Isnin, 3 November 2014

BILA ULAMAK JADI ULAR DALAM SEMAK….

bila ulamak jadi ular dalam semak
Gambar Hiasan
          
          Seandainya para ulamak ini tidak ditegur, nescaya agama Islam ini akan rosak. Ini kerana peranan ulamak di dalam agama sangat penting sebenarnya. Bukankah ulamak itu perwaris nabi? Warisatul anbia’? Jika ulamak sudah bertukar menjadi ular dalam semak, bagaimana ulamak mahu menyambung tugas tugas Nabi Muhammad s.a.w dalam memartabat, menyebarkan, dan mempertahankan Islam? Mari kita berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w : Allauhumma solliallamuhammad waalaalimuhammad.

         Saya melihat sekarang sudah ramai ulamak yang sudah bertukar menjadi ular dalam semak! Apa maksudnya itu? Maksudnya ulamak kini tidak lagi berperanan seperti yang sepatutnya. Mereka menggunakan ilmu yang ada pada mereka untuk kepentingan diri dan kaum kerabat mereka sahaja. Mereka mengeluarkan fatwa fatwa songsang sehingga memecahbelahkan masyarakat sehingga ke hari ini.

         Ramai ulamak pada masa kini tidak menggunakan ilmu dan kepakaran mereka untuk mengembalikan masyarakat kepada pemahaman Islam yang sebenar. Sebagai contoh, ketika penganjuran program ‘I Want To Touch A Dog’ baru baru ini, ada sesetengah ulamak (ada kalanya ustaz ustaz biasa) membenarkan dan ‘menghalalkan’ program tersebut dengan mengeluarkan hujah hujah dangkal. Apabila ada ulamak yang menyokong peserta peserta program tersebut, maka mereka bertambah berani untuk melakukan perkara tersebut tanpa ada rasa takut mahupun gentar. Mereka berasa bangga melakukan perbuatan tersebut tanpa rasa berdosa kerana disokong oleh ulamak ulamak yang bertaraf ular dalam semak ini.


        Apabila ulamak ulamak ini mengeluarkan hujah hujah dangkal tersebut, maka masyarakat mula berpecah belah. Masyarakat mula menjadi keliru dan tertanya tanya : siapa yang betul sebenarnya? Sebagai ulamak, dia perlu faham akan masyarakatnya sendiri dan dia mesti tahu sensitiviti masyarakat tersebut. Oleh itu, dia mesti mengeluarkan pendapat berdasarkan sensitiviti masyarakatnya dan bukannya tambah mengelirukan masyarakat.

         Sebagai contoh, masyarakat di sini telah mengamalkan mazhab Shafie sejak ratusan tahun lamanya. Di pemikiran masyarakat sudah tertanam bahawa jangan menyentuh anjing secara sengaja kerana anjing itu najis. Nanti susah mahu solat kerana perlu disertu terlebih dahulu. Kemudian timbul satu ulamak yang entah dari ‘celah bedah mana’ mengeluarkan fatwa anjing itu tidak najis mengikut mazhab Maliki. Ya, saya setuju tetapi kita sekarang majoritinya mangamalkan mazhab Shafie. Mengapa mesti mencampur adukkan mazhab hanya kerana satu program yang langsung tidak membawa apa apa kebaikkan pun kepada Islam.

         Kemudian muncul lagi seorang ulamak yang entah dari ceruk rantau mana mengeluarkan hujah bahawa kalau mahu ikut mazhab Shafie sangat, mengapa tidak mahu ikut dalam bab mengeluarkan zakat? Bukankah dalam masyarakat Shafie membayar zakat dengan cara membawa makanan asasi tempat tersebut seperti beras atau gandum untuk mebayar zakar? Sudah! Ulamak itu mula mempertikaikan amalan biasa masyarakat Melayu/Muslim di negara ini yang mengikut mazhab Hanafi dalam soal pembayaran zakat. Soalan saya, mahukah dia membawa beras atau ke Pusat Zakat untuk membayar zakat? Jika dia sanggup, silakan dan jangan sesekali mempertikaikan amalan biasa dalam masyarakat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam pun.

         Kita membayar zakat mengikut mazhab Hanafi itu kerana untuk memudahkan orang ramai membayar zakat menggunakan wang ringgit. Wang ringgit mudah diuruskan dan mudah diagihkan kepada penerima penerima zakat. Jangan mengeluarkan hujah hujah dangkal semata mata untuk memenangkan kaum kerabat sendiri.

