Sumber : Google |
Anugerah Meletop Era baru sahaja
melabuhkan tirainya pada minggu lepas. Tiada apa yang saya mahu tegur tentang
anugerah tersebut kecuali pemenang anugerah tidak boleh bercakap lebih daripada
lima patah perkataan. Saya tahu semua program mahu mengejar masa namun pada
saya lima patah perkataan untuk membuat ucapan bukanlah satu tindakan yang
bagus sebenarnya. Banyak pihak yang mahu dihargai oleh pemenang tidak dapat
disebut ketika menyampaikan ucapan.
Pada saya, Anugerah Meletop Era pada
tahun ini lebih bagus daripada tahun lepas. Ini mungkin kerana adanya kehadiran
Johan sebagai pengacara bersama Datuk AC Mizal, Nabil, Neelofa dan Zizan yang
mampu menggamatkan suasana dengan lawak jenakanya. Itulah kelebihan Johan yang
tidak ada pada pelawak dan pengacara lain yang ada di Malaysia ini.
Di sebalik ramai orang memperkatakan
tentang kehebatan Johan sebagai ‘teraju utama’ dalam anugerah tersebut,
kehadiran Neelofa sebagai pengacara bersama tidak lepas daripada diperkatakan
dan mendapat ulasan orang ramai. Apa yang menyedihkan, kata kata dan ulasan
yang dilemparkan kepada Neelofa hanyalah kritikan dan bersifat negatif semata
mata seolah olah Neelofa itu melakukan dosa yang sangat besar! Pelbagai perkara
yang dilakukan oleh gadis kelahiran Kelantan itu mendapat kritikan dan kecaman
daripada masyarakat terutama di media media sosial.