Selasa, 7 Jun 2022

BOSS



Antara punca seseorang pekerja boleh bertahan lama dalam sesebuah organisasi adalah kerana boss / ketua / pengurus / supervisor yang baik. 

Boss yang mempunyai sikap yang baik pasti akan disukai pekerja dan pekerja akan kekal lama dalam sesebuah syarikat.

Dapat boss yang mempunyai sikap yang buruk akan membuatkan pekerja cari kerja lain.

Aku antara orang yang kerja banyak tempat.

Setiap tempat aku kerja, aku akan dapat boss yang berbeza.

Aku pernah dapat boss yang baik dan pernah juga dapat boss yang teruk.

Walau bagaimanapun, boss adalah manusia biasa. Jadi tak terlepas dari kesalahan.

Boss yang baik pun ada perangai dia yang aku tak suka. Tapi aku boleh kekal lama sebab aku selesa bekerja dengan dia.

Boss yang mempunyai sikap yang buruk memang aku tak suka. Boss jenis ni, aku boleh bertahan kerja dengan dia, sebulan je. Lepas tu aku cabut.

Memang best kalau dapat boss yang baik.

Boss yang baik maksud aku adalah tegas tetapi boleh bertolak ansur dan memahami pekerja.

Boss yang aku tak suka adalah boss yang sikit-sikit nak marah. Tak boleh bertolak ansur dan tak mengambil berat atas kebajikan pekerja.

Alhamdulillah, aku belum pernah lagi dapat boss yang pilih kasih dan tak berlaku adil. Kawan aku pernah dapat boss macam ni.

Jadi boss memang tak mudah, tapi jadilah boss yang memahami dan bertolak ansur dengan pekerja serta mengambil berat tentang kebajikan pekerja.

Ahad, 17 April 2022

PUNCA-PUNCA SAKIT KEPALA

 PUNCA SAKIT KEPALA

 1. Tidak makan sehingga menyebabkan perut kosong. 

2. Tidak mengambil makanan yang mengandung gula. 

3. Makan dengan gelojoh dan tidak dihadam dengan sempurna. 

4. Kerap mengambil minuman bergas dan berkafein. 

5. Tekanan di tempat kerja atau belajar 

6. Kurang tidur 

7. Tekanan Darah tinggi 

8. Menggunakan komputer atau telefon pintar dalam masa yang lama. 

9. Mengalami demam dan selsema. 

10. Alahan terhadap persekitaran, bau dan cuaca. 

11. Ketidakstabilan hormon dan tanda awal haid. 

12. Tanda-tanda awal mengandung. 

Jika ada mengalami sakit kepala, silalah makan ubat atau bertemu dengan juru terapi urut berdekatan anda. 

Boleh whatsapp 011 7070 5922 untuk booking urut.