Perhimpunan Agung UMNO (PAU) membuka tirainya pada
hari ini. Sudah pasti berduyun duyun perwakilan UMNO di seluruh negara akan
datang ke PWTC untuk mendengar ucapan perwakilan, amanat daripada Presiden,
Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri. Dan sudah
pasti juga pelbagai perkara yang akan dibahaskan pada perhimpunan kali ini.
Walau apa pun, diharapkan perhimpunan ini memberi
erti yang besar bukan sahaja kepada UMNO, tetapi juga kepada agama, bangsa dan
tanah air yang tercinta ini. Pastikan agenda pembangunan agama, bangsa dan
tanah air menjadi perbahasan utama dalam perhimpunan. Tidak guna kita
berhimpun tetapi hanya sekadar berhimpun. Agenda untuk memperkasakan agama,
bangsa dan tanah air tidak dibahasakan secara meluas.
Tidak guna datang dari segenap pelusuk negara semata
mata hanya mahu gelak ketawa sahaja di dalam perhimpunan itu. Untuk apa kita
menghabiskan wang ringgit semata mata kerana itu? Tukang ampu, kaki bodek, dan yesman,
jangan diberi tempat di dalam perwakilan UMNO. Seandainya ada, nescaya parti
keramat orang Melayu itu nasibnya berada di hujung pedang!
Perwakilan perlu berani untuk mengatakan kebenaran di
hadapan pemimpin pemimpin yang leka dengan kemabukan kuasa itu. Sabda Nabi :
sampaikanlah kebenaran walaupun sepotong ayat. Jika perwakilan takut dan tidak
berani berkata benar kepada pemimpin, tidak mustahil UMNO itu akan rosak dan
jahanam!
Saya bukanlah penyokong UMNO atau ahli UMNO tetapi
sebagai rakyat, saya perlu terima kenyataan bahawa UMNO adalah tulang belakang
kepada pemerintahan negara ini. Oleh itu, saya mahukan perhimpunan kali ini
bukan sekadar menepati syarat berpesatuan sahaja tetapi benar benar membawa
erti yang besar kepada negara ini.
Sebagai contoh, perwakilan perlu mendesak Najib
supaya jangan hapuskan Akta Hasutan. Jangan juga menandatangi perjanjian TPPA
yang jelas akan merugikan Bumiputra di negara ini. Perwakilan perlu memberitahu
kepada pemimpin bagaimana mahu membantu Bumiputra terutama Melayu untuk
menguasai ekonomi negara dan sebagainya. Banyak perkara sebenarnya yang boleh
disampaikan perwakilan kepada pemimpin atasan cuma ada keberanian atau tidak
sahaja.
Kesimpulannya, saya mahu semua perwakilan yang datang
ke PAU itu
bukan sekadar datang untuk berhimpun semata mata tetapi berhimpunlah untuk
mencari jalan bagaimana untuk membantu agama, bangsa dan tanah air ini.
Hayatilah lagu keramat UMNO : Bersatu, Bersetia, Berkhidmat sebagai satu
panduan dalam perjuangan semua perwakilan UMNO secara keseluruhannya. Kepada semua perwakilan UMNO, selamat berhimpun...
Moga para perwakilan yang datang dapat mengetengahkan harapan rakyat akar umbi...
BalasPadambudaya mengampu ni bukankah budaya biasa ke dlm umno? hihihihi
BalasPadamsy mengharapkan de perubahan yang baik utk rakyat...tp budaya mengampu mungkin akan menyebabkan pemimpin2 tidak berpijak dibumi yang nyata...juz my 2 cent..
BalasPadam