Selasa, 30 September 2014

LUCUTKAN KERAKYATAN ALVIN TAN DENGAN SEGERA!


Sumber : Google

           
              Sekali lagi blogger kontroversi – Alvin Tan telah mencetuskan kontroversi baru dengan ‘membabikan’ pemimpin negara dan menghina UMNO dengan cara mengeluarkan kenyataan ‘Fuck UMNO’ di Facebooknya baru baru ini. Apa yang lucunya, dia melakukan kerja sia sia itu ketika berada di luar negara. Jika dia seorang yang berani dan anak jantan, buatlah perkara perkara bodoh seperti itu di Malaysia!

         Terbaru Ketua Polis Negara telah mengeluarkan kenyataan untuk memburu Alvin Tan sehingga ke lubang cacing. Mengapa kita mesti menyusahkan diri untuk manusia yang tidak ada masa depan seperti itu? Mengapa kita mesti buang masa, buang duit dan buang tenaga untuk memburu pengkhianat seperti itu? Pada hemat saya, tindakan yang sewajarnya dikenakan kepada Alvin ialah melucutkan kewarganegaannya secepat mungkin! Biarkan sahaja dia tinggal di Amerika seberapa lama yang dia mahu.

Isnin, 29 September 2014

SEGMEN : SAYA SAYANG BLOG SAYA

http://www.ayuinsyirah.my/2014/09/segmen-saya-sayang-blog-saya.html 


Memandangkan saya teramat sayang kepada blog MNH Sastera Melayu ni jadi saya masuk la segmen yang dianjurkan oleh blogger Ayu Insyirah ni. Siapa yang tak sayang blog kan? Blog ni la tempat saya mencurahkan pemikiran, perasaan, bertemu dengan rakan taulan dan suatu hari nanti akan menjadi tempat untuk saya mencari rezeki. Kepada mana mana blogger yang sayang kat blog anda, jom la join segmen ni. Kita boleh tambah kawan, tambah pembaca dan juga tambah pengikut kat blog. Selamat bersegmen. 



MENGAPA KAMU SERING MENYUSAHKAN?


mnh sastera melayu
Sumber : Google



Di kala ketenangan mencuit suasana,
Kamu datang membawa derita,
Kamu datang membawa bencana,
Di dalam sebuah keluarga,
Yang bahagia.

Mengapa kamu sering menyusahkan?
Di saat kemudahan datang padamu,
Tetapi kamu,
Tidak mahu bersyukur,
Kamu menolak kesenangan itu,
Menyebabkan kesenangan itu lari,
Meninggalkanmu,
Satu demi satu.

Kerana keangkuhanmu,
Akhirnya kemudahan itu pergi,
Kamu datang kepada kami,
Lalu menghancurkan ketenangan itu,
Dengan kekotoran dirimu,
Dengan ketidaksopananmu,
Dengan sikap sambil lewamu,
Dengan perangai tangkap muatmu.

Ahad, 28 September 2014

BUDAYA MELAYU YANG HILANG KETIKA MAJLIS PERKAHWINAN?

         Semalam selepas pulang dari menjawab soalan peperiksaan akhir subjek Pengurusan Sumber Manusia, saya terus bergegas ke rumah rakan sebaya saya untuk menghadiri majlis perkahwinannya. Seronok melihat rakan sebaya saya yang berusia 20 tahun itu sudah pun mendirikan rumahtangga. Terdetik di hati, bila pula saya akan mendirikan rumahtangga? Kalau saya sudah punya pendapatan sendiri, sudah lama saya suruh mak pinangkan mana mana gadis yang saya suka. *gatal betul aku ni. hihihi* Bukan apa, kahwin awal ini bagus sebenarnya. Di samping boleh mengelakkan maksiat, dapat juga mengenal erti tanggungjawab yang sebenar. Tetapi mampukah diri ini untuk menyara anak dara orang di samping memberikan didikan agama kepadanya? Mampukah saya menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa yang baik di usia begini? Mampukah saya membahagikan masa antara keluarga dan belajar pada waktu ini? Tepuk dada dan tanya iman.

