Sumber : Google |
Sejak akhir akhir ini pelbagai isu yang terjadi. Isu
pegang anjing dengan sengaja, isu orang Islam sambut pesta Halloween, isu buli
di asrama, isu kerugian 1MDB, isu pertubuhan SIS yang buat kerenah yang karut marut
dan sekarang isu pukul pencuri motorsikal dan bogelkan sekali. Isu isu ini
memang panas sehingga diulas oleh ramai blogger. Sedikit sebanyak turut mencuit
diri saya sebagai blogger separa politik dan blogger isu isu semasa untuk
mengulas isu yang sama.
Terus
terang saya katakan, saya sangat tidak bersetuju sama sekali langkah yang
diambil oleh orang kampung di Kelantan itu memukul pencuri sehingga berdarah
darah kemudian bogelkan pencuri itu tanpa ada rasa belas kasihan. Ya, saya akui
yang dia bersalah kerana mencuri motorsikal tetapi tindakan yang diambil ke
atasnya langsung tidak munasabah! Mengapa dia tidak dihantar ke balai polis
sahaja? Mengapa kita mesti pukul dan bogel dia sekali? Apa kebaikkan yang kita
dapat?
Saya
lihat orang Islam sekarang suka bertindak seperti orang kafir. Jika orang kafir
saya faham sekiranya dia bertindak begitu tetapi ini orang Islam, di mana iman
kita? Bukankah sabar itu separuh daripada iman? Tidak ada rasa belas kasihan
dan perikemanusiaankah dalam hati mereka?
Sebagai
orang Islam, kita mesti bertindak mengikut akal kita. Apa guna Allah beri akal
tetapi kita tidak guna? Jangan sesekali bertindak mengikut nafsu amarah kita.
Lupakah kita pada pepatah Melayu : ikut nafsu pasti lesu, ikut hati pasti mati
dan ikut rasa pasti binasa. Mengapa kita masih tidak sedar?
Jika
saya jadi mereka, saya hanya akan pukul sekali dua (tanpa cedera) kemudian saya
akan hantar ke balai polis. Apa guna ada polis dan undang undang jika tidak
guna? Apakah polis dan undang undang itu hanya bertindak sebagai hiasan sahaja?
Sudahlah mereka memukul budak itu sehingga berdarah darah, kemudian
bogelkan pula. Apakah mereka tidak sedar yang mereka sudah menjatuhkan keaiban
budak itu? Cuba
anak mereka orang lakukan seperti itu, apakah mereka suka? Tepuk dada dan tanya
iman kita.
Mengapa
umat Islam/Melayu sering bermasalah? Kerana mereka sering bertindak tanpa
menggunakan akal sebaliknya menggunakan nafsu semata mata. Mereka buang
perasaan belas kasihan mereka hanya kerana mengikut nafsu amarah mereka sahaja.
Oleh itu, saya menasihati kepada semua
pembaca blog ini supaya bertindaklah mengikut akal yang telah Allah berikan
kepada kita. Jangan sesekali menggunakan nafsu, rasa dan
hati kerana itu akan memusnahkan hidup kita di belakang hari. Tidak percaya? Cuba
lihat berapa ramai orang yang berjaya jika mereka ikut rasa, nafsu dan hati?
Tidak ada!
Mencuri tu memang la salah tapi membuka aib orang tu lagi la salah. Kot ya pun nak mengajar, bukan gitu caranya. Rasanya orang menghukum pun tak kawal nafsu amarah. Dengarnya sebelum orang masjid (surau) boleh bertindak, orang ramai dulu bogelkan budak nie. Orang masjid tak leh nak buat apa.
BalasPadammacam-macam hal sekarang ni.. takut pulak jadinya
BalasPadamhmmm...sy xsanggup nak tgk gmbr tu (-_-)
BalasPadamTerlalu ikutkan emosi begini la jadinya...
BalasPadamAkal bukan agama tapi mengawal akal hendaklah berpandukan agama..
BalasPadam