Sabtu, 25 April 2015

JIKA UMAT ISLAM BOLEH JADI SEPERTI BLOGGER HELEN ANG

Sumber : Google

Jika anda bukan penganut blog dan peminat politik yang tulen, sudah pasti anda tidak akan mengenal nama blogger berbangsa Tionghua bernama Helen Ang ini. Walaupun baru lima tahun menubuhkan blog helenang.wordpress.com, namun dia mampu untuk mencatat pageview lebih daripada lima juta! Ini adalah satu rekod yang sangat membanggakan bagi seorang penulis blog. Sebagai blogger, jujur saya katakan bahawa saya adalah peminat tegar kepada Helen Ang ini.

Timbul persoalan siapakah blogger Helen Ang ini? Mengapa blog beliau boleh dikenali sebegitu cepat? Apakah cara yang beliau gunakan untuk mempopularkan blog beliau itu? Adakah Helen Ang ini seorang politikus, jutawan, model, ataupun seorang pejuang?

Helen Ang hanyalah seorang penulis blog biasa yang menulis secara moderate tetapi menyengat! Beliau pernah bertugas sebagai wartawan di akhbar New Straits Times, The Star dan terakhir di laman portal Malaysiakini. Oleh kerana siri siri rencananya (kolum) sering melawan arus dengan sidang editorial Malaysiakini dan selera pembaca laman portal itu, kolum beliau pun dibekukan dan dihapuskan. Setelah berkhidmat selama tujuh belas tahun sebagai wartawan, akhirnya Helen Ang menjadi salah seorang penulis blog yang cukup popular di Malaysia (bagi peminat politik seperti saya)

KAHWIN LARI BUDAYA ORANG MELAYU?

Sumber : Google

Perjalanan saya dari stesen KTM UKM ke stesen KTM KL Sentral mengambil masa selama 45 minit. Itulah rutin harian saya ketika mahu pulang dari kolej ke rumah yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Baru baru ini, ketika saya pulang ke rumah dengan menaiki coach KTM yang kecil dan sempit itu, saya berpeluang untuk duduk di salah satu kerusi yang disediakan. Kebiasaanya, apabila menaiki coach yang lama itu, saya perlu berdiri memandangkan begitu ramai orang yang menaikinya di samping tempat duduk pula tidak banyak disediakan.

Dalam perjalanan untuk ke KL Sentral, coach yang saya naiki itu berhenti di stesen KTM Serdang. Sudah pastilah ramai orang yang menaikinya yang terdiri daripada pelbagai bangsa – Melayu, Cina, India, Bangladesh, Myanmar, Indonesia, Nepal dan entah apa bangsa lagi. Memandangkan kerusi banyak yang sudah penuh, kebanyakkan mereka perlu berdiri sementara menunggu kerusi itu kosong sebelum sampai ke destinasi masing masing.

Di hadapan saya, berdiri seorang lelaki muda Melayu, berusia hampir sebaya dengan saya (jika tidak silap), dalam lingkungan awal 20an. Di sebelahnya pula berdiri beberapa orang lelaki India yang berusia dalam pertengahan 30an. Mula mula lelaki muda Melayu itu menaiki KTM tersebut dengan seorang wanita (juga Melayu) yang sedang mendukung bayi, sudah pastilah anggapan saya itu adalah isterinya. Kemudian isteri lelaki Melayu itu duduk apabila diberi tempat oleh salah seorang penumpang di situ. Hanya lelaki Melayu itu sahaja yang berdiri bersama penumpang penumpang lain.

Jumaat, 24 April 2015

PERMATANG PAUH SUKAR, ROMPIN ADA HARAPAN

Sumber : Google

Selain daripada isu GST dan isu serangan Mahathir kepada Najib, tumpuan rakyat Malaysia kini terarah kepada dua PRK iaitu Parlimen Permatang Pauh dan Parlimen Rompin. PRK di Permatang Pauh diadakan ekoran penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjarakan selama lima tahun dan pengampunan beliau ditolak oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. PRK Rompin pula diadakan ekoran kematian penyandangnya, Tan Sri Jamaluddin Jarjis yang terlibat di dalam nahas helikopter baru baru ini.

