supaya membuat penangguhan terhadap pemilihan itu.

Sebagai Perdana Menteri paling bermasalah, Najib tahu kedudukan beliau tidak pernah selamat. Mungkin dia ada terdengar bisik bisik dari orang orang tertentu yang mengatakan bahawa jawatan Presiden UMNO itu mahu dicabar bagi menyingkirkannya sebagai Perdana Menteri, maka dia terpaksa mengambil keputusan menangguhkan pemilihan tersebut.

Rabu, 15 Julai 2015

MELAYU : BANGSA PENAKUT, LEMAH, DAN BACUL!

Sumber : Google

Entri ini masih berkisar tentang pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat dua hari yang lalu. Saya tertarik dengan kata kata seorang remaja Melayu yang dipukul secara beramai ramai oleh peniaga Cina di plaza itu iaitu ‘Melayu tengok je ke?’ apabila dia dan kumpulannya yang seramai tujuh orang itu mendapati tidak ada seorang pun orang yang berbangsa Melayu di situ membantu mereka yang dipukul secara beramai ramai.

Saya tidak berniat untuk menghina bangsa saya sendiri tetapi sebagai orang Melayu, saya amat sedih melihat anak Melayu dipijak beramai ramai oleh orang Cina tanpa orang Melayu dapat berbuat apa apa sekalipun kejadian itu berlaku di hadapan mata mereka. Jadi tidak salahlah jika saya menggelar orang Melayu di situ sebagai penakut, lemah lagi bacul!

Sepatutnya sebagai orang yang sebangsa juga seagama, mereka sewajarnya membantu menyelamatkan remaja Melayu itu dari dipukul secara beramai ramai. Ataupun setidak tidaknya mencari cara untuk menenangkan keadaan bukannya sekadar memerhati atau mengangkat telefon pintar untuk merakam setiap inci kejadian yang berlaku.

Selasa, 14 Julai 2015

BAHAYA DI BAWAH PEMERINTAHAN ORANG KAFIR

Sumber : Google

Melihat kepada situasi politik yang dimainkan oleh orang Melayu/Islam bersama pemimpin mereka, saya lantas menjadi takut. Ini kerana cara orang Melayu berpolitik amat bahaya. Kita berpolitik bukan untuk membina sebaliknya menghancurkan apa yang ada. Cara kita berpolitik yang meletakkan kepentingan politik di atas dan bukannya kepentingan agama, bangsa dan negara di atas, akan memusnahkan apa yang menjadi milik kita selama ini.

Umat Melayu/Islam perlu sedar dari sekarang, jika mereka masih khayal dengan keseronokkan kuasa, masih khayal dengan keseronokkan duniawi, masih alpa dan leka, tidak mustahil kuasa politik yang menjadi harta dan dahan untuk orang Melayu terus berpaut dan bertahan akan hilang diambil oleh orang kafir. Tidak mustahil perkara itu akan berlaku jika Allah murka kepada orang Melayu yang gagal menjaga kesucian agamanya sendiri.

Jangan lupa apa yang terjadi kepada bangsa Arab Palestin. Kedaulatan tanah mereka akhirnya dirampas oleh puak Yahudi Israel hingga menyebabkan negara mereka yang besar suatu ketika dahulu menjadi semakin kecil kerana kerakusan Yahudi Israel yang merampas tanah mereka. Dahulu, bangsa Arab menjadi pemerintah mutlak di Palestin tetapi oleh kerana kesilapan dan kealpaan umat Islam sedunia sendiri yang membenarkan bangsa Yahudi bertapak di Palestin, akhirnya kedaulatan wilayah Palestin telah tercemar dan dirampas. Hak hak rakyat Palestin ditindas dan mereka menderita kerana negara mereka dihujani dengan bom dan peluru hampir setiap hari.

Isnin, 13 Julai 2015

MARI BANTU RAKAN BLOGGER DALAM KESUSAHAN

Sebagai orang Islam dan orang Melayu pula, jika ada orang yang seagama dan sebangsa dengan kita yang berada dalam kesusahan, wajarlah kita membantu mereka. Gunakanlah apa sahaja cara untuk meringankan beban saudara seagama kita supaya dia juga boleh menikmati kehidupan yang lebih baik di muka bumi Allah ini. 

Saya tidak punya kudrat yang banyak untuk membantu orang yang ditimpa dalam kesusahan. Allah beri saya minat menulis dan blog maka saya harus menggunakannya untuk meringankan beban rakan blogger kita yang sedang menderita penyakit kanser dan sekarang dia memerlukan sumber kewangan untuk membantu diri dan ibunya.




Ini adalah Kak Alia Haryani. Dia mengidap penyakit kanser dan sekarang sedang membesarkan dua orang cahaya mata seorang diri. Sekarang Kak Alia ni menghadapi masalah kewangan di samping rumah ibu bapanya mahu di sita kerana tidak mampu untuk membayar hutang pinjaman. Ibunya sekarang sedang sakit tetapi dia sendiri tidak mampu untuk membantu kerana dia sendiri berada dalam kesusahan. 

KESANGSIAN SIASATAN POLIS DALAM ISU GADUH DI LOW YAT

Sumber : Google

Buletin Utama melaporkan bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengesahkan bahawa remaja Melayu yang terlibat dalam pergaduhan di Low Yat itu memang mencuri telefon Oppo tersebut dan segala macam berita yang menyokong remaja itu dianggap palsu oleh Khalid. Saya percaya masih ramai yang berada di luar sana sangsi akan kenyataan Khalid itu kerana hanya menyebelahi sebelah pihak.

Walaubagaimanapun, saya tidak terkejut dengan tindakan Khalid itu kerana sudah biasa bangsa bukan Melayu yang akan mendapat ‘keadilan’ berbanding dengan bangsa Melayu di Malaysia ini. Dalam banyak kes yang melibat pertembungan antara dua kaum, pihak polis dan kerajaan pasti akan memihak kepada bangsa bukan Melayu. Contoh terdekat adalah kes yang menimpa Kiki tidak lama dahulu.

Saya tertarik dengan ulasan Facebooker Yuseri Yusuf dalam hal ini :
Kes Alvin Tan dan Vivian menghina ibadah puasa, PDRM anggap setel selepas mohon maaf.
Kes Eric Paulsen menghina khutbah Jumaat dan JAKIM, PDRM anggap setel selepas mohon maaf.
Jadi, apa kata PDRM maafkan saja tindakan PapaGomo itu.
Bukan apa, jika kes hina agama pun PDRM kira setel mudah-mudah.

Takkan PDRM nak berkira dengan kes sebar berita palsu dan perkauman haha!

Saya sangsi dengan kenyataan Khalid kerana mustahil seorang yang telah melakukan kecurian berani bertindak seperti remaja Melayu itu. Tidak mungkin dia sanggup melakukan huru hara jika betul dia tidak bersalah lebih lebih lagi Plaza Low Yat itu dikuasai oleh bangsa Cina. Mustahil seorang remaja lelaki Melayu berani membuat onar di tempat yang dikuasai oleh orang Cina jika benar dia tidak bersalah.

SEKS, LUCAH, DAN MENCARUT, DALAM KESUSASTERAAN MELAYU

Sumber : Google

Pada pendapat anda, adakah semua novel di dalam Bahasa Melayu itu dianggap sebagai sastera Melayu? Apakah tafsiran anda mengenai sastera Melayu itu sendiri? Apakah ciri ciri novel yang boleh dianggap sebagai sebuah karya sastera? Persoalan persoalan sebegini memang banyak dibahaskan oleh para penulis, persatuan penulis, sarjana sastera, pengkritik sastera, wartawan dan rakyat marhaen. Sehingga sekarang, jawapan setepatnya mengenai sastera Melayu itu masih belum lagi dikemukakan oleh mana mana pihak sehingga menimbulkan polemik berpanjangan dalam dunia kesusasteraan.

Sebagai seorang blogger, pada hemat saya, bukan semua novel dalam Bahasa Melayu yang ditulis oleh penulis penulis tempatan itu boleh dianggap sebagai karya sastera. Karya sastera pada pandangan saya mestilah menggambarkan intelektual, ilmu, pemikiran, falsafah, prinsip, Islam, moral dan bersifat kemasyarakatan. Bukan semua novel masa kini mempunyai ciri ciri seperti itu dan tidak ramai penulis novel macapada ini gemar menghasilkan novel novel sebegitu.

Walaupun tidak banyak novel yang boleh mengisi kesemua ciri ciri yang saya sebutkan itu, tetapi jika salah satu daripada ciri ciri itu boleh dipenuhi, saya fikir novel itu sudah berjaya untuk menjadi sebuah karya sastera. Ini kerana tidak mudah untuk seseorang penulis menghasilkan sebuah novel yang merangkumi kesemua ciri ciri yang saya sebutkan di atas. Novel novel yang ditulis oleh Sasterawan Negara pun kebanyakkannya tidak mampu untuk memenuhi kesemua ciri itu.

Ahad, 12 Julai 2015

LOW YAT, PERGADUHAN, DAN SENTIMEN PERKAUMAN

Sumber : Google

Hangat sekali video video pergaduhan antara tujuh orang lelaki Melayu dengan peniaga peniaga Cina di Plaza Low Yat. Semua pihak termasuklah wartawan, blogger dan Facebooker tidak putus putus memanaskan isu dan video tersebut di laman sosial masing masing. Pelbagai pendapat dan versi cerita berkenaan insiden itu berlegar legar dalam media sosial, media cetak dan media elektronik.

Saya tidak bercadang untuk mengulas seribu pendapat dan beberapa versi cerita itu. Cukuplah…saya tidak mahu lagi mengeruhkan suasana yang sedia keruh kerana keadaan tidak akan menjadi lebih baik sebaliknya akan bertambah parah. Munculnya tulisan ini adalah untuk mencari sisi jernih dalam kekeruhan yang berlaku.

Saya bersetuju dengan pendapat Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah bahawa kita perlu mencari apa yang betul dan apa yang salah bukannya siapa yang betul dan siapa yang salah. Pendek kata, kita perlu mencari jawapan yang konkrit dengan bukti yang kukuh tentang segala kemelut yang berlaku.