Ahad, 9 November 2014

CARA MENSTABILKAN HORMON PMS SUPAYA PEREMPUAN TIDAK MARAH MARAH SEMASA DATANG HAID.



Omega Guard boleh mengurangkan hormon PMS
Sumber : Google




Tahukah anda apakah itu hormon PMS? Hormon PMS adalah singkatan kepada premenstrual syndrome (sindrom prahaid) iaitu hormon yang dirembeskan oleh tubuh seorang perempuan kira kira dua minggu sebelum bermulanya kedatangan haid mereka. Kebanyakkan perempuan (gadis remaja dan wanita muda) akan mengalami perubahan sikap dan tubuh badan sebelum kedatangan haid.


Tanda tanda perempuan yang sedang mengalami PMS


Antara tanda seseorang perempuan yang mengalami PMS adalah berlaku perubahan emosi secara mendadak. Mereka akan berasa cepat marah atau menangis walaupun kepada perkara yang remeh temeh sahaja. Kedua, mereka suka bersendirian dan tidak suka bergaul dengan orang lain. Beberapa hari sebelum kedatangan haid, mereka memerlukan ruang untuk diri mereka sendiri di mana mereka mereka lebih suka duduk di dalam bilik selama beberapa jam daripada keluar bersama kawan kawan.

Ketiga, mereka selalu merasakan diri mereka gemuk dan hodoh walaupun hakikatnya tidaklah begitu. Mereka juga sering berasa sakit pada bahagian otot dan payudara mereka sensitif terhadap sebarang sentuhan. Keempat, mereka mula mengidam untuk makan makanan tertentu dan tidak menghiraukan makanan yang lain. Mereka cenderung untuk makan makanan yang manis dan masam sahaja.


Kelima, tahap penumpuan mereka menjadi lemah dan menyebabkan mereka menjadi cemerkap serta mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sesuatu kerja berbanding kebiasannya.

 Punca punca berlakunya PMS


Antara punca berlakunya PMS adalah berlakunya ketidakseimbangan hormon. Dalam keadaan ini, hormon estrogen mereka akan meningkat manakalan hormon progesterone mereka akan menurun. Hormon progesterone adalah hormon yang paling penting untuk seorang perempuan.

Kedua, berlaku ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak. Wanita yang mengalami PMS mempunyai tahap serotonin yang rendah dan ini menyebabkan perubahan emosi dan menjadi pemarah secara tiba tiba. Ketiga, mereka kurang mengambil vitamin dan makanan tambahan. Jika mereka kurang mengambil vitamin A dan vitamin B di dalam diet mereka, mereka boleh mengalami PMS kerana vitamin vitamin ini mampu menolong mengekalkan keseimbangan di dalam otak.

Keempat, jika mereka kerap tertekan atau stress, kurang tidur, serta berlaku masalah emosi juga boleh menyebabkan berlakunya PMS.

Cara mengurangkan PMS 

 Menurut pembacaan saya, antara cara seorang perempuan itu mahu mengurangkan sindrom ini adalah mereka boleh cuba untuk menulis diari dan luahkan segala perasaan mereka di dalam diari tersebut. Jika mereka seorang blogger yang berbentuk diari, ini lebih bagus. Ceritakan sebanyak banyaknya luahan hati mereka di dalam blog supaya orang boleh baca dan mereka boleh beri pendapat,


Kedua, mereka juga perlu mengubah diet mereka di mana mereka perlu banyak mengambil sayur sayuran dan buah buahan yang mengandungi banyak vitamin B.

Ketiga, mereka juga perlu bersenam dengan cara banyakkan berjalan, berlari atau berenang. Mereka boleh mengajak rakan rakan dan ahli keluarga supaya aktiviti senaman ini akan menjadi lebih seronok.

Kelima, mereka boleh mencuba untuk mengambil makanan tambahan atau vitamin untuk mengurangkan masalah ini. Sebagai seorang blogger pengedar Shaklee, saya sarankan anda supaya mengambil Omega Guard yang merupakan satu produk keluaran Shaklee yang dibuat daripada minyak ikan terbaik. Menurut beberapa kajian, minyak ikan mampu untuk menurunkan hormon PMS yang berlaku sebelum kedatangan haid, Oleh itu, saya sarankan anda untuk mengambil produk ini supaya anda tidak lagi marah marah, menangis atau mengalami perubahan emosi secara mendadak apabila anda mengalami kedatangan haid. 




omega guard boleh menstabilkan hormon PMS


 Jika anda mahu mendapatkan produk ini, anda boleh mendapatkannya melalui saya dengan cara menghubungi saya seperti di bawah :

Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Shaklee Independent Distributor
ID : 1171450
Sms/whatsapp/telegram : 012 9772806
Pengedar Shaklee Kampung Baru, Kuala Lumpur, Keramat, Bangi (Seksyen 14, Teras Jernang sahaja) dan seluruh Malaysia.





















6 ulasan:

  1. Rugi sape tak grab Omega di musim promosi ni kan?

    BalasPadam
  2. ingat GLA ja boleh membantu PMS.. Omega Guard pun boleh ya :D

    :: anmashealthcare.blogspot.com ::

    BalasPadam
  3. simptom pms mmg dasyat lah. haha.. org prmpuan tak sedar pn dia alami simptom tu.. sampailah dah dtg haid.. baru sdar..
    My Recent Post : CARA RAWAT JERAWAT BATU DARI LUAR DAN DALAM

    BalasPadam
  4. happy lah org lelaki kalau dpt hilangkan PMS perempuan dgn Shaklee jee.... suami suami sila beli kat isteri hehehehe....

    BalasPadam
  5. selalu diam kalau bebel sorang sahaja dema selalu time tak akan layan mood saya heee

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.