Khamis, 27 November 2014

TAHNIAH NAJIB KERANA KEKALKAN AKTA HASUTAN



Sumber : Google


Desakan banyak NGO, blogger, ahli UMNO, cendekiawan, dan rakyat jelata yang cintakan agama, bangsa dan tanah airnya supaya Najib tidak menghapuskan Akta Hasutan 1948 akhirnya mendapat tindak balas yang positif  apabila Presiden UMNO itu mahu mengekalkan akta yang menjadi igauan ngeri kepada pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat, golongan ultrakiasu dan golongan golongan yang bencikan Melayu/Islam. Bukan sekadar mengekalkan, malah akta itu juga akan dibuat penambahbaikkan iaitu memasukkan peruntukan perlindungan terhadap agama Islam, Sabah dan Sarawak.



Walaupun saya banyak tidak setuju dengan Najib, namun tindakan beliau kali ini saya puji. Tindakan tegas mesti diambil kepada mana mana individu yang cuba mencabar perlembagaan, menghina agama dan bangsa yang ada di negara ini. Bersiap siagalah kepada mana mana pihak yang telah cuba menggugat keharmonian dan keamanan di negara ini. Bersiap sedialah untuk ditahan di bawah Akta Hasutan!



Doa dan harapan kebanyakkan rakyat Malaysia agar akta ini dikekalkan sudah pun menjadi kenyataan. Najib tidak perlu takut untuk mengekalkan akta ini semata mata mahu menjaga hati ultrakiasu yang bencikan Melayu dan Islam itu. Najib tidak boleh takut untuk mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang cuba mengganggu gugat ketenteraman dan keamanan negara. Najib tidak perlu risau tewas dalam Pilihanraya dengan mengekalkan akta ini kerana yang beri kemenangan kepada UMNO bukan pengundi sebaliknya adalah Allah Taala.




Ingatlah, jika kita menjaga agama Allah dari dihina oleh orang orang kafir, Allah akan menjaga kita pula. Saya melihat golongan ultrakiasu yang bencikan Melayu/Islam ini semakin menjadi jadi nampaknya. Mereka sudah tidak takut lagi menyuarakan rasa benci mereka kepada Melayu/Islam di media media sosial seperti blog dan Facebook. Sekarang, dengan adanya Akta Hasutan, saya yakin mereka tidak akan sesekali berani untuk cuba menyentuh sensitiviti agama dan kaum lagi selepas ini.



Akta Hasutan perlu dikuatkuasakan untuk menjaga keharmonian negara ini. Jika tidak, bersiap sedialah untuk peristiwa berdarah 13 Mei berulang kembali dan sudah pasti kita tidak mahu perkara itu berlaku. Oleh itu, penguatkuasaan terhadap akta ini perlu dilakukan. Hukum sahaja mana mana individu yang menghina agama dan bangsa orang lain tanpa pilih kasih. Nama nama seperti Hishamuddin Rais, Alvin, Namewee dan ramai lagi perlu dikenakan hukuman kerana terlalu biadap terhadap negara ini.



Sebagai penulis blog yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, saya menyambut baik tentang usaha Najib mahu mengekalkan Akta Hasutan itu. Tahniah Najib kerana berani bertindak demi menjaga keharmonian Islam, Melayu dan Malaysia. Semoga dengan pengekalan akta ini, Malaysia akan menjadi negara yang lebih aman dan makmur.


1 ulasan:

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.