Ahad, 26 Mac 2017

PUNCA PUNCA UMAT ISLAM DITINDAS OLEH ORANG KAFIR





Image result for umat islam ditindas
Sumber : Google

Populasi umat Islam di seluruh dunia memang ramai sekali. Ia umpama buih buih di lautan seperti mana yang telah disabdakan dalam hadis Nabi (Muhammad). Namun, di dalam populasi yang ramai itu, umat Islam terus diancam dan diburu. Ia tidak bebas untuk mengamalkan ajaran agamanya seperti mana zaman Nabi dan zaman Khulafak Al-Rasyidin memerintah Madinah dahulu. Umat Islam di seluruh dunia sekarang ini umpama menggenggam bara api selalu! 

Kita lihat sahaja penindasan terhadap umat Islam yang berlaku di seluruh dunia. Perempuan Islam yang tinggal di negara bukan Islam bukan sahaja dilarang untuk berpurdah, malah dilarang untuk bertudung juga. Umat Islam Rohingya pula terus diancam dan dibunuh di Myanmar sana. 

Tidak cukup dengan itu, hak rakyat Palestin untuk mempunyai sebuah negara yang berdaulat dinafikan selalu. Negara-negara Islam seperti Syria, Iraq, Mesir, Afghanistan, dan lain lain terus dihujani dengan kematian dan peluru berpandu. Ramai juga umat Islam yang diancam dengan kebuluran selama berminggu-minggu. Penduduk Islam yang tinggal di negara majoriti bukan Islam kadang kala tidak dibenarkan untuk menjalankan kegiatan ibadah mereka. Masjid dan surau kadang kala dibakar dan diruntuhkan tanpa mendapat pembelaan daripada sesiapa.      

Itu hanyalah secebis kisah penindasan yang berlaku terhadap umat Islam di seluruh dunia. Boleh dikata umat Islam di seluruh dunia mengalami pelbagai masalah. Umat Islam di seluruh dunia sekarang ini berada dalam keadaan yang amat payah. Di Malaysia pun umat Islamnya tidaklah dapat menjalankan semua ajaran agamanya dengan mudah. Buktinya, untuk membentangkan RUU355 di Parlimen pun begitu susah! 

Seperti yang saya acapkali sebut dalam tulisan tulisan saya sebelum ini, penduduk bukan Islam yang tinggal di negara Islam, hak dan kedudukan mereka sentiasa terpelihara. Tetapi bagi penduduk Islam yang tinggal di negara bukan Islam, hak dan kedudukan mereka dinafikan sentiasa.   

Apa yang telah berlaku kepada umat Islam ini sebenarnya? Mengapa nasib umat Islam di seluruh dunia boleh jadi sebegitu rupa? Siapakah yang bersalah dalam hal ini sebenarnya? 

Tiada jawapan yang khusus untuk menjawab persoalan itu semua. Apa yang boleh dikata, umat Islam jadi begitu mungkin kerana mereka jauh daripada Allah dan agama. Mereka sentiasa lupa pada Allah dan lupa pada agama. Mereka terleka dengan nikmat dunia yang dusta belaka. Mereka terpedaya dengan kemodenan dan pemikiran daripada Barat yang penuh dengan tipu daya. Mereka terlalu taksub dengan hiburan yang entah apa apa.  

Orang di tempat lain sibuk mengejar dan menimba ilmu, umat Islam terus terleka dengan hiburan dan politik yang melulu. Orang di tempat lain terus maju dalam pelbagai bidang seperti sains, teknologi, kejuruteraan, pensenjataan, dan sebagainya, umat Islam hanya tahu beli dan guna sahaja. Orang lain terus maju dengan ilmu, tetapi umat Islam terus mundur kerana tidak mahu menuntut ilmu. Bagaimana kita tidak ditindas oleh orang lain jika sikap kita terus begitu?

Dalam bercakap tentang hal ini, saya tertarik dengan sajak ‘Melayu’ yang ditulis oleh Sasterawan Negara, Allahyarham Usman Awang. Saya kira sajak itu masih relevan untuk bercakap tentang masalah umat Islam (terutama orang Melayu) pada masa sekarang. Fragmen sajak itu berbunyi begini : Meski telah memiliki telaga / Tangan masih memegang tali / Sedang orang mencapai timba / Berbuahlah pisang tiga kali / Melayu itu masih bermimpi / Walaupun sudah mengenal universiti / Masih berdagang di rumah sendiri.  