          Sebenarnya bukan isu perkahwinan rakan saya atau perkahwinan saya yang handak saya tulis pada hari ini tetapi kali ini saya ingin menulis tentang budaya Melayu yang semakin hilang dan terhakis sejak belakangan ini. Sebagai penulis yang berbangsa Melayu, wajarlah saya melontarkan pandangan ini untuk renungan kita bersama. 

Sabtu, 27 September 2014

KAWAN, FITNAH, PERSEPSI

sumber : Google



Salahkah aku berkawan dengannya,
Walaupun dia tidaklah sebaik mana, 
Salahkah aku berteman dengannya,
Walaupun dia penuh noda dan dosa.

Janganlah fitnah diriku,
Akibat persahabatan itu,
Janganlah cipta persepsi itu,
Kerana persahabatan itu.

Percayalah wahai pencipta,
Si pencipta persepsi,
Aku hanya berkawan,
Berkawan dengan dirinya,
Bukan mahu jadi sepertinya,
Bukan menyokong perbuatannya,
Yang penuh noda dan dosa,
Kerana aku masih punya iman,
Juga punya akal dan fikiran.


Lihat juga : Nak pergi bercuti tapi tak ada duit? KLIK SINI

Jumaat, 26 September 2014

Segmen Bloglist Cun Oktober 2014 by Ekinnuar

 

Sudah agak lama juga saya 'bercuti' dari menyertai mana mana segmen, giveaway atau contest yang dianjurkan oleh mana mana blogger secara persendirian walaupun ada banyak jemputan dari blogger tersebut. Bukan sebab saya sombong atau perasan blog saya dah popular tapi saya tak nak entri saya penuh dengan segmen, giveaway dan contest je. 

Jadi, pada malam ni saya sertai satu segmen yang dianjurkan oleh blogger Ekinnuar sebagai satu cara menambah sahabat dan berkenalan dengan ramai lagi blogger blogger terkenal di luar sana. Hehehe. Segmen bloglist yang saya sertai ni senang saja. Tak perlu nak buat itu dan ini untuk sertai segmen ni. Kepada mana mana blogger, jom la sertai segmen ni. Selamat bersegmen.... 

ADAKAH KITA MASIH BERSAMA

Dipetik dari Google



Adakah kita masih bersama,
Setelah kau menodai,
Persahabatan yang terjalin sejak sekian lama,
Dengan kata katamu yang penuh nista,
Dengan gurauanmu yang penuh malapetaka,
Yang bisa merosakkan hati dan jiwa,
Sahabatmu yang lama.

Adakah kita masih bersama,
Apabila kau sering menyakitkan hati,
Sengaja mencetuskan kemarahan di sanubari,
Dengan sifatmu sendiri,
Untuk mencari kegembiraan di hati.

Adakah kita masih bersama,
Setelah kau angkuh dengan kemewahanmu,
Setelah kau sombong dengan kelebihanmu,
Dengan sahabatmu yang hina dina,
Yang tidak punya harta dan rupa.



Nak makan pizza percuma tak? KLIK SINI

Khamis, 25 September 2014

BLOGGER YANG SOMBONG

blog
Diambil dari Google


 
Blogger yang sombong,
Di sebalik ketampanan wajahmu,
Di sebalik kesasaan tubuhmu,
Terselit noda noda hitam,
Akibat kesombongan dan keangkuhanmu.

Blogger yang sombong,
Namamu kerap menjadi sebutan,
Blogmu kerap menjadi ikutan,
Disenarai dalam bloglist blogger picisan,
Namun dirimu tidak pernah bersyukur,
Atas nikmat kurniaan Tuhan.

Blogger yang sombong,
Luaranmu tidak begitu,
Dalamanmu sahaja seperti itu,
Keangkuhan yang terselah,
Di sebalik kata katamu,
Di dalam aksara aksara penulisanmu,
Dan di ruang entri blogmu.
 