Saya tidak mahu mengulas kelebihan dan kekurangan calon yang bertanding di kedua dua PRK itu sama ada di pihak BN mahupun di pihak PR. Pada saya, calon calon yang bertanding di kedua dua kerusi itu berpeluang untuk menang. Tetapi, suka untuk saya mengulas tentang kebolehan BN dalam merampas kerusi Permatang Pauh di samping mempertahankan kerusi Rompin pada PRK kali ini.

Sebagai blogger yang tidak cekap, saya tidak mahu bermain dengan angka dalam ulasan saya kali ini. Saya lebih suka mengulas dari segi pengaruh politik dan pengaruh isu nasional yang pasti akan menghambat dan menghangatkan PRK kali ini.

Khamis, 23 April 2015

SERANGAN MAHATHIR, TERGUGATKAH NAJIB?

Sumber : Google

Tidak putus putus serangan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri dan negarawan ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamed ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Terbaru, Dr. Mahathir mengatakan Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri. Sebelum ini, beliau mendesak Najib supaya meletak jawatan setelah menarik kembali sokongannya kepada Perdana Menteri itu.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa Mahathir mahu menjatuhkan Najib seperti mana yang telah beliau lakukan kepada Tun Abdullah (Pak Lah) suatu ketika dahulu. Melihat suasana di media sosial, jelas ramai orang menyokong Mahathir daripada menyokong Najib. Hanya ahli ahli UMNO sahaja yang masih berpihak kepada Najib. Ini bermakna politik berasaskan ketaksuban kepada pemimpin begitu menebal dal jiwa orang orang UMNO mengatasi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Mahathir menggunakan pelbagai cara untuk menjatuhkan Najib. Bukan sahaja melalui akhbar, blog beliau turut memainkan peranan untuk menjalankan gerakan menjatuhkan Najib itu. Pelbagai isu yang beliau bangkitkan dan pelbagai kelemahan Najib yang beliau senaraikan bagi membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa Najib memang tidak layak untuk berada di tempatnya sekarang.

Rabu, 22 April 2015

TURUN SALIB TIDAK PATUT TETAPI PERLU

Sumber : Google

Gempar seluruh Malaysia apabila penduduk yang beragama Islam di Taman Medan, Petaling Jaya Selatan, membuat demonstrasi aman membantah kewujudan gereja haram di pertempatan mereka dan mendesak agar pihak gereja menurunkan salib yang dilekatkan di dinding luar gereja itu. Perbuatan penduduk Taman Medan itu mendapat bantahan segelintir rakyat Malaysia namun tidak kurang juga yang menyokong.

Isu turunkan salib ini samalah seperti isu pegang anjing tanpa sebab yang berlaku tidak lama dahulu. Reaksi rakyat Malaysia, terutama umat Islam pelbagai, jelas umat Islam tidak bersatu dalam menangani isu agama mereka sendiri.

Memang tidak sewajarnya penduduk Taman Medan bertindak sebegitu rupa kerana boleh menjejaskan keharmonian antara agama di negara ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga telah mengatakan, kemungkinan besar penduduk yang terlibat dalam demonstrasi itu akan ditahan di bawah Akta Hasutan.

Selasa, 21 April 2015

BLOGGER : TEGURLAH DENGAN CARA YANG BAIK

Sumber : Google

Sebagai blogger, sudah pastilah (kadang kala) kita akan menggunakan pena dan blog kita untuk melahirkan rasa tidak puas hati kita kepada mana mana individu, kumpulan, pentadbiran atau anggota masyarakat yang lain. Apabila kita menghadapi masalah atau berasa teraniaya, selain daripada menggunakan laman sosial seperti Twitter dan Facebook, blog adalah satu medium untuk kita meluahkan rasa marah, kecewa dan geram itu. Itu adalah satu lumrah dalam kehidupan manusia yang terangkum dengan media sosial dan internet pada hari ini.

Apabila melahirkan rasa tidak puas hati, maka timbulah teguran atau kritikkan untuk memperbetulkan keadaan supaya perkara yang sama tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Mungkin juga teguran itu dibuat supaya orang lain tidak menerima nasib yang sama seperti kita. Pada saya, itu adalah satu perkara yang baik memandangkan penyebaran maklumat perlu diberikan kepada anggota masyarakat yang lain supaya mereka lebih berwaspada di masa hadapan.