         Inilah masalahnya apabila ulamak tidak menggunakan ilmu mereka dengan cara yang betul sehingga masyarakat bertambah keliru dengan ajaran Islam itu sendiri. Ulamak tidak cuba menjelaskan sesuatu isu itu mengikut hukum hukum yang sebenar sebaliknya membahaskan isu tersebut melalui konteks yang lain.

        Sebagai ulamak dia perlu memastikan masyarakat sentiasa bersatu padu dan hidup dalam keadaan harmoni. Bagaimana masyarakat mahu bersatu padu jika ulamak sendiri mengeluarkan hujah hujah dangkal sehingga masyarakat berpecah belah? Kita lihat sahaja apa yang berlaku selepas program ‘sesat’ itu berlangsung. Masyarakat bertikam lidah di dalam media sosial untuk menegakkan benang yang basah! Untuk menentukan siapa yang betul dan siapa yang salah. Salah siapa di dalam hal ini kalau bukan salah ulamak?  

         Itu baru program program sesat yang mengancam umat Islam. Belum lagi saya menyentuh tentang isu isu politik yang menyebabkan masyarakat menjadi haru biru, tidak bersatu padu, sembahyang dua imam, kafir mengkafir sesama muslim, dan memutuskan hubungan silaturrahim sesama Muslim. Salah siapa dalam hal ini kalau bukan salah ulamak yang bertaraf ular dalam semak?

      Ulamak jenis ini terus mengeluarkan fatwa fatwa songsang seperti orang itu kafir, sembangyang orang itu tidak sah, orang itu akan masuk neraka, dan sebagainya. Jangan terkejut apabila ada ulamak jenis ini yang sanggup buat firnah, mengumpat, dan mencaci dalam kuliah kuliah agama demi untuk survival politik mereka. Oleh kerana mereka, umat Islam terus bergaduh sesama sendiri oleh kerana belainan ideologi politik sahaja.

        Jangan hairan bin terkejut apabila kita melihat orang Islam terus mundur dan mundur hari demi hari kerana umat Islam sekarang sudah tidak lagi mempunyai ulamak yang benar benar ulamak tetapi bertaraf ular dalam semak! Ulamak yang sepatutnya berperanan sebagai warisatul anbia’ dan guru umat Islam tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan betul kerana menjaga periuk nasi dan kaum kerabat sendiri.

          Antara tanda tanda kiamat semakin hampir adalah apabila orang ramai sudah tidak lagi menyanjung ulamak seperti dahulu tetapi menyanjung para artis, penyanyi, pelakon, pengacara, penyampai radio dan sebagainya. Mengapa? Ini kerana ulamak sendiri yang memecahbelahkan masyarakat! Ulamak tidak menjalankan tanggungjawab mereka seperti yang sepatutnya dan mereka mengeluarkan fatwa fatwa songsang yang mengelirukan pemikiran masyarakat. Oleh sebab itulah, masyarakat bertambah jauh dengan ulamak. Umat Islam tidak lagi suka berdamping dengan ulamak sebaliknya bangga berdamping dan berselfie bersama artis.

        Ulamak perlu diperbetulkan semula dengan kadar segera sekiranya kita tidak mahu melihat keadaan umat Islam seperti sekarang. Ulamak perlu kembali kepada fitrahnya yang asal iaitu menjadi ulamak yang benar benar pewaris nabi dan bukannya menjadi ulamak bertaraf ular dalam semak. Jika keadaan ini masih berterusan di mana ulamak masih ego seperti sekarang, mementingkan diri, periuk nasi dan kaum kerabat, maka tunggulah agama suci ini diperkotak katikkan. Usah tunggu pada masa hadapan, sekarang pun sudah banyak berlaku. Apa yang umat Islam lakukan? Sekadar membantah sahaja. mengapa? Kerana ramainya ulamak yang bertaraf ular dalam semak. Kerana tidak ada ulamak yang berwibawa sebaliknya ramai ulamak yang terbawa bawa.





4 ulasan:

  1. Sekarang ni ramai sangat ustaz segera. Kebanyakannya bukan berpandukan Al-Quran dan sunnah tetapi lebih kepada Kitab Google dan Fb. wallahualam.

    BalasPadam
  2. Lama dah tak dengar gelaran 'luar dalam semak' nie. Salah ikut sesat jalan...

    BalasPadam
  3. Salam pengenalan, Nama saya Jalalboy. Jemput untuk datang ke blog saya.. Jalalboy

    BalasPadam
  4. Ulamak cari makan..ALAMAK..

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.