Anak anak Melayu sambut Halloween |
Zaman sekarang ramai Melayu sudah berubah. Melayu bukan sahaja mudah lupa tetapi sudah sampai ke tahap hilang ingatan! Melayu sekarang tidak sama dengan Melayu dahulu. Melayu dahulu patuh pada agamanya, patuh pada bangsanya dan sayang akan negerinya. Melayu sekarang (segelintirnya) bukan sahaja sudah lupa akan bangsa dan negaranya malahan juga kepada agamanya.
Melayu sekarang suka buat kerja karut
marut untuk meraih populariti, mendapatkan wang ringgit, mendapatkan kuasa,
mahu menjadi moden tanpa mengira ajaran agama dan budaya bangsanya. Sebab itu
Melayu sekarang sudah rosak dan lemah! Bukan kerana bangsa Melayu itu lemah
tetapi kerana Melayu itu sudah lama tinggalkan ajaran agamanya iaitu Islam.
Ingat, Saidina Umar pernah berpesan : “orang Islam itu kuat kerana adanya
Islam”. Bagaimana kita mahu kuat kalau Melayu itu tinggalkan Islam?
Kalau dahulu kecoh serata Melaysia
tentang program pegang anjing secara sengaja, sekarang pula timbul isu Melayu
mahu sambut pesta Halloween. Pesta menjadi hantu yang hanya diamalkan di
negara negara Barat sahaja. Sekarang,
oleh kerana mahu menjadi bangsa yang maju, Melayu sanggup buat kerja kerja
karut dengan menyambut pula pesta Halloween itu di negara ini.
Saya tidak tahu apa tujuan sebenar pesta ini
dibuat? Adakah mendatangkan seribu kebaikan jika pesta ini berlangsung? Saya
langsung tidak nampak kebaikan yang timbul dari penganjuran pesta pesta
sebegini. Apa yang saya nampak pemikiran orang Islam semakin lama semakin
terjajah dengan kerenah kerenah orang Barat yang langsung tidak mencerminkan
ketamadunan yang baik itu. Mengapa Melayu mesti ikut mereka?
Benarlah sabda Nabi Muhammad s.a.w : “di
akhir zaman nanti kamu akan ikut orang orang kafir ini sehingga jika mereka
masuk ke lubang biawak pun, kamu pasti akan ikut mereka.” Mari kita berselawat
ke atas Nabi : Allahumma sollialamuhammad waalaalimuhammad. Orang kita
sekarang semakin lama semakin seronok mengikut sikap orang orang Barat walaupun
jelas bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri.
Bukankah Allah menyuruh kita menjauhi
syaitan dan jin? Mengapa kita mesti menjadi seperti makhluk itu? Mengapa kita
mesti berpakaian seperti mereka? Mengapa kita mesti berkawan dengan mereka?
Mengapa kita mesti suka meraikan mereka melalui pesta itu? Sudah jelas di dalam
Islam yang Allah meminta kita membaca ayat istiazah untuk menghindari
syaitan tetapi mengapa kita mahu mendekatkan diri kita dengan syaitan? Adakah
kita sudah bertukar menjadi setan?
Saya teringat satu kata kata Raja
Louise ke 16 (Raja Peranchis) ketika ditahan di dalam penjara selepas tewas di dalam Perang
Salib : “kita tidak mungkin dapat mengalahkan orang Islam dengan pedang dah
darah kerana mereka berperang untuk mati tetapi kita boleh mengalahkan mereka
dengan cara merosakkan pemikiran mereka.”
Sudah terang lagi bersuluh bahawa umat
Islam/Melayu di Malaysia sudah diserang pemikirannya dengan perkara perkara
yang jelas bertentangan dengan ajaran agama. Oleh sebab itu mereka tidak takut
untuk melakukan perkara yang karut marut seperti pegang anjing dengan sengaja
dan menyambut pesta Halloween ini. Ini kerana pemikiran mereka sudah terjajah
oleh musuh musuh Islam yang sememangnya berusaha keras untuk merosakkan Islam
dari dalam.
Islam ini dirosakkan oleh musuh musuh
Islam dengan cara menyuntik pelbagai aliran pemikiran sesat campur songsang di
dalam masyarakat Islam dan akhirnya masyarakat Islam sendiri yang merosakkan
agama Islam dari dalam. Memandangkan masyarakat Islam itu sendiri cetek ilmu
pengetahuannya, maka mereka mudah terpengaruh dengan suntikan aliran pemikiran
songsang campur sesat itu.
Oleh itu, saya nasihatkan kepada
pembaca entri ini supaya membentengi diri kita dengan ilmu, amal dan iman agar
kita tidak mudah terjerumus dan terikut ikut dengan aliran pemikiran songsang
yang dibawa oleh pembenci pembenci Islam ini. Ingatlah, mereka sesekali tidak
pernah lupa untuk menghancurkan kita tetapi kita yang selalu alpa dan leka akan
jerat yang dipasang oleh mereka. Wallahualam…
Sebahagian dari kita tidak sedar bahawa mereka sedang dirosakkan...
BalasPadamsaya pun heran dan tertanya2.. kenape mengangung2kan sangat perayaan xmasuk akal itu.. mungkin hanya utk brseronok tapi keseronokan itu tidak mendatangkan faedah sekaligus membelakangkan nilai2 ajarn agama serta tatasusila kita sebagai melayu... sedih.. mana silapnya...????
BalasPadamMelayu mungkin pada nama , apa perlunya melayu tetapi negara barat juga yang di ikutnya. Saya pun x faham apa motifnya orang melayu yang beragama islam pulak tu meraikan pesta Halloween. Nape ek ??/ Question mark kan??????
BalasPadamnauzubillah...jaga dan didiklah pewaris generasi kita dengan didikan agama secukupnya
BalasPadamjom baca:Cara Nak Susu Badan Meriah
ada segelintir yang terlalu mengejar keseronokkan...yang tak sepatutnya dibuat...yang itulah yang mereka seronok nak buat
BalasPadamapabila mereka hanya ikut2.. tidak tahu apa makna orang barat merayakan pesta tersebut..
BalasPadamCARA RAWAT SENGGUGUT DENGAN BERKESAN
Pesta haloween plk?kenapa la pelik2 je skrg ni..Seramnye..Camne la zaman anak2 kita nant..
BalasPadambondaseri.blogspot.com
Masuk lubang yang sama dengan yahudi dan nasrani..
BalasPadam