Kalau dahulu, segala masalah hanya dipendamkan di dalam hati kerana masyarakat tidak mempunyai medium untuk meluahkan rasa hati dan menyampaikan kritikan. Tetapi, apabila kita sudah masuk ke zaman teknologi maklumat yang serba canggih ini, perkara itu tidak menjadi satu masalah lagi. Kita bebas untuk melahirkan rasa marah, kecewa, dan sedih apabila berasa diri kita dianiaya ataupun kita tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara.

Isnin, 20 April 2015

BERGURAU PERLU ADA BATAS

Sumber : Google

Sebagai seorang manusia, kita pasti akan bergurau sama ada dengan rakan rakan atau dengan ahli keluarga. Saya yakin hampir setiap hari kita bergurau. Gurauan yang baik dapat menghiburkan dan menceriakan hati yang rawan. Jangan lupa, Rasullulah juga bergurau. Ikuti kisah Rasulullah yang bergurau dengan wanita tua tentang orang tua yang tidak masuk syurga itu. Ini membuktikan gurauan diterima baik di dalam Islam.

Gurauan yang baik bukan sahaja dapat menghiburkan tetapi juga dapat mengeratkan hubungan persahabatan sekaligus hubungan silaturrahim. Tetapi, wujud juga gurauan yang tidak baik. Gurauan yang menyakitkan hati, gurauan yang memperkecilkan kelemahan orang lain dan gurauan yang bersifat menghina adalah contoh gurauan yang tidak baik. Walaupun ia masih dianggap gurauan, namun dianggap tidak baik kerana mengguris hati dan perasaan orang lain.

Masalah orang kita ialah mereka tidak pandai menjaga batasan dalam bergurau. Hampir setiap masa mereka bergurau. Ketika orang lain serius, mereka masih boleh lagi bergurau. Gurauan semacam ini memang menyakitkan hati dan tidak disukai oleh ramai orang. Kita harus ingat, ada masa wajar kita bergurau dan ada masa wajar kita serius. Bukan sepanjang masa kita bergurau dan bukan sepanjang masa kita perlu serius.

Ahad, 19 April 2015

MENGAPA SAYA TIDAK SOKONG PERHIMPUNAN JALANAN?

Sumber : Google

Sejak akhir akhir ini banyak sungguh demonstrasi jalanan dan perhimpunan di jalan raya diadakan oleh parti pembangkang antaranya #KitaLawan dan Bantah GST. Perhimpunan itu diadakan untuk melahirkan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan dan berharap kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Najib akan dapat dijatuhkan seperti mana yang berlaku di negara negara luar.

Wujud dua pendapat yang berbeza tentang perhimpunan itu. Ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang menentang. Masing masing mahu menegakkan hujah masing masing mengapa mereka menyokong dan membantah perhimpunan dan demonstrasi jalanan itu diadakan. Sebagai blogger, saya cenderung untuk membantah perhimpunan itu.

Timbul persoalan, mengapa perhimpunan itu diadakan di sekitar Sogo? Mengapa tidak dilakukan di Petaling Street misalnya? Atau mengapa tidak diadakan di negeri negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor dan Pulau Pinang? Adakah perhimpunan tersebut telah mencapai objektif yang mereka mahukan?

Sabtu, 18 April 2015

CARA MAHU TURUNKAN BACAAN GULA DALAM DARAH BAGI PENGIDAP DIEBETES

Sumber : Google

Bagi mereka yang mengidap diebetes, mesti risau kan sebab bacaan gula dalam darah tinggi bila buat pemeriksaan doktor? Kandungan gula yang tinggi dalam darah memang bahaya kepada pesakit diebetes. Bukan pesakit diebetes je, orang biasa pun bahaya kalau bacaan gula dalam darah dia terlalu tinggi. Itu bermakna anda kena kawal permakanan anda supaya anda tak kena penyakit diebetes yang merbahaya tu. 

Bila kena penyakit diebetes, secara automatik teringat akan kaki yang kena potong kan? Sebab tu, kita kena kawal pemakanan kita supaya kita terhindar daripada penyakit merbahaya tu. Kurangkan pengambilan gula secara berlebihan dalam diet kita setiap hari. Banyakkan juga minum air masak. Kurangkan minum air manis atau air bergas macam Coca Cola, Pepsi Cola, Mountain Dew dan sebagainya. 

Okeylah, bebel panjang panjang pun bukan orang nak dengar pun kan? Kahkahkah...hari ni saya nak kongsi satu cara macam mana nak turunkan bacaan gula dalam darah bagi pesakit diebetes. Nak tahu caranya??? Jeng jeng jeng...

