Sabtu, 29 November 2014

KOLEJ, SEMESTER AKHIR DAN SELAMAT TINGGAL


Sumber : Google

Esok bermulalah semula kuliah saya yang pertama di semester yang terakhir. Esok juga bermulalah perjuangan saya sebagai seorang mahasiswa dan esok juga bermulalah ‘sesi’ menghadap buku, pensyarah, nota, kuiz, tugasan dan kerja rumah yang perlu disiapkan bagi mengisi keperluan keperluan tertentu.

Sejujurnya sudah tiga tahun saya menuntut di kolej ini. Mengambil Diploma Pengajian Perniagaan (dengen kerjasama UiTM) bermula dari tahun 2012. Sepanjang waktu itu, pelbagai kisah suka duka, pahit maung, dan asam garam sebagai seorang mahasiswa serta sahabat telah saya rasai. Pelbagai ragam manusia telah saya temui. Pelbagai pengalaman pahit manis telah saya nikmati.

Ketika saya melangkah masuk ke kolej ini pada Jun 2012, saya masih ingat lagi betapa takutnya saya kerana terpaksa berpisah dengan ibu dan bapa. Maklum sahajalah, itulah kali pertama saya tinggal di asrama. Pengalaman itu tidak pernah saya temui sebelum ini. Dari situ saya mula belajar segala galanya tentang hidup berdikari. Semuanya saya perlu uruskan sendiri. Makan, minum, pakaian – pokok pangkalnya semuanya sendiri tanpa pertolongan ibu bapa.


Di kolej ini, saya mula kenal serba sedikit tentang kehidupan sebagai seorang mahasiswa yang jelas berlainan dengan kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah menengah. Saya mula memanggil tenaga pengajar saya dengan panggilan ‘madam’ atau ‘sir’ dan bukan lagi ‘cikgu’. Mula belajar tentang dunia perniagaan secara teori. Mula juga kenal dengan blog, Twitter, Instagram, boling, erti persahabatan dan nilai sebuah persahabatan.

Sejujurnya bidang perniagaan bukan bidang yang saya minati. Saya lebih minat bidang perguruan dan kewartawanan. Tetapi rezeki saya sudah terdampar di kolej ini dan mengambil bidang ini. Suka atau tidak, saya perlu menghabiskannya demi mendapat segulung diploma sebagai batu loncatan untuk saya mendapat segulung ijazah pula di universiti nanti.

Saya yakin dan percaya bahawa Allah telah merancang sesuatu yang baik untuk saya apabila saya mengambil Diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan ini. Bukankah Allah adalah sebaik baik perancang? Oleh itu, saya sentiasa bersyukur dengan ketentuan ini dan saya bersyukur kerana saya hampir menamatkannya tidak lama lagi.

Di kolej ini saya belajar tentang persahabatan. Dari segi nilai dan pengertiannya. Pelbagai jenis kawan yang saya temui. Namun sukarnya untuk mencari sahabat sejati. Rasa sakit, sedih, marah, kecewa, benci, gembira dan dendam semuanya bergabung menjadi satu kerana mencari erti persahabatan tersebut. Nantilah, jika saya berjaya menjadi orang terkenal nanti, saya akan lakarkan kisah kisah saya di kolej ini dalam sebuah buku yang berbentuk sebuah memoir.

Pernah difitnah, dihina, ditipu, gagal dalam ujian dan banyak lagi pengalaman pahit yang saya tempuhi sepanjang belajar di sini. Sedikit sebanyak pengalaman itu telah mematangkan diri saya. Kecenderungan saya dalam dunia politik (menjadi penulis politik) semakin menjadi jadi sejak melangkah masuk ke kolej ini. Tidak dilupakan juga pengalaman saya bertemu dengan pelbagai ragam pensyarah – lucah, gila gila, garang, sombong, baik hati, lemah lembut, tidak tegas dan banyak lagi.        

Sedar tidak sedar sudah tiga tahun di sini. Belayar di lautan kehidupan mahasiswa menggunakan sampan semangat dan pendayung iman bagi membelah badai kesengsaraan sebagai seorang sahabat dan mahasiswa. Dan esok bermulalah kehidupan saya sebagai mahasiswa di kolej itu dan bakal berakhir pada bulan Mei tahun hadapan. Sudah pasti episod sebagai mahasiswa dan sahabat sekali lagi akan saya tempuhi.

Alhamdulillah, segala pancaroba yang datang kepada saya dapat saya atasi dengan usaha, kesabaran dan doa. Itulah namanya kehidupan. Tanpa pasang dan surut, apa maknanya sebuah kehidupan. Bersyukur mesti ada dalam diri kita.

Akhirul kalam, esok bermulalah kehidupan saya sebagai mahasiswa semula di semester yang terakhir. Selepas ini, Insha Allah… saya akan meninggalkan kolej ini dengan menggenggam segulung diploma untuk dibawa sebagai bekalan ke universiti nanti. Teruja dan seram juga saya apabila mengenangkan apakah cubaan cubaan yang akan saya hadapi? Apakah halangan halangan yang akan saya tempuhi? Apa pun saya mahu ucapkan selamat tinggal kepada kolej yang telah banyak mengajar saya tentang 1001 erti kehidupan. Mengapa saya ucap sekarang? Barangkali saya tidak dapat mengucapkannya di lain hari nanti.

6 ulasan:

  1. Wah, dah last sem yer. Semoga dipermudahkan yer... Good luck ^-^

    BalasPadam
  2. Good luck MNH!!! study sungguh-sungguh. Tapi jangan sampai terlebih stress pula .. biar berpada-pada. Semoga segalanya dipermudahkan bagi MNH!

    BalasPadam
  3. wah.. dah nak habis.. bestnya.. good luck 4 ur final year..

    BalasPadam
  4. bila dah keje nanti akan rindukan kenangan masa belajar...pejam celik...dah nak abis dah...all de best tauuuu...hihihihi

    GIVEAWAY BY KAMEQ DEANNA

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.