Ingatlah, 
Wahai blogger yang sombong,
Tidak selamanya kau akan berada di atas,
Kelak kau juga akan berada di bawah,
Kerana sifat kesombonganmu,
Kerana diketahui oleh ramai blogawan,
Yang kian berkembang,
Bak cendawan selepas hujan.

Rabu, 24 September 2014

BN MUNGKIN MENANG DI PENGKALAN KUBOR


 



          Esok adalah hari pengundian untuk PRK DUN Pengkalan Kubor yang menyaksikan perlawanan tiga penjuru iaitu Barisan Nasional, PAS dan Bebas. BN diwakili oleh Mat Razi Mat Ail manakala PAS pula diwakili oleh Wan Rosdi Wan Ibrahim. Calon Bebas pula diwakili oleh Izat Bukhary Ismail Bukhary yang sekali lagi mencuba nasib setelah tewas pada PRU13 yang lalu di tangan calon BN iaitu Datuk Noor Zahidi Omar dengan hanya mendapat 65 undi sahaja pada waktu itu.

         Sebagai penulis dan pemerhati politik, BN yang diwakili oleh saudara Mat Razi Mat Ail ini mampu untuk mengekalkan kerusi itu sementelahan kerusi itu dimiliki oleh BN selama tiga penggal berturut turut. Walaubagaimanapun, Mat Razi tidak boleh terlalu yakin akan kemenangan itu kerana dalam politik pelbagai perkara boleh berlaku. Bila bila sahaja rakyat Pengkalan Kubor boleh menukar pilihan lebih lebih lagi apabila isu royalti minyak sering kali ‘diulang tayang’  oleh pihak PAS walaupun kes itu masih lagi dalam perbicaraan mahkamah.

Selasa, 23 September 2014

PERTAMA KALI MINUM KOPI YANG SEDAP DAN BERKHASIAT SEPERTI INI

  HKCC The Crazy Coffee - HKCC

 
Harga : RM 39.90 (20 sachet)



Kepada semua wanita, siapa yang ada masalah berat badan atau perjalanan haid tidak lancar? Jangan risau kerana Nuqman Collections ada jalan penyelesaiannya. Memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu HKCC the Crazy Coffee - HKCC yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah untuk wanita. Antara bahan ramuan yang terkandung dalam kopi ini adalah biji kopi terpilih, krimer bukan tenusu, gula, collagen, vitamin C, ekstrak Guarana, ekstrak kayu manis, ekstrak Kacip Fatimah, ekstrak Manjakani, ekstrak Serapat dan ekstrak Mas Cotek.
 
Tahukah anda khasiat collagen cappucino dan vitamin C?
- mengurangkan garis garis halus di kulit wajah dan mencantikkan kulit.
- mengimbangi berat badan
- menstabilkan hormon dan meningkatkan tenaga untuk keperluan harian.
- melancarkan perjalanan haid wanita.
- membantu dalam IKHTIAR kesuburan wanita dan untuk mendapatkan zuriat.
 
 Cadangan pengambilan :
- minum semasa sarapan pagi
- minum semasa makan tengah hari atau minum petang (2 kali sehari)

 
Collagen Cappucino for Men - CCFM
 
 
Harga : RM 49.90
 
Bukan wanita sahaja yang perlu menjaga kesihatan, lelaki pun turut perlu menjaga kesihatan diri agar kekal sihat dan bertenaga. Oleh itu, Nuqman Collections ada menyediakan satu poduk khas untuk kaum lelaki iaitu Collagen Cappucino for Men - CCFM
 
Tahukah anda khasiat produk ini?
- meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh badan
- membekalkan tenaga dan stamina
- melancarkan pengaliran darah
- membaiki sistem penghadaman
  
- memekatkan sperma
 
Cadangan pengambilan : 
- minum semasa sarapan pagi
- minum semasa makan tengah hari atau minum petang (2 kali sehari)

 
 Susu Kambing Bee Pollen - SKBP
 


  Harga : RM50.00 (20 sachet)


Semua orang tahu tentang khasiat susu kambing bukan? Oleh itu, Nuqman Collections juga ada menyediakan produk berasaskan susu kambing. Tahukah anda apakah keunikan produk ini? Inilah produk pertama di Malaysia yang menggabungkan susu kambing dan ekstrak Bee Pollen! Lihatlah betapa berkhasiatnya produk ini.
 
