Sabtu, 26 Mac 2016

RAZALI ZAKARIA : TIDAK POPULAR TETAPI BERBISA


Sumber : Google




Nama Razali Zakaria sebagai wartawan dan pengarang memanglah tidak popular seperti mana nama Datuk A. Kadir Jasin, Tan Sri Zainuddin Maidin, Adibah Amin, Fathi Aris Omar, Ahmad Lutfi Othman, dan Bahyah Mahmod tetapi kehadiran beliau dalam ranah kewartawanan tidak boleh sesekali dipandang sebelah mata kerana beliau mempunyai kelasnya yang tersendiri dalam dunia tersebut.

Beliau telah lama berkhidmat sebagai wartawan dan editor di Berita Harian dan kini bertugas sebagai Pengarang Kanan di portal Ismaweb.net.

Pada 12 March yang lalu, kelab Pembina UiTM Shah Alam (sebuah pertubuhan belia di bawah Isma) telah menganjurkan satu bengkel kewartawanan yang bertempat di Fakulti Undang Undang. Sebagai peminat kepada dunia kewartawanan, saya dan beberapa orang rakan lagi telah turut serta dalam bengkel tersebut. Di sana, saya telah ‘berguru’ dengan Razali Zakaria selama lebih kurang dua jam mengenai dunia kewartawanan. 

Jumaat, 18 Mac 2016

BLOGGER REVIEW BLOG SEPERTI SAMPAH!


Sumber : Google


Tidak lama dahulu saya ada menyertai satu segmen yang dianjurkan oleh seorang blogger (tidak perlulah saya menyebut namanya di sini) yang mana, jika saya menang segmen itu, blog kerdil saya ini akan diulas atau direview oleh blogger tersebut.

Ditakdirkan oleh Allah, saya menang segmen tersebut dan blog saya menjadi blog yang paling akhir yang akan direview oleh blogger itu. Saban hari, saya menantikan blogger tersebut membuat ulasan secara terperinci mengenai blog saya. Ini bertujuan supaya saya dapat mengetahui segala kekurangan yang ada pada blog ini dan saya boleh membuat penambahbaikkan pada masa akan datang.

Sebagai peserta, saya telah mengikuti segala syarat yang telah diminta oleh blogger itu untuk menyertai segmen yang dianjurkannya tanpa banyak soal!

Jumaat, 11 Mac 2016

PENERBIT NOVEL DI MALAYSIA RAMAI YANG PILIH KASIH!


Sumber : Google

Saya adalah penulis novel dan cerpen secara atas talian (online) di blog. Anda boleh melihat dan mungkin juga menilai hasil karya saya yang terdapat di dalam blog ini.

Ramai yang bertanya dan memberi saranan kepada saya supaya menghantar karya karya saya sama ada yang berbentuk cerpen, novel, atau puisi kepada mana mana akhbar/majalah atau mana mana syarikat penerbitan.

Saya pernah berbuat demikian tetapi karya saya ditolak kerana dikatakan  tidak kreatif dan tidak mempunyai nilai nilai komersial. Saya perlu mengaku di sini saya menulis bukan hanya untuk meraih pendapatan semata mata tetapi juga kerana ingin menyampaikan pemikiran, berkongsi pandangan, melontarkan ilmu selain ingin memenuhi tuntutan minat yang mendalam dalam bidang penulisan.

Sabtu, 5 Mac 2016

NOVEL PANTAI KASIH BUKAN NOVEL LUCAH!


Sumber : Google


Dalam beberapa bulan atau minggu lepas berlaku satu polemik tentang pemilihan novel Pantai Kasih sebagai teks Komponen Sastera (KOMSAS) oleh panel pemilih bagi Komponen Sastera (KOMSAS), Kementerian Pelajaran Malaysia.

Novel yang ditulis oleh Azmah Nordin itu dikatakan terpalit dengan unsur lucah dan menonjolkan hubungan negatif antara doktor dan jururawat.

Jujur saya tidak berpeluang membaca novel itu tetapi dari bacaan bacaan saya, hanya perenggan di bawah ini sahaja yang dikatakan membawa unsur lucah atau erotik itu :

Bagaikan tifdak dapat ditangguhkan lagi, Doktor Sadiz sudah tidak mampu mengawal nafsunya. Raiha sudah menjadi mangsa kerakusannya. Tanpa sebarang perencanaan dan tanpa kerelaan Raiha, terlucutlah sel daripada genetik ‘istimewa’ milik Doktor Sadiz ke dalam badan Raiha. Sel ‘istimewa’ itu pula langsung berenang untuk menemui dan bersenyawa dengan ovum yang sihat lagi subur di dalam rahim Raiha. Lalu terhasillah zigot yang berubah sesuai dengan proses pembesaran, dari bulan ke bulan. Proses pembesaran yang berlaku di dalam perut Raiha.  (disalin-tampal dari blog nizambakeri.wordpress.com)