Khamis, 27 November 2014

WANITA YANG MEMPUNYAI BANYAK KEDUTAN PADA WAJAH AKHIRNYA TERSENYUM GEMBIRA SELEPAS JUMPA TIPS YANG BERKESAN


Sumber : Google


Saya yakin ramai wanita di luar sana pasti runsing apabila melihat begitu banyak kedutan di wajah anda. Sudah pasti anda akan mencari pelbagai cara bagaimana untuk menghilangkan kedutan pada wajah itu secepat mungkin dengan mencuba pelbagai produk dan petua petua tradisional.

Namun, sudah pasti ada di antara wanita di luar sana yang gagal untuk mencegah kedutan pada wajah itu. Jadi, pada hari ini saya mahu kongsikan apakah punca punca kedutan pada wajah dan bagaimana untuk mengatasinya.


Punca punca kedutan pada wajah


Pertama, punca kedutan pada wajah adalah ketawa. Apabila kita ketawa, kulit muka kita akan meregang dan tidak kembali ke bentuk asal disebabkan kekenyalan kulit yang telah berkurangan kerana faktor usia. Oleh sebab itu, kita digalakkan mengawal diri apabila kita ketawa lebih lebih lagi apabila melibatkan adab sopan.

Kedua, adalah kerana faktor penuaan. Apabila usia kita semakin meningkat, lemak dan kolagen di bawah kulit akan berkurangan lalu menyebabkan kedutan pada wajah terbentuk.

Ketiga, orang yang suka merokok akan kelihatan lebih tua berbanding dengan orang yang merokok. Ini kerana rokok akan memusnahkan kulit yang membawa oksigen dan nutrient penting yang dapat mengekalkan kulit yang sihat dan muda.

Keempat, apabila kita sering mengambil minuman keras dan beralkohol, kulit kita akan terhidrasi atau kulit kita akan menjadi kering. Oleh sebab itu, orang yang suka mengambil minuman keras, akan mudah kelihatan tua daripada usia sebenar mereka.

Kelima, apabila kulit kita sering terdedah kepada sinar ultraviolet matahari, kulit kita akan terjejas dan menjadi kurang segar. Oleh itu, saya nasihatkan supaya anda mengelak daripada sinaran matahari yang terik. .

Tips mengatasi kedutan pada wajah


Antara tips yang boleh saya berikan di sini untuk mengatasi kedutan pada wajah adalah anda perlu banyak mengambil buah buahan dan sayur sayuran segar yang kaya dengan serat dan vitamin. Buah buahan dan sayur sayuran ini akan membuatkan kulit anda sentiasa lembap dan tidak kering.

Selain itu, anda juga mesti melindungi wajah anda dari sinar terik matahari secara langsung. Sentiasa gunakan sunblock dan memakai topi yang besar untuk melindungi wajah anda.

Seterusnya, anda tidak boleh sesekali merokok dan mengambil minuman keras. Hasil kajian menunjukkan 40% perokok dan orang yang mengalami ketagihan arak akan kelihatan lebih cepat tua berbanding usia yang sebenar.

Selanjutnya, anda perlu mencari cara bagaimana untuk menangani stress atau tekanan anda. Stress boleh menyebabkan garis garis penuaan mudah kelihatan dan kedutan akan cepat keluar.

Tips yang terakhir adalah jangan selalu mengerutkan dahi. Apabila anda mengerutkan dahi garis penuaan mendatar di dahi akan lebih mudah dan lebih cepat kelihatan.

Mencegah kedutan dengan produk Shaklee


Sebagai seorang pengedar Shaklee, saya sarankan kepada anda supaya mengambil produk keluaran Shaklee iaitu Collagen Powder Shaklee untuk mengatasi masalah ini. Di dalam produk ini terdapat isoflavon yang merupakan bahan antioksida semulajadi yang melindungi kulit dari radikal bebas dan kedutan. Produk ini juga dapat membekalkan kolagen yang merupakan protein khas untuk menjaga kulit. Oleh itu, jika anda mahu menghilangkan garis garis kedutan di wajah anda, saya sarankan anda untuk mencuba produk ini. Usah tunggu lagi untuk mendapatkan produk ini.  Segera hubungi saya untuk mendapatkan wajah yang tanpa kedutan dan kelihatan muda.

Jika anda berminat dengan produk ini, anda boleh menghubungi saya melalui :

Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Shaklee Independent Distributor
ID : 1171450
Sms/whatsapp/wechat/telegram : 012 9772806
Pengedar Shaklee Kampung Baru, Kuala Lumpur, Keramat, Bangi dan seluruh Malaysia.





3 ulasan:

  1. kita boleh kurangkan kedutan,tapi tak boleh nafikan ketuaan.hihi,apapun,semua orang tak suka kedut diwajah.

    BalasPadam
  2. pencegahan dari dalaman memang penting nak kekalkan kesihatan yg berkekalan..

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.