Tahukah anda tentang khasiat produk ini?

- menghaluskan kulit
- baik untuk kecantikan wajah dan tubuh
- melancarkan metabolisme badan
- menstabil dan menguatkan jantung
- meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita dan banyak lagi.
Cadangan pengambilan : 
- minum semasa sarapan pagi (jika tidak minum HKCC atau CCFM)
- minum semasa makan malam atau sebelum tidur (sangat digalakkan)

 
Nota Penting!
Untuk makluman, caj pos dikenakan adalah RM10 untuk sekotak. Walaubagaimanapun, untuk memudahkan anda, Nuqman Collection menawarkan 1 pakej dengan harga RM150 di mana caj pos dikenakan RM10 sahaja untuk tiga kotak. Bagi anda yang mahu menjimatkan kos, boleh beli secara pakej.
 
Untuk ikhtiar zuriat
Rekod sehingga 22 September 2014, sebanyak 322 kehamilan telah dicatatkan hasil IKHTIAR bersama tiga produk ini, Cara pengambilan dicadangkan adalah seperti gambar di bawah :
  


 
Walaubagaimanpun, diingatkan hasil keberkesanan sesuatu produk adalah dengan izin Allah s.w.t jua. Oleh itu, banyak banyaklah berdoa memohon kepada Allah sambil berIKHTIAR bersama produk ini. Insha Allah...
Cepat! Cepat! Cepat! Dapatkan produk ini secepat mungkin. Saya yakin anda tidak akan rugi jika mencuba produk ini. Saya sendiri telah merasa produk ini iaitu Collagen Cappucino for Men - CCFM itu. Rasanya pun sedap dan amat memuaskan. Bagi produk Susu Kambing Bee Pollen - SKBP itu pun saya dah cuba dan apa yang memeranjatkan saya susu kambing itu tidak berbau hamis! Biasanya susu kambing akan berbau hamis dan ramai orang tidak menyukainya tetapi tidak pada produk ini. 

 
Berminat? Mahu beli? Ada pertanyaan?
 
hubungi : 
whatsapp: 016 6603741
boleh PM di page FB : Facebook  
 
 
















Isnin, 22 September 2014

NASIHAT UNTUK MENTERI BESAR SELANGOR

Azmin Ali

        Teka teki siapakah yang akan menjawat jawatan Menteri Besar Selangor sudah terjawab semalam. Desas desus yang mengatakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Azmin Ali sebagai calon yang akan menduduki kerusi panas itu sejak belakangan ini sudah pun menjadi kenyataan apabila Sultan Selangor mengesahkan bahawa Azmin akan dilantik menduduki jawatan itu hari ini. Azmin akan mengangkat sumpah untuk memegang jawatan itu pada hari ini.


       Walaupun secara peribadi saya tidak bersetuju Azmin menduduki jawatan itu namun siapalah saya untuk menghantar sembah derhaka kepada Sultan Selangor. Sultan mempunyai kuasa mutlak untuk melantik sesiapa sahaja bagi menduduki jawatan itu mengikut lunas lunas yang ada dalam Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Suka atau tidak saya perlu bersetuju dengan pelantikan Sultan Selangor itu kerana saya percaya bahawa Tuanku telah menimbang buruk dan baik perlantikan Azmin tersebut.

