Syukur kepada Allah s.w.t kerana
dengan kurniaanNya kita dapat menikmati satu lagi nikmat yang Allah berikan
kepada umat manusia selain Islam iaitu nikmat kemerdekaan. Semalam kita menyambut ulangtahun kemerdekaan negara kita
yang ke 57 tahun. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu berasa bersyukur dan
bertuah kerana dilahirkan di negara ini. Cuba
bayangkan jika Allah lahirkan kita di Ghana
atau Somalia?
Bagaimana agaknya nasib kita? Sebab itulah penting kita sentiasa bersyukur di
atas nikmat kemerdekaan negara ini. Allah telah memberikan kepada kita sebuah
negara yang maju dan mewah.
Walaubagaimanapun, ramai diantara kita
yang masih tidak sedar diri dan tidak mahu bersyukur di atas apa yang telah
Allah berikan kepada kita selama ini. Kita selalu membanding bandingkan negara
kita dengan negara negara maju yang lain seperti Amerika
Syarikat, Britain,
Sweden
dan Switzland kononnya negara itu lebih baik dan lebih maju daripada kita. Kita
selalu mengkritik kerana tidak mendapat itu dan tidak mendapat ini sedangkan
rakyat negara lain mendapat apa yang kita tidak dapat di negara kita.