Sabtu, 15 Februari 2014

CERPEN : TERGELINCIR KE PINTU NERAKA

Sumber : Google

     Haryati melekap erat erat bantal peluk yang panjangnya hampir separuh dari dirinya dan berwarna merah hati itu di telinga kanannya. Dia membaringkan tubuhnya di atas katil di bilik tidurnya. Dia tidak mahu mendengar apa yang berlaku di luar biliknya. Kalau boleh dia mahu menjadi tuli. Dia lebih suka menjadi orang tuli atau pekak. Dia tidak mahu mendengar suara ibunya berleter sepanjang hari. Dia tidak mahu mendengar bebelan ayahnya pada hari itu. Justeru itu, dia berusaha untuk ‘menulikan’ telinganya daripada mendengar suara suara ibu bapanya. 
     “Awaklah punya pasal. Awak selalu sangat sibuk dekat butik awak. Cuba sesekali awak tengok dia kat rumah. Kalau awak selalu ada kat rumah sudah pasti perangai dia tak macam tu.” Tinggi suara Hafzan – bapa Haryati memarahi ibunya.

Jumaat, 7 Februari 2014

CERPEN : TAKSUB


     MATAHARI sudah mahu terbenam di ufuk barat. Cahayanya memancar kelam menghiasi latar langit biru ciptaan Allah Taala. Sungguh hebat kuasa Allah Azza Wajalla. Mentari yang mahu tenggelam itu meninggalkan cahaya yang amat cantik bagi pandangan mata manusia yang memerhatikannya dari tepi pantai. Subhanallah! Itu sahaja yang mampu diucapkan oleh umat Islam bagi menggambarkan kebesaran kuasa Allah Yang Maha Esa.
     Pak Aziz masih terkial kial menolak sampannya ke darat. Tenaga lelakinya digunakan sehabis mungkin untuk menolak sampan yang agak berat dan lebih besar dari dirinya itu. Dia baru sahaja mendarat pulang dari menjala ikan. Kelihatan Hasmah, isterinya setia menunggu kepulangan suami yang telah dikahwininya 21 tahun yang lalu.
     “Banyak dapat ikan hari ni bang?” Soal Hasmah sambil membantu Pak Aziz mengangkat jala dan peralatan untuk menangkap ikan itu.
     “Bolehlah. Seekor dua tu boleh la kita jadikan lauk untuk makan malam ni. Selebihnya saya nak jual kepada Tauke Wong.” Jawab Pak Aziz.