      Nasihat saya kepada Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baru adalah jangan terlalu gembira dengan pelantikan itu walaupun cita cita anda sudah tercapai. Ingatlah, masih ramai musuh musuh anda di luar sana dan akan cuba mencari jalan untuk menjatuhkan anda. Kedua, Azmin juga jangan terlalu banyak berpolitik sebaliknya selesaikanlah pelbagai masalah yang melanda rakyat Selangor pada masa kini.  Ketiga, jangan sesekali membatalkan perjanjian bekalan air dengan kerajaan pusat kerana itu akan membuatkan rakyat tambah merana dan menderita. Teruskanlah perjanjian yang telah dibuat oleh Tan Sri Khalid Ibrahim suatu ketika dahulu bersama kerajaan pusat. Keempat, selesaikan masalah politik antara semua pemimpin Pakatan Rakyat yang sudah hampir mahu pecah dan terbelah itu. Pastikan mereka tidak berkelahi lagi kerana isu yang remeh temeh. Tidak bagus sebenarnya jika pemimpin selalu bergaduh kerana akan memberi kesan yang buruk kepada rakyat bak kata pepatah gajah sama gajah berbalah, pelanduk mati di tengah tengah!

Ahad, 21 September 2014

PERTAMA KALI MENANG HADIAH DARI BLOGGER SURIA LEKAT LEKIT

Jumaat lepas, ketika berada di dalam masjid untuk menunggu bacaan khutbah sebelum berlangsungnya Solat Jumaat, saya membuka laman sosial Google+. Tiba tiba ternampak satu post yang dibuat oleh blogger Suria Lekat Lekit yang bertajuk Ni La Blogger Yang Tak Suka Blog Lekat Lekit. Terkejut saya baca tajuk tu dan terus tekan untuk masuk ke dalam blog tu dan baca. Blogger mana pula yang nak bermusuh dengan Blog Lekat Lekit ni dan kenapa? Itulah persoalan yang pertama muncul di kepala saya.

Bila saya dah baca entri tu, barulah saya faham bahawa Kak Suria nak umumkan pemenang terhadap cabaran Liebster Award yang dia tag semua blogger yang baca entri dia pasal Liebster Award tu. Sayalah blogger yang tag dia untuk Liebster Award tu dan dia tag semua blogger yang baca entri tu. Siapa yang buat cabaran tu maksudnya yang jawab soalan yang dia kemukakan, akan dapat top up RM10 dari dia. 

 Saya pun apalagi... jawablah soalan soalan yang dia kemukan untuk sahut cabaran tu.Tahu tak kenapa tajuk entri tu macam tu? Sebab dalam salah satu soalan tu dia ada tanya, apa yang korang tak suka pasal Blog Lekat Lekit tu. Saya jawab dengan jujurnya TAK ADA. Tapi saya betul betul terkejut sebab blog saya ada tersenarai sebagai pemenang top up RM10 tu. Apalagi, saya terus PM Kat Suria kat Facebook untuk tuntut hadiah. Menggeletar tangan ni nak minta RM10 kat orang. Malu pun ada sebab mak saya ajar tak baik minta duit kat orang. Tapi sebab teruja dan gembira punya pasal, saya persetankan perasaan tu. Kenapa saya teruja? Sebab ni kali pertama saya menang setelah begitu banyak kontest yang saya masuk dalam dunia blog ni.



Memang rezeki Allah nak bagi hari Jumaat tu. Dalam masjid pula tu. *Orang sibuk zikir aku sibuk tengok telefon bimbit* Bila saya PM je kak Suria, terus dia balas dan terus dia masukkan top up RM10 kat dalam telefon bimbit saya. Apa yang lucunya masa tu, Kak Suria ingat selama ni saya perempuan! Hahaha. Takpelah, saya faham sebab salah saya juga tak letak gambar dalam blog ni. Bukan tak nak letak tapi tak tahu macam mana nak letak sebab saya tak ada photoshop. Lain kali saya akan cuba letak gambar sendiri pula lepas ni. Lagi lagi bila saya guna nama samaran MNH. Lagi la orang ingat saya perempuan. Bukan Kak Suria sorang je yang fikir macam tu, ramai lagi.

