Sumber : Google |
Perlawanan antara pasukan bola sepak negara – Harimau Malaya menentang Myanmar
semalam berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan. Mungkin pada pandangan
sesetengah orang keputusan itu sudah dikira baik tetapi pada saya, sebagai
seorang pemerhati sukan, keputusan itu
adalah satu keputusan yang teruk!
Oleh
sebab itulah saya tidak mahu menonton perlawanan itu semalam. Saya tidak mahu
rasa kecewa singgah di sanubari saya apabila menonton anak buah Dollah Salleh
itu beraksi di padang.
Saya malu jika kekalahan menimpa mereka. Oleh itu, saya mengambil keputusan
untuk tidak mahu menonton. Saya lebih suka mendengar berita sahaja untuk
mengikuti perkembangan prestasi atlet atlet negara untuk Piala Suzuki AFF kali
ini.
Sebagai
penulis blog yang sayang akan negaranya, bukan niat saya untuk memperlecehkan
atlet atlet bola sepak kita. Tetapi jika beginilah prestasi atlet atlet kita, siapa yang tidak malu?
Sepatutnya pengakhiran perlawanan itu tidak boleh seri tanpa jaringan.
Sepatutnya mesti 2-0! Mengapa? Kerana Myanmar
bukannya satu pasukan yang kuat seperti Portugal! Jika hendak dibandingkan
antara negara kita dengan negara mereka, siapa lebih hebat? Atlet atlet kita
mempunyai banyak kelebihan yang diberikan untuk memenangi perlawanan itu tetapi
mengapa keputusan tersebut jadi begitu? Di mana silapnya? Salah siapa?
Atlet
atlet negara kita tinggal di sebuah negara yang maju dan makmur seperti Malaysia sedangkan Myanmar, masih lagi menjadi negara
dunia ketiga. Maksudnya, Malaysia mempunyai banyak kelebihan untuk
memenangi perlawanan itu jika hendak dibandingkan dengan Myanmar. Jika dengan Myanmar pun kita sudah ‘langkah kiri’, bagaimana
pula jika kita menentang Thailand,
Indonesia
dan Singapura? Bagaimana pula kita mahu berhadapan dengan pasukan antarabangsa
seperti Korea, Jepun, Britain
dan sebagainya?
Saya
tidak tahu apa masalahnya sehingga atlet atlet kita jadi seperti itu. Siapa
yang harus kita salahkan sekarang? Atlet? Jurulatih? Persatuan sukan?
Kementerian Belia dan Sukan? Atau Khairy Jamaluddin? Saya melihat prestasi
sukan kita masih sama sahaja di bawah Khairy walaupun semua orang tahu Khairy
adalah menteri yang berkarisma.
Oleh
itu, satu jalan penyelesaian terbaik perlu dicari untuk menyelesaikan masalah
ini. Sampai bila kita mahu lihat prestasi atlet atlet kita terus merundum dan
merundum? Tidak mahukah kita melihat atlet atlet kita berjaya menjuarai Piala
Dunia Fifa? Bukan hanya Piala Suzuki AFF! Itu bukan satu perkara yang mustahil
sebenarnya. Kalau orang lain boleh, mengapa kita tidak boleh?
Kesimpulannya, kita tidak boleh berpeluk tubuh sahaja melihat prestasi
atlet kita semakin lama semakin merundum. Semua pihak perlu bekerjasama untuk
mengatasi masalah ini. Tidak guna kita habis berjuta juta ringgit untuk
kemajuan sukan kita namun tiada sebarang kejayaan yang membanggakan yang boleh
kita kecapi. Saya yakin jika semua pihak berganding bahu untuk sama sama
menyelesaikan masalah ini, satu jalan penyelesaian dapat dicari. Malaysia
Boleh!!!
malu bila kalah tu perkara biasa...
BalasPadamcuma kenapa MNH tak menonton? cuba tengok aksi mereka di padang dan ulas kelemahan mereka.. saya rasa agak tak adil kita bg ulasan based on score sahaja... Tak boleh bandingkan kekuatan Myanmar dgn Portugal, Jauh sgt larinya tu hehe.... Myanmar ada kekuatan sendiri. Mungkin depa lebih berdisiplin dalam training.
Semalam sambil blogwalking, jeling tv, nampak berita pasal bola sepak aff, lepas tu pasal epl ke ape ntah... saya cakap kat adik ipar "nampak beza kan?" hehehehe
BalasPadamSetiap atlet kita harus ada semangat cintakan negara daripada sekadar mengharap imbuhan semata-mata baru mereka boleh berjuang bersungguh-sungguh ^-^
BalasPadamsy sempat tgk match malaysia lawan thailand time score 2-2 jer...pastu ke xtgk dah...huhuhuuhu
BalasPadam