Sumber : Google |
Sepanjang cuti semester ini, saya
sempat menghabiskan sebuah novel terbitan Fixi iaitu novel Gantung karya Nadia
Khan. Novel ini adalah antara novel popular yang ditulis oleh Nadia Khan
selepas novel Kelabu. Pada awalnya, saya tidak berapa minat membaca novel ini.
Namun, selepas mendapat respon yang positif dalam kalangan pembaca novel ini di
laman Twitter, maka saya memberanikan diri untuk membeli dan membacanya.
Ya, seperti mana persepsi positif
yang diberikan oleh pembaca mengenai novel ini, dapat saya simpulkan persepsi
positif itu tidak jauh dari realitinya yang sebenar. Novel ini memang bagus
kerana ia digarap dengan sempurna. Dari mukasurat pertama hinggalah ke
mukasurat terakhir, novel ini meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa dan
pemikiran saya secara lateralnya. Maka, tidak dapat tidak, saya harus mengakui
novel ini memang terbaik.
Namun, sebagai seorang blogger, saya
juga melihat beberapa kelemahan dalam novel ini sehingga mengganggu pemahaman
pembacaan saya. Tujuan saya menulis artikel ini bukan untuk menghentam karya
Nadia Khan ini sebaliknya hanya untuk memberi teguran supaya Nadia lebih
berhati hati dalam menulis dan dapat menghasilkan karya yang lebih baik pada
masa akan datang.
Baiklah, sebelum kita pergi dengan
lebih mendalam lagi, biarlah saya bersurah mengenai sinopsis novel ini terlebih
dahulu. Novel ini menceritakan kisah hidup empat sekawan – Gibbs, Ray, KJ dan
Troll yang bersekolah di Sekolah Menengah Cemerlang Gemilang Terbilang (SMCGT).
Kelebihan keempat empat mereka adalah dikurniakan dengan wajah yang kacak.
Mereka juga turut dikurniakan dengan kelebihan kelebihan yang lain seperti
pandai bermakin basketball, pandai menulis skrip dan mengarah drama
serta pandai mengenakan orang lain. Dengan kelebihan yang ada pada mereka
terutama kelebihan mempunyai wajah yang kacak itu, mereka telah banyak
memecahkan dara yakni bersetubuh dengan gadis gadis di sekolah tersebut secara
haram.
Namun begitu, mereka berempat telah
mencipta Musketeer Code iaitu satu peraturan untuk mereka berempat supaya tidak
boleh mempunyai teman wanita. Dalam peraturan itu juga, mereka digalakkan
mempunyai skandal dan skandal itu mestilah dikongsi bersama untuk
disetubuhi.
Tragedi dalam novel ini berlaku
apabila Deepa – seorang gadis psycho di sekolah tersebut yang sangat meminati
Gibss telah muncul dalam kehidupan mereka berempat. Deepa adalah teman sebilik
Fara iaitu ketua pelajar sekolah tersebut dan telah menjadi teman wanita Gibbs
di pertengahan cerita. Deepa yang begitu obses dengan Gibss sanggup melakukan
apa sahaja sehingga tega menggadai maruah diri asalkan dapat bersetubuh bersama
Gibbs walaupun dia tahu yang dia bukan sahaja akan disetubuhi oleh Gibss, tetapi
juga oleh Ray, Troll dan KJ.
Bagi mengajar Deepa, KJ dan Troll
telah merancang satu rancangan untuk mengenakan Deepa. Rancangan itu berjalan
dengan lancar dan dipendekkan cerita Deepa telah membunuh diri di auditorium
tempat Kelab Drama yang diasaskan oleh Ray mementaskan dramanya. Sejak itu,
kehidupan mereka berempat mula kacau bilau dan huru hara.
Walaupun pada hakikatnya saya
beranggapan bahawa Gibbs yang menjadi teraju utama dalam novel ini tetapi
setelah membaca sehingga ke pengakhirannya, bagi saya, yang menjadi teraju
utama dalam novel ini adalah Ray ataupun Khalil bukan Gibbs.
Keunikan novel ini terletak pada
jalan ceritanya yang mempunyai banyak plot twist, berbelit belit
dan penuh teka teki. Pembaca perlu memahami dua jalan cerita dalam masa yang
sama iaitu semasa Ray bersama dengan Gibbs, KJ dan Troll di zaman persekolahan
mereka dan juga semasa Ray bersama dengan Cikgu Fara, Jeremy dan Lina sepuluh
tahun selepas zaman persekolahannya.
Jika dibincangkan secara kasar,
memang sukar untuk memahami jalan ceritanya kerana ada beberapa perkara di
dalam novel ini yang saya sendiri tidak faham. Jika anda mahu memahami dan
menikmati novel ini, anda perlu membacanya sendiri. Setakat membaca ulasan saya
yang serba ringkas ini, sukar untuk anda memahaminya. Namun, pada hakikatnya,
saya menulis artikel ini sekadar mahu membuat ulasan dari sudut pandangan saya
dan bukannya untuk menerangkan semula novel ini kepada anda.
Seperti yang telah saya sebut di atas
tadi, novel ini memang unik dan menarik. Saya tidak menyangkal hakikat itu.
Namun, apa yang saya tidak faham walaupun saya telah habis membaca novel ini
adalah bila masa Ray dan Cikgu Fara berada dalam kehidupan mati Gibbs dan KJ?