Jumaat, 17 April 2015

PETUA CEGAH STROK SUPAYA BOLEH BASUH BAJU BERKALI KALI

Sumber : Google

Bila kita kena strok, sudah pasti tubuh badan kita jadi lemah kan? Sudah pasti juga kita terpaksa terlantar je atas katil tanpa boleh buat apa apa kerja. Kesian kan tengok orang kena strok ni. Okey, hari ni saya nak kongsikan satu petua macam mana nak cegah strok supaya kita akan kekal bertenaga dan boleh buat macam macam kerja. Petua tu ialan dengan Vivix!!! Hahaha... Vivix ni adalah satu supplement ciptaan Shaklee yang boleh mencegah orang dari kena strok. Tak percaya? Jom saya kongsikan satu testimoni yang terbaik punya. 

PAS DAN UMNO SAMA SAMA NAKAL

Sumber : Google

Lucu juga apabila ada orang PAS menunding UMNO sebagai sebuah parti yang nakal (jahat). Memang tidak dinafikan bahawa UMNO memang parti yang nakal. Pelbagai kenakalan yang dibuat UMNO terhadap negara ini sehingga membebankan rakyat. UMNO dilihat lebih banyak membuat masalah daripada menyelesaikan masalah.

Pada saya, yang salah bukan UMNO tetapi pemimpin UMNO dan penyokongnya. Mereka inilah yang acapkali membuat kenakalan sehingga menyusahkan ramai orang. Oleh kerana mereka terlalu nakal, maka rakyat menghukum mereka dalam dua pilihanraya iaitu PRU12 dan PRU13 di mana UMNO gagal mempertahankan majorit dua pertiga mereka di Parlimen dalam kedua dua pilihanraya itu.  

Masalah begitu banyak melanda UMNO sekarang. Masalah masalah itu datangnya bukan baru. Ada yang datang sejak UMNO ditubuhkan lagi tetapi berjaya ditutup oleh pemimpin pemimpin mereka supaya masalah itu tidak diketahui oleh orang ramai. Namun, oleh kerana kecanggihan teknologi pada masa kini, sedikit demi sedikit tembelang UMNO pecah. Justeru itu, UMNO mula dianggap sebagai parti tidak relevan sejak akhir akhir ini. Rakyat sudah muak dengan UMNO dan mahu menukar segera parti keramat itu dengan parti lain, Pakatan Rakyat khususnya. 

Selasa, 14 April 2015

YUSRY TIDAK BIJAK PILIH CICAK DAN PELAWAK SEBAGAI ADIWIRA

Sumber : Google

Sejujurnya saya adalah peminat filem Cicakman. Di awal kemunculan filem itu di mana Saiful Apek menjadi teraju utamanya, semangat untuk saya menonton filem tersebut sangat berkobar kobar. Ini kerana saya berasa bangga kerana Malaysia sudah ada superheronya sendiri setaraf dengan Amerika yang punya Spiderman, Batman dan Superman. Selain itu, di dalam filem tersebut ada kehadiran Aznil Haji Nawawi sebagai Professor Klon. Dahulu saya adalah peminat nombor wahid kepada Aznil tetapi sejak sikapnya yang tidak menentu semasa mengendalikan rancangan On Air, minat saya pada pengacara itu pun terkubur!

Namun saya tidak sempat menonton filem itu di pawagam kerana masa itu saya masih bersekolah. Duit pun tidak banyak untuk pergi menonton wayang jadi saya hanya menonton di rumah sahaja apabila filem itu ditayangkan di Astro.

Tatkala saya menonton filem itu, saya tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk filem mencapai tahap yang setaraf dengan Batman atau Spiderman kerana teraju utama filem itu adalah Saiful Apek! Yusry sebenarnya sudah menyongsang dalam pembikinan  filem tersebut dengan memilih seorang pelawak yang kurus kering sebagai adiwira! Belum pernah lagi mana mana pengarah besar dunia yang memilih pelawak sebagai adiwira! Tetapi itu tidak memadamkan keterujaan saya menonton filem tersebut kerana Aznil ada sebagai pengubat kepada kekecewaan itu.

SISTEM PENDIDIKAN KITA BANYAK YANG TIDAK BETUL

Sumber : Google

Saya menghormati kerajaan yang bersungguh sungguