Acapkali kita
merungut mengapa anak kita tidak berjaya seperti anak orang lain? Mengapa anak
kita sering gagal atau mendapat markah yang rendah dalam peperiksaan? Mengapa
anak kita tidak berjaya mendapat nombor satu di dalam kelas? Ini semua berlaku
bukan kerana kurang usaha semata mata tetapi juga kerana mungkin otak anak anda
kurang cerdas. Otak yang cerdas sangat diperlukan oleh kanak kanak lebih lebih
lagi apabila mereka ingin menerima pelajaran yang diajar oleh guru guru mereka
di sekolah.
Faktor
pemakanan sangat penting sebenarnya dalam membuat otak anak anda cerdas ataupun
tidak. Jika anda sering memberikan makanan yang tidak berkhasiat kepada anak
anda seperti makanan yang berminyak dan
makanan ringan, bagaimana otak mereka mahu cerdas? Bagaimana anak anda
mahu menerima pelajaran dengan mudah?
Di bawah ini
saya mahu kongsikan beberapa makanan yang sesuai dimakan oleh anak anda untuk
mencerdaskan otak mereka. Saya berharap anda dapat mengamalkannya di rumah
dengan memberi makanan makanan yang berkhasiat sahaja untuk membantu mereka
mencerdaskan otak.
Pertama, makanan yang sesuai untuk mencerdaskan otak adalah telur. Telur adalah pembekal sumber protein yang sangat baik untuk anak anak anda. Oleh itu, berikan anak anak anda telur rebus setiap hari sebelum mereka pergi ke sekolah.
Telur |
Pertama, makanan yang sesuai untuk mencerdaskan otak adalah telur. Telur adalah pembekal sumber protein yang sangat baik untuk anak anak anda. Oleh itu, berikan anak anak anda telur rebus setiap hari sebelum mereka pergi ke sekolah.
Mentega kacang |
Kedua adalah
mentega kacang. Kacang dan mentega kacang kaya dengan Vitamin E iaitu
antioksida yang mengawal membrane saraf. Mengapa begitu banyak sekali produk
mentega kacang di pasaran? Kerana mentega kacang ini sesuai dimakan oleh anak
anak anda untuk membantu mereka mencerdaskan otak sebelum pergi ke sekolah.
Bijirin |
Ketiga adalah bijirin.
Pernah dengar jenama Honeystar, Cococrunch, dan Cornflakes? Ini adalah bijirin
bijirin yang sesuai dimakan oleh anak anak anda sebelum mereka ke sekolah.
Mengapa? Ini kerana otak memerlukan tahap gula yang secukupnya untuk
membekalkan tenaga sepanjang hari. Oleh itu, pengambilan bijirin pada waktu pagi
sesuai untuk memenuhi keperluan tersebut.
strawberry |
Keempat adalah buah buahan
seperti buah strawberri dan ceri. Buah buahan seperti ini bukan sahaja
mempunyai antioksida yang sangat berkuasa tetapi juga mempunyai Vitamin C yang
mampu mengelakkan penyakit kanser. Jika anak anak anda mengambil buah buahan
ini secara konsisten. Ini dapat membantu dalam memperbaiki daya ingatannya.
Kacang badam |
Kelima adalah kekacang
seperti kacang tanah dan kacang badam. Kekacang adalah makanan otak yang utama
untuk mengekalkan tahap tenaga pemikiran manusia.
Sayuran |
Keenam adalah sayur
sayuran. Ini tidak perlu saya terangkan dengan lebih mendalam lagi kerana semua
orang tahu tentang kebaikan sayur sayuran bukan? Untuk mencerdaskan otak anak
anda, pilihlah sayur sayuran yang berwarna warni kerana warna tersebut
menandakan kehadiran antioksida, vitamin dan mineral yang penting. Antioksida
mampu mengekalkan sel otak yang kuat.
Yogurt |
Ketujuh adalah susu dan
yogurt. Protein dan vitamin B yang ada dalam produk tenusu penting untuk
pertumbuhan tisu otak, enzim dan neurontransmitter. Susu dan yogurt juga kaya
dengan protein dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk otak.
Sebagai seorang pengedar
Shaklee, saya menyarankan kepada anda untuk mengambil produk Omega Guard untuk
membantu dalam kecerdasan otak dan minda anak anda. Di dalam Omega Guard
terdapat banyak DHA untuk mencapai tujuan tersebut. Omega Guard dibuat daripada
ikan laut dalam yang tulin dan diproses dengan menggunakan kaedah ultratulen
bergred farmaseutikal teknologi terkini
Insha Allah… dengan izin Allah produk ini mampu membuatkan otak anda
lebih cerdas dan mudah untuk menerima pelajaran.
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh menghubungi saya melalui :
Omege Guard |
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh menghubungi saya melalui :
Muhammad Nurhaziq bin Abdul
Hafiz
Shaklee Independent
Distributor
ID : 1171450
Sms/whatsapp/telegram : 012
9772806
PM FB : MNH Sastera Melayu
Pengedar Shaklee Kampung
Baru, Kuala Lumpur, Keramat, Bangi (Seksyen 14, Teras Jernang sahaja) dan
seluruh Malaysia.
Omega Guard tu tablet ker? rasa macam mana? kalau macam gula2 takde perisa tu akak nak try bg anak akak. Tapi kalau jenis vitamin yg ada perisa anak akak x nak.Tapi kalau boleh campur susu takpe. Sekarang ni akak cuma bg mealshake ker kat anak. vitamin untuk otak akak bagi GXtra
BalasPadamKalau dulu2 zumal amalkan mesti pintar yer ;)
BalasPadamBaik bagi omega guard je.. Insyaallah berkesan dan dijamin..
BalasPadamPROJEK KURUS BERSAMA CIK VITA
Salam pengenalan, Nama saya Jalalboy. Jemput untuk datang ke blog saya.. Jalalboy
BalasPadammesti ramai mak-mak yang nak anak bijak kan? memang diakuilah pemakanan memang memainkan peranan yang besar dalam pertumbuhan kanak-kanak..
BalasPadamsebahagiannya ada dalam senarai yang lain tak ada hua...ikan tak der ke
BalasPadamAda kot sebab ikan kan pembekal protein....
PadamBetul, makanan dalam gambar tu bagus encourage anak makan.
BalasPadamJangan disekat sangat makanan berkhasiat macam ni unless anak memang obes.
Baik untuk anak kan..
BalasPadam