Apa pun terima kasih Kak Suria. Semoga Allah beri Kak Suria syurga sebab sedekah kat mahasiswa macam saya ni. Lepas duit top up bulan ni. Hihihi. Okeylah, saya nak sambung ulangkaji balik. Sekarang ni saya tengah ambil peperiksaan akhir untuk semester 5 ni. Doakan saya lulus semua subjek ya kawan kawan. : )

Sabtu, 20 September 2014

PAS : KEBERANIAN, PERPECAHAN DAN SENJATA MAKAN TUAN

PAS
Gambar Hiasan
 

           Keberanian perwakilan PAS Wilayah Persekutuan iaitu Dr. Azhari Ariffin membacakan doa mengutuk Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu dan dua ADUN Selangor iaitu Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) yang menyokong Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor haruslah dipuji. Ini kerana sudah sampai masanya ahli ahli PAS perlu mengkritik pemimpin pemimpin mereka sendiri yang semakin tersasar jauh dalam perjuangan Islam yang sebenar. 

            Selama ini, kebanyakkan ahli ahli PAS hanya menjadi yesman dan pak turut sahaja kerana ketaksuban mereka yang maha dahsyat terhadap parti yang memperjuangkan Islam itu. Tetapi kini, kebanyakkan ahli ahli PAS sudah sedar bahawa parti yang mereka sertai ini sudah jauh tersasar dari landasan Islam yang betul. Kebanyakkan pemimpin pemimpin parti itu lebih banyak memfokuskan kepada kepentingan politik sendiri dan parti berbanding kepentingan Islam, Melayu dan Malaysia. 

            Walaubagaimanapun, tindakan Dr. Azhari Ariffin amatlah tidak wajar sama sekali. Orang Islam seharusnya tidak boleh berdoa untuk mengutuk dan melaknat orang Islam yang lain. Sepatutnya Dr. Azhari Ariffin perlu mengkritik dengan cara yang baik walaupun dengan nada yang pedas dan sinis.

Khamis, 18 September 2014

CABARAN LIEBSTER AWARD BAHAGIAN 3

 


















Sekali lagi saya telah ditag untuk menyahut cabaran Liebster Award dan kali ini saya ditag oleh blogger Nurul Afifah. Terima kasih kepada dia sebab sudi tag saya untuk cabaran ni. Seperti biasa, bila dah kena tag untuk Liebster Award ni saya kenalah jawab soalan yang dia kemukakan. Kat bawah ni ada soalan soalan dan jawapannya sekali.


1.1 - follower : Macam mana boleh follow blog aku ek? ingat lagi ke? blog ni rajin tukar rupa. 1.2 - bkn follower : agak blog ni layak di follow atau tak? kenapa? seyes xkan terasa!
Jawapan : Saya tak tahulah yang saya pernah follow blog ni atau tak tapi bila saya semak kat ruangan follower tu, tak ada pula nama saya tapi macam mana saya boleh kena tag ye? Kalau saya pernah follow mungkin saya tak perasan kot sebab macam yang dia cakap, blog dia selalu tukar rupa. Kalau saya bukan follower, saya rasa blog ni patut di follow sebab pada saya semua blog yang beri informasi sepatutnya kena follow. Lain la kalau blog tu tulis pasal cerita lucah ke apa ke. Baik jangan follow blog macam tu.
2. Kenal diri anda dengan bagi tahu 7 FAKTA tentang diri anda.

Jawapan : Nama saya yang sebenarnya adalah Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz tapi dalam dunia blog ni, saya lebih suka guna nama MNH tu sebagai singkatan kepada nama penuh saya. 

Tujuh fakta tentang diri saya :

- suka baca novel, buku politik, buku sejarah, buku biografi dan buku sastera.

- saya suka menonton televisyen.

- saya suka semua makanan yang halal dan sedap

- saya seorang yang mudah terasa hati tapi saya mudah memaafkan orang lain.