Sedang orang lain sibuk bercakap untuk berjaya dalam ekonomi dan perniagaan, umat Islam pula terus diancam dengan masalah perpaduan. Umat Islam terus berpecah kerana perbezaan negara, mazhab, parti politik, dan aliran pemikiran. Sedangkan semua umat Islam tahu bahawa bersatu padu itu amat penting dalam kehidupan. Oleh sebab perpaduanlah umat Islam boleh mempunyai kekuatan dan sukar untuk ditumbangkan. Tetapi sayangnya ramai umat Islam lebih suka memilih untuk terus berpecah tanpa kesudahan.
Jika beginilah sikap umat Islam sedunia (termasuklah umat Islam di Malaysia), kita akan ditindas sampai bila bila. Kita bukan akan ditindas sahaja, malah tidak dapat membela umat Islam lain yang ditindas di sini sana. 

Masalah umat Islam ini berpunca daripada tiga perkara : jauh daripada agama, kurang ilmu, dan tidak mahu bersatu padu. Jika ketiga-tiga perkara ini dapat di atasi dengan segera, pastilah selamat dan aman damai umat Islam di seluruh dunia. Selagi umat Islam tidak menyelesaikan masalah masalah di atas, selagi itulah umat Islam akan terus ditindas!      


Ahad, 19 Mac 2017

RAHSIA UNTUK MENDAPATKAN KULIT YANG CANTIK DAN MUDA

Image result for perempuan kulit cantik
Sumber : Google

Saya yakin ramai wanita di luar sana ingin mendapatkan kulit yang cantik, mulus, putih, gebu, dan kelihatan muda. 

Yalah, siapa yang tidak mahu kelihatan cantik di dunia ini bukan?

Untuk mendapatkan kulit yang cantik itu ada pelbagai cara. Terpulanglah kepada anda mahu menggunakan cara yang mana.

Ada cara yang mudah dan ada juga cara yang susah.

Ada cara yang mahal dan ada juga cara yang murah. 

Tetapi, apa yang pasti, cara apa pun yang anda guna, pastikan cara itu benar benar berkesan dan tidak memudaratkan diri anda. 

Sebagai penulis blog, inginlah saya berkongsi kepada anda terutama wanita tentang rahsia mendapatkan kulit yang cantik dan muda. 

Mahu tahu rahsianya? Jom terjah ---> Rahsia Untuk Mendapatkan Kulit Yang Cantik Dan Muda <--- untuk mengetahuinya. 

Bacalah artikel yang saya kongsikan itu untuk mendapatkan kulit yang benar benar menawan. 


Sabtu, 18 Mac 2017

TATKALA TUHAN MENYAMPAIKAN PESAN

Image result for tuhan
Sumber : Google



Ketika kita melangkah pergi meninggalkan Tuhan,

Sedikit pun Tuhan tidak pernah berasa sedih mahupun rawan,

Tetapi, Tuhan tidak pernah lupa untuk menyampaikan pesan,

Seandainya di suatu ketika nanti kita ditimpa kesedaran,

Janganlah pernah sesekali berasa malu ataupun segan,

Untuk menadah tangan dan memohon keampunan.



Berapa banyak pun dosa yang telah kita buat,

Tuhan tidak pernah culas untuk menerima taubat,

Dan Tuhan terus berpesan entah yang ke berapa kali,

Janganlah ditempuh maksiat itu lagi dan lagi.



Tuhan pun berpesan lagi,

Janganlah dicari Tuhan lain sebagai pengganti,  

Kelak kita tidak mampu menahan siksa Tuhan yang amat pedih sekali,

Meskipun kita keseorangan di dalam dunia ini,

Akibat disisih atau dipinggir oleh lain lain manusiawi,

Tuhan pasti datang untuk menemani.



Walaupun kita sering mengingkari perintah Tuhan,

Namun kasih Tuhan terhadap kita tidak pernah berkurangan,

Buktinya kita masih bernafas dan masih lagi bisa menikmati kehidupan.



Tuhan selalu bertanya : mengapa kita sering melupakan diri-Nya.

Apakah kita tidak sedar akan keesaan-Nya,

Ingatlah, walau di mana sahaja kita berada,

Tuhan sentiasa menyayangi dan mengingati kita semua.



Dan Tuhan terus lagi menyampaikan pesanan,

JIkalau suatu ketika nanti kita berada dalam keresahan dan kecelakaan,

Janganlah sesekali Tuhan itu kita lupakan,

Segeralah datang kepada-Nya untuk memohon pertolongan,

Kelak bantuan itu akan Tuhan kirimkan.