Saya juga tidak dapat memisahkan watak Ray itu sama ada dia berada pada
kehidupannya pada zaman sekolah atau kehidupannya pada masa KJ dan Gibbs telah
mati. Jika dipecahkan jalan ceritanya, kita boleh membahagikannya kepada tiga
bahagian iaitu jalan cerita Ray di zaman sekolah, jalan cerita Ray selepas
kematian Deepa dan jalan cerita Ray bersama hantu KJ dan Gibbs. Sebenarnya untuk
menerangkan kepada anda dalam cara menulis ini pun berasa sukar sebenarnya
kerana banyak perkara yang saya tidak faham dan ketidakfahaman saya itu sukar
untuk saya terjemahkannya dalam bentuk penulisan.
Apa yang pasti, banyak persoalan
mengenai watak Ray itu tidak dapat saya fahami. Perkara yang sama juga berlaku
pada watak Fara. Entahlah, mungkin jika anda membacanya, anda mendapat
kefahaman yang lebih berbanding saya.
Seperti biasa, apabila menyebut
tentang novel novel terbitan Fixi, selain daripada idea ideanya yang kreatif
dan rare, nilai nilai ‘kotor’ juga diselitkan di sana sini mungkin
sebagai ‘penyedap’ bagi jalan cerita. Babak babak lucah digambarkan secara
tidak langsung di dalam novel ini sebagai daya penarik untuk pembaca meneruskan
pembacaan.
Jika diletakkan novel ini dalam dunia
realiti, mungkin Nadia Khan mahu menggambarkan keruntuhan akhlak remaja di
sebuah sekolah elit yang gemar melakukan seks bebas sesama mereka tanpa ada
sebarang sekatan. Nadia Khan juga mahu menggambarkan kepada pembaca bahawa duit
dan pengaruh boleh membeli segala galanya sehingga cerita gempar yang boleh
mengaibkan pihak sekolah dapat ditutup begitu sahaja tanpa ada sesiapa yang
tahu dengan menggunakan duit dan pengaruh itu tadi.
Sebagai seorang peminat sastera, saya
selalu berfikir tentang nilai nilai murni dalam sesebuah karya. Nilai murni di
dalam novel itu ada cuma tidak banyak. Perkiraan saya, mungkin Nadia Khan terlupa
untuk menghukum mereka yang gemar melakukan seks bebas dalam novel ini sebagai
timbal balik di atas keberaniannya menggarap babak babak lucah yang tidak
langsung itu. Pelaku pelaku seks bebas seperti Gibbs, Ray, KJ dan Fara
dibiarkan hidup gembira di akhir cerita tanpa sebarang hukuman kepada mereka.
Malapetaka yang menimpa Gibbs, Ray, Troll dan KJ itu bukan kerana seks bebas
tetapi kerana kematian Deepa yang secara tiba tiba kerana perbuatan jahat KJ
dan Troll. Sepatutnya, kesemua mereka perlu menerima hukuman yang berat di
akhir cerita di atas seks bebas yang telah mereka lakukan.
Di dalam novel ini juga, mungkin
Nadia Khan mahu menunjukkan betapa mudahnya maruah dan dara seorang perempuan
digadai kerana rasa cinta, ketampanan wajah seorang lelaki, dan atas kehendak
kehendak tertentu. Perkara ini boleh dilihat menerusi watak Farah yang telah
melakukan hubungan seks beberapa kali dengan Gibbs kerana rasa cintanya pada
Gibbs dan kerana ketampanan wajah Gibbs walaupun pada awal cerita dia tidak
suka pada remaja lelaki itu.
Kesimpulannya, novel ini memang
menarik dan bagus cuma perlu diperkemaskan jalan ceritanya supaya mudah
difahami. Bagi penggemar novel thriller, saya sarankan anda untuk membaca novel
ini. Ia sangat menarik dan terbaik. Maaf di atas segala kekurangan dalam ulasan
saya mengenai novel hebat karya Nadia Khan ini.
Baca apa Haziq kongsi dapat gambarkan betapa blurnya novel tu...
BalasPadamTerima kasih kerana sudi berkongsi ulasan buku. Memang membantu untuk para pembaca yang lain. Harap dapat berkongsi lebih banyak bahan bacaan di blog ini. :)
BalasPadamwww.nurinaizzati.com
dah baca habis tapi masih tak faham. Nasib lah ada review ni, clear lah sikit pemahaman tp still lagi blurry. Hm,
BalasPadamRay tu kan dah keluar and kerja lepas habis belajar kat sekolah tu..lepas 10 tahun diorang anggap macm Gibbs dengan kj mcm nk buat kacau dengan si lina tu..jadi Cikgu perempuan iaitu Farah panggil Khalil aka ray untuk selesaikan masalah..waktu tu Gibbs masih x tau yg dia tu dah Mati..yg tau hanyalah kj..ray suruh Jeremy buat pementasan drama berkisarkan kisah waktu diorang dibunuh..lepastu baru Gibbs tau yg die dah mati..rasanya macam tulah cerita nya
BalasPadamact,ray and farah tu mempunyai deria yg keenam. thats why diorang boleh wujud/ada dlm dunia yg berbeza iaitu zaman giibs and kj & zaman jeremy and lina tu. ray tu asyik kena kacau dgn hantu2 dekat auditorium tu so dikirakan ray tu mcm dh biasa dgn makhluk2 halus tu.
BalasPadam