sumber : Google |
Saya
fikir isu video seks yang melibatkan penceramah terkemuka, Ustaz Azhar Idrus
semakin reda namun masih lagi diperkatakan oleh ramai orang. Bara isu ini saya
ingatkan semakin padam namun nyalaanya masih ada lagi. Ramai pihak membuat
spekulasi – ada yang kata video itu benar dan tidak kurang juga yang mengatakan
video itu adalah satu penipuan untuk menjatuhkan imej Ustaz Azhar Idrus.
Jujur
saya kasihan dengan musibah yang menimpa Ustaz Azhar itu tetapi cuba
kita selidik, mengapa tiba tiba video yang mengaibkan itu boleh muncul secara
tiba tiba? Siapa dalang penyebaran video itu? Mengapa dalang tersebut tegar
mahu menyebarkan video itu kepada masyarakat? Apa tujuan sebenar dalang tersebut?
Apa
pun, kita harus ingat bahawa setiap musibah yang berlaku ke atas kita adalah
kifarah daripada Allah s.w.t. Ustaz Azhar perlu muhasabah diri tentang bala
yang Allah turunkan kepada dirinya. Dia perlu mencari tahu apa kesalahan
dirinya dan segera bertaubat serta meminta maaf kepada orang yang dia pernah
lakukan kesalahan juga kepada Allah.
Kita
lihat apabila Ustaz Azhar berceramah. Perkataan ‘bodo’ (dalam Bahasa Melayu
‘bodoh’) memang tidak pernah habis mahu keluar dari mulut beliau. Apakah orang
yang alim boleh bercakap perkara yang tidak baik seperti itu? Setahu saya
Rasulullah tidak pernah mencela orang lain ketika mengajar dan berceramah.
Adakah orang yang sering mengeluarkan perkataan yang tidak elok mempunyai
akhlak yang baik? Tepuk dada dan tanya iman.
Ketika
beliau berkahwin kali keempat pun sudah ada kontroversi yang melanda. Saya
fikir tidak perlulah saya ulas tentang kontroversi itu tetapi cukuplah jika
Ustaz Azhar sedar dan cuba
mencari tahu mengapa kontroversi seperti itu boleh muncul.
Ustaz
Azhar juga tidak adil dalam menyampaikan kebenaran. Saya tahu beliau adalah
penyokong PAS tetapi janganlah sampai membutakan mata dengan segala perkara
tidak baik yang dilakukan oleh jemaah PAS. Beliau berani mengkritik pemimpin
pemimpin UMNO yang dianggap bermasalah itu tetapi pada masa yang sama beliau
tidak mahu pula mengkritik pemimpin pemimpin PAS yang tidak kurang juga
bermasalah.
Sebagai
pendakwah yang tersohor, Ustaz Azhar perlu jujur dan berani menyampaikan
kebenaran dan kritikan sama ada mereka di pihak lawan atau di pihak kawan.
Ustaz Azhar tidak boleh memilih bulu dalam menyampaikan kebenaran kerana itu
bisa merosakkan Islam secara tidak langsung. Sebagai da’i juga Ustaz Azhar
perlu berusaha untuk menyatukan orang orang Islam yang berada di dalam UMNO
dengan orang orang Islam yang berada di dalam PAS. Bukan menyiram minyak ke
dalam api persengketaan tersebut.
Sebagai
blogger/penulis yang sayang akan agama, bangsa dan tanah airnya, saya melihat
penyebaran video seks itu mungkin satu peringatan dan kifarah kepada Ustaz
Azhar supaya menjadi seorang pendakwah yang benar benar pendakwah. Bukan
pendakwah politik atau pendakwah cari makan. Pendakwah yang berani menyampaikan
kebenaran walaupun nyawa hampir melayang.
Sabda
Nabi : sampaikanlah kebenaran walaupun sepotong ayat. Mari kita berselawat ke
atas Rasulullah : Allahummasollialamuhammad waalaalimuhammad. Oleh itu,
saya menasihati Ustaz Azhar agar lekas lekas muhasabah diri dan bertaubat
kepada Allah atas khilaf yang pernah beliau lakukan. Ingatlah, semua manusia
itu berdosa. Tidak kira kita ulamak, wali atau manusia biasa, kita semua
berdosa. Apa yang penting kita bertaubat setelah melakukan dosa dengan sebenar
benar taubat.
Kepada rakan rakan pembaca, marilah kita
menadah tangan kepada Allah supaya membongkar kebenaran siapakah yang sanggup
menyebarkan video porno itu kepada masyarakat. Moga moga Allah memberi
ketabahan kepada Ustaz Azhar dan keluarga bagi menghadapi ujian tersebut.
Ingatlah, apabila kebenaran datang, kebatilan akan gugur dengan sendirinya
Semoga UAI tabah dalam menghadapi dugaan ini...
BalasPadamSaya berharap semoga UIA tabah dan kuat dalam menghadapi ini... saya tak berani nak cakap ini adalah kifarah, siapa kita nak mengadili. Biarlah kita anggap ianya ujian bg ustaz dan keluarganya....
BalasPadamBAIK TENGOK DAN HAYATI VIDEO ILMIAH MACAM INI http://datoksirkronik.blogspot.my/2016/12/video-pilihan.html
BalasPadam