|
Sumber : Google |
Menurut
Kamus Dewan, mahasiswa adalah golongan pelajar yang menuntut di sesebuah universiti.
Mahasiswa juga adalah golongan manusia yang sering dipandang tinggi. Ramai
orang boleh menjadi mahasiswa tetapi tidak ramai orang boleh bertahan sebagai
mahasiswa.
Mahasiswa
itu selain bergelut dengan ilmu dan pengalaman, mereka juga perlu bergelut
dengan rencam perjuangan. Oleh kerana tiga perkara ini, mahasiswa itu menjadi
golongan yang sering diberi perhatian dan tumpuan.
Masalah
utama bagi kebanyakkan mahasiswa adalah penyakit malas, kurang tidur, kurang
wang, dan kurang makan. Oleh kerana masalah masalah ini, kebanyakkan mahasiswa
tidak mampu bertahan. Dan disebabkan inilah kebanyakkan daripada mereka
kecundang di tengah jalan.
Mahasiswa
adalah golongan muda yang perlu untuk menghadapi seribu satu cabaran. Dengan
cabaran itulah mahasiswa mempunyai jati diri dan daya tahan. Dengan cabaran
jugalah mahasiswa boleh membentuk pengalaman. Pengalaman adalah guru terbaik
dalam sesebuah kehidupan.
Pengalaman
bukan sahaja boleh memberi pengajaran, malah pada masa yang sama ia boleh
mendewasakan. Apabila mahasiswa sudah mempunyai kehidupan sendiri suatu hari
nanti, pengalamanlah yang akan menjadi salah satu rujukan yang paling berguna
sekali.
Namun
begitu, tidak ramai mahasiswa mempunyai ketahanan terhadap cabaran di dalam
diri. Apabila mereka berasa susah, terutama dalam pembelajaran, mereka
mengambil keputusan untuk berhenti daripada universiti. Mereka menyertai alam
pekerjaan untuk meneruskan kehidupan yang mereka telah pilih sendiri.
Tidaklah
dikata orang yang tidak masuk universiti atau mahasiswa yang berhenti daripada
universiti ini sebagai orang yang tidak boleh berjaya. Ramai sahaja orang yang
tidak masuk universiti atau berhenti daripada universiti boleh menjadi lebih
berjaya. Tetapi orang yang masuk universiti dan habiskan pengajiannya di
universiti sudah tentu boleh lagi menjadi lebih berjaya. Dan segala tindakan
dan kata kata mereka orang akan jadi lebih percaya.
Dalam
banyak urusan di dunia, orang akan serah kepada mahasiswa yang berjaya untuk
menguruskannya. Orang percaya mahasiswa yang berjaya sudah pasti boleh
melakukannya. Ini kerana, mahasiswa itu ada ilmu. Orang yang berilmu dipercayai
boleh melakukan bermacam perkara. Oleh sebab itulah, pengurusan dan pentadbiran
di sesebuah organisasi di peringkat atasan diuruskan oleh mahasiswa yang
berjaya semuanya.
Orang
yang tidak masuk universiti atau mahasiswa yang tidak menamatkan pengajiannya
di universiti bukanlah golongan manusia yang tidak boleh dipercaya. Tetapi
kelebihan orang yang masuk universiti dan habiskan pengajiannya di universiti
masyarakat akan lebih percaya.
Di
universiti, mahasiswa tidak diajar tentang ilmu semata mata. Kemahiran lain
seperti kemahiran memimpin, kemahiran berkomunikasi, kemahiran berorganisasi
dan bermacam lagi turut diajar sama. Oleh sebab itulah, kebanyakkan mahasiswa
universiti yang berjaya, bukan sahaja tinggi ilmunya malah banyak kemahiran
juga.
Tidak
dinafikan untuk bertahan sebagai seorang mahasiswa tidak mudah. Tetapi inilah
cabaran yang perlu ditempuh oleh setiap mahasiswa sampai ke sudah. Segala
cabaran yang dihadapi ini akan membentuk pengalaman. Pengalaman adalah guru
yang terbaik dalam kehidupan. Tahniahlah kepada mahasiswa yang dapat bertahan
dengan segala cabaran. Moga moga mereka banyak memperoleh kejayaan.