Sumber : Google |
Ibu mana yang tidak gembira
apabila mendapat tahu yang dia hamil bukan? Cahaya mata adalah satu anugerah
dari Allah dan pengikat kasih sayang antara suami dan isteri. Bukan semua
pasangan boleh mempunyai cahaya mata. Cahaya mata ini adalah rezeki dan amanah
dari Allah yang perlu dijaga dan dipelihara dengan baik oleh setiap ibu bapa.
Sabda Nabi : bayi ini umpama sehelai kain putih yang bersih, ibu bapalah yang
mencorakkannya sama ada menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani.
Penting sebenarnya
seseorang ibu itu menjaga dengan baik janin yang dikandungnya supaya kekal
sihat dan selamat. Sebagai seorang penulis, blogger dan pengedar Shaklee, saya
mahu berikan sedikit petua kepada ibu ibu hamil untuk memastikan agar janin
yang ada dalam kandungan mereka kekal sihat dan bertenaga.
Bagaimana mahu memastikan
janin kekal sihat?
Sebenarnya cara terbaik
untuk menjaga kandungan anda kekal sihat adalah ketika di awal kandungan atau
kita sebut sebagai ‘prenatal’. Jika anda merasakan diri anda hamil, segeralah
berjumpa dengan doktor untuk membuat temujanji. Anda perlu membuat pemeriksaan
doktor semasa peringkat pertama kehamilan iaitu 6 hingga 8 minggu pertama kehamilan
anda. Tujuan utama membuat pemeriksaan doktor ini adalah untuk mengetahui usia
kandungan, menjangka tarikh kelahiran, melakukan pemeriksaan berat badan,
tekanan darah, perkembangan kandungan, menjalani ujian darah, air kencing dan
melakukan imbasan ultrasound.
Kedua, anda perlu mengambil
makanan yang berkhasiat untuk memastikan kandungan anda benar benar sihat.
Pastikan anda mengambil lebih makanan yang mampunyai kalsium, zat besi, dan
asid folik. Kesemua nutrisi ini sangat penting bukan sahaja memastikan
kandungan anda sihat tetapi anda juga akan sihat.
Ketiga, anda mesti minum
banyak air masak. Semasa hamil, perjalanan darah meningkat secara mendadak.
Oleh itu, jika anda minum banyak air, ini dapat membantu anda mengelakkan
masalah dehidratasi dan sembelit.
Keempat, ibu yang hamil
juga mesti bersenam. Jika anda bersenam, anda dapat mengelakkan dari mendapat
berat badan berlebihan, mengurangkan masalah semasa hamil seperti kesakitan
tulang belakang, bengkak dan sembelit. Senaman juga dapat menambahkan tenaga,
stamina, memudahkan proses kelahiran dan mengurangkan masa pemulihan. Saya
sarankan anda supaya membuat aktiviti aktiviti fizikal yang sederhana selama 30
minit untuk terus kekal sihat. Dapatkan nasihat doktor aktiviti aktiviti
fizikal mana yang sesuai untuk anda lakukan.
Kelima, ibu hamil mesti
mendapatkan tidur yang cukup. Apabila anda hamil, anda akan berasa cepat letih
daripada biasa kerana kandungan anda tersebut. Saya faham jika anda berasa
kurang selesa untuk tidur lebih lebih lagi apabila kandungan anda membesar. Saya
sarankan anda untuk tidur dengan cara berbaring di sebelah kanan atau kiri
untuk membuatkan tidur anda lebih selesa di samping mengurangkan tekanan pada
tulang belakang anda. Selain itu, anda juga boleh meletakkan bantal di tengah
tengah kaki, belakang dan di bawah perut untuk mendapatkan kedudukan tidur yang
lebih selesa.
Keenam, anda mesti menjauhi
perkara perkara yang membahayakan kesihatan kandungan dan diri anda sendiri
seperti alkohol, ubat ubatan yang memberi tindak balas, rokok, kafien, dan
makanan makanan tertentu yang boleh memberi alahan kepada kandungan dan diri
anda sendiri.
Ketujuh, anda perlu
mengambil makanan tambahan dan vitamin untuk diri dan kandungan anda. Saya
sarankan anda mengambil Omega Guard yang merupakan minyak ikan tulen yang
mempunyai banyak khasiat seperti membantu tumbesaran dan perkembangan otak
janin, membantu perkembangan memori janin, mengawal kolestrol dalam badan anda,
mengawal berat badan berlebihan anda, dan menguatkan sistem imun badan untuk
mengelakkan ibu terkena sebarang penyakit.
Selain itu, Omega Guard ini mempunyai banyak khasiat untuk memastikan
anda kekal sihat semasa mengandung dan selepas melahirkan anak. Anda boleh mengambil produk keluaran Shaklee
ini pada awal kehamilan anda atau dengan lebih tepat lagi pada trimester
pertama.
Omega Guard ini juga mampu
untuk mencairkan darah yang terlalu pekat untuk ibu hamil. Perlu diingatkan,
jika anda pernah mengalami masalah tumpah darah atau anda perlu menjalani
pembedahan untuk bersalin, anda perlu mengurangkan pengambilan Omega Guard ini
sebelum bersalin untuk mengelakkan sebarang masalah.
Jika anda berminat dengan
produk ini, anda boleh menghubungi saya melalui :
Muhammad Nurhaziq bin Abdul
Hafiz
Shaklee Independent Distributor
ID : 1171450
Sms/whatsapp/telegram : 012
9772806
PM FB : MNH Sastera Melayu
Pengedar Shaklee Kampung
Baru, Kuala Lumpur , Keramat, Bangi (seksyen 14
Teras Jernang sahaja) dan seluruh Malaysia .
Ibu perlukan makanan yang berkhasiat.. penting untuk ibu dan kandungan..
BalasPadamCARA HILANGKAN BINTIK HITAM DI WAJAH
Kesihatan fizikal dan mental ibu sangat penting ketika mengandung kerana boleh mempengaruhi anak dalam kandungan
BalasPadam:: anmashealthcare.blogspot.com ::