 - bercita cita nak jadi penulis dan blogger sepenuh masa

- peminat Yoo Jae Suk

- saya tak suka orang yang bergurau tapi tak reti nak jaga hati dan perasaan orang lain.

3. Beri kan 5 perkataan yang boleh describe diri anda.

- pemalu

- peramah 

- penakut

- penyendiri

- pendendam!

4. Sejak bila berblog dan kenapa?

Jawapan : Saya berblog sejak tahun 2012. Mula mula sebab nak kongsikan buku buku yang pernah saya baca. Lepas tu nak tulis cerpen je dalam blog dan sekarang nak ulas isu isu semasa, nak berniaga, dan nak tulis cerpen serta novel.

5. Lima lagu yang tengah suka sekarang.

- Overdose (EXO)

- Pada Syurga Di Wajahmu (Lefthanded)

- Fantastic Baby (Big Bang)

- Puncak Kasih (Ziana Zain)

- Cinta Dulu Cinta Sekarang (Tan Sri S.M Salim)

6. Tiga movie yang anda suka.

- Tanda Putera

- The Iron Lady

- Enid Blyton

7. Peristiwa yang menggembirakan yang telah berlaku hari ni?

Jawapan : Dapat jawab semua soalan subjek Human Resources Management dengan baik. hehehe

8. Aktif berblog atau tak? Kenapa?

Jawapan : Aktif sebab nak jadi seorang blogger sepenuh masa, blog kena sentiasa ada pageview supaya boleh jana pendapatan dari blog.

9. Tiga blog yang selalu baca.

 - Blog Merah Tinta

- Blog Cik Hani (SteLLA iSLE)

- Blog Hasrul Hassan 

10. Apa yang cuba dicapai melalui blog korang?

Jawapan : Nak jadikan blog ni sumber pendapatan suatu hari nanti macam abang Ben Ashaari dan abang Hasrul Hassan buat. Semoga blog ni juga akan dikenali ramai suatu hari nanti.

11. Nak kenal tak dengan aku ? Kenapa ? (bajet hot gila)

Jawapan : Err... susahnya soalan ni. Hahaha. Boleh je kalau nak kenal kenal kan? Tak salah nak tambah kenalan dan taulan. Prinsip saya, makin ramai kenalan makin banyak pengalaman.
 
 
Berakhirlah sudah semua soalan yang telah saya jawab. Kejap je nak jawab soalan soalan ni tapi...... banyak rahsia diri saya terbongkar kat sini. Hihihi. Harap harap Nurul Afifah puas hati la dengan jawapan yang saya bagi.  
 
 
 Lihat juga : Tawaran terbaik dari Shell? Nak tahu apa? KLIK SINI
 
 

WAJAH BARU, BAHASA BAKU DAN SAYA MELAYU

Gambar diambil daripada abihulwa.blogspot.com

          Bagi sesiapa yang biasa singgah ke blog ini, pasti akan sedar bahawa blog MNH Sastera Melayu ini sudah berwajah baru. Saya telah membuat beberapa perubahan pada blog ini dari segi penggunaan warna, latar belakang dan susunan widget. Jika dahulu blog ini berwarna coklat keorenan, berlatarbelakangkan banyak buku dan susunan widgetnya agak caca marba tetapi kini semuanya sudah berubah. 

          Tentu anda bertanya mengapa saya membuat perubahan pada blog ini? Pertama, kerana saya memang sudah bosan apabila menggunakan warna dan latar belakang yang sama dalam blog ini dan kedua, kerana saya mahu susunan widget saya akan lebih teratur dengan menggunakan template yang anda lihat sekarang. Diharapkan semangat saya untuk berblog akan lebih membara selepas ini. Selain itu,  perubahan yang saya buat ini juga sebenarnya sebagai satu persediaan untuk saya mencari rezeki yang halal melalui blog ini kerana saya akan berniaga tidak lama lagi seperti blogger MommyLizz. Diharapkan perniagaan atas talian saya akan berjaya suatu hari nanti. Doakan saya berjaya kawan kawan...