BABAK 7 : DI HOSPITAL
Nota : dua bulan kemudian
Waktu : dinihari
Doktor Rohaya : Siapa ahli keluarga Puan Amirah? (bertanya
dengan kuat)
Aqilah : Saya doktor. Saya kakak dia.
Doktor
Rohaya : Baguslah Puan ada
kat sini. Puan Amirah nak sangat jumpa dengan Puan. Keadaan dia agak kritikal
sekarang ni sebab dia kehilangan banyak darah semasa melahirkan.
Aqilah : Ya Allah…(menangis). Anak dia
macam mana doktor? Boleh ke saya jumpa dia sekarang doktor?
Doktor
Rohaya : Anak dia okay
puan. Dia dapat anak perempuan. Puan boleh jumpa dia sekarang dalam bilik
bersalin. Harap puan boleh bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku.
Aqilah : Baiklah. Terima kasih doktor.
Doktor Rohaya : Sama sama.
……………………………………………………………………………………………………….
Amirah : Long, aku tahu aku dah tak lama kat dunia ni
long. (dalam keadaan nazak)
Aqilah : Jangan cakap macam tu dik. Ingat Allah.
Kan jodoh dan maut tu di tangan Allah. (menangis)
Amirah : Long, sebelum aku pergi, aku ada satu
permintaan. Boleh tak kau tunaikan permintaan aku?
Aqilah : Boleh dik. Kau cakaplah apa sahaja
permintaan kau. Aku pasti akan tunaikan dik.
Amirah : Long, bila aku dah takde nanti, kau
jangalah anak aku baik baik. Kau namakan anak aku tu dengan nama Izzati binti
Abdullah. Sampai satu masa yang sesuai nanti, kau bagitahulah siapa diri dia
yang sebenar. Kau cakap dengan dia, yang aku benar benar minta maaf sebab dah
jadikan dia anak luar nikah. Kau beritahu pada dia yang aku benar benar
menyesal atas apa yang berlaku. Cakap kat dia yang aku sangat sayang pada dia.
Aqilah : Baiklah dik. Aku akan ingat pesan kau tu.
Amirah : Long, ajar aku mengucap long.
Aqilah : Laillahaillallah.
Amirah : Lailahalillallah. (tersekat sekat)
Aqilah : Laillahaillallah.
Amirah : … (sudah meninggal dunia)
Aqilah : Mira….