Sumber : Google |
Saya tidak hairan jika chauvinis membenci Akta
Hasutan yang mahu dikekalkan oleh Najib yang diumumkan dalam PAU2014 baru baru ini kerana akta itu
bisa menyekat mereka dari terus bermaharajalela menghina Melayu dan Islam
tetapi saya berasa janggal apabila orang Islam sendiri yang bencikan akta
tersebut.
Saya tidak nampak apa salah akta itu kepada orang
Islam sehingga dibenci sebegitu rupa. Jelas akta itu mahu dibuat
penambahbaikkan bagi melindungi kepentingan Islam, Melayu dan Malaysia tetapi pelik bin aneh bila
orang Islam sendiri yang tidak suka akan akta itu. Sepatutnya mereka bersyukur
kerana akta itu mahu dikekalkan bagi melindungi agama dan bangsa supaya tidak
ada mana mana individu lagi yang berani mencetuskan sensitiviti agama dan kaum
di negara ini.
Saya melihat penghinaan terhadap agama Islam dan
orang Melayu semakin menjadi jadi di media media sosial seperti Facebook dan
blog. Mengekalkan dan membuat penambahbaikkan pada akta ini sangat tepat pada
masanya untuk melindungi semua itu.
Saya ingin bertanya kepada orang Islam yang bencikan
akta itu dikekalkan, adakah jika Islam dihina mereka mahu mempertahankannya
dengan bersungguh sungguh? Apa tindakan mereka jika Islam dan Allah dihina?
Saya yakin mereka tidak akan berbuat apa apa. Mereka hanya pandai mengkritik
tetapi mereka sendiri tidak ada satu usaha pun untuk mempertahankan Islam yang
dihina oleh chauvinis itu. Bukankah mempertahankan agama itu satu kewajipan
bagi orang Islam? Bukankah mempertahankan Islam itu salah satu dari maqasid
syariah?
Inilah akibatnya apabila memandang sesuatu perkara
dengan pandangan negatif sahaja tanpa menggunakan akal dan iman. Mereka hanya nampak
keburukan kerana pemikiran mereka telah dikuasai dendam dan ketaksuban yang
sangat dahsyat terhadap kuasa politik. Oleh itu, mereka tidak nampak kebaikan
akta ini dari segi menjaga keharmonian agama, bangsa dan tanah air sebaliknya
mereka nampak akta ini menyekat kebebasan bersuara dan kebebasan mereka untuk membuat onar di negara ini.
Jika akta ini dihapuskan, kemudian chauvinis terus
bermaharajalela menghina Islam dan Melayu, apa tindakan pembenci pembenci akta
ini? Sekiranya negara ini huru hara seperti mana yang terjadi semasa peristiwa
13 Mei 1969, apa tindakan pembenci pembenci akta ini? Mahukah mereka
bertanggungjawab di atas semua kerosakkan yang berlaku.
Kita hanya pandai bercakap tetapi kita sendiri tidak
pandai melaksanakannya. Kita juga tidak pula memberi idea bagaimana untuk
mengatasi masalah penghinaan Islam dan Melayu itu. Inilah ciri ciri manusia
yang bukan sahaja pendek akal tetapi juga buta hati dan terlalu taksub kepada
kuasa politik sehingga membelakangkan kepentingan agama.
Jika anda tidak mahu ditahan di bawah akta ini,
pastikan anda tidak menghina mana mana agama dan bangsa orang lain. Pastikan
juga anda tidak menghasut orang ramai sehingga menggugat keamanan dan
keharmonian negara. Jika tidak, bersedialah untuk ditahan di bawah akta ini.
Saya sedih apabila orang Islam sendiri yang tega
membiarkan Islam dihina dengan sewenang wenangnya oleh puak puak chauvinis ini.
Semoga Allah melindungi anda semua ddi akhirat nanti kerana telah membiarkan
agama Allah dihina kerana ketaksuban anda yang sangat dahsyat kepada kuasa
politik sehingga membelakangkan agama yang suci ini.
semoga parlimen mengubal semula semua akta.. banyak kes yg berlaku skrg
BalasPadamPenbenci tulah orang pertama nak menghasut kalau akta nie dimansuhkan...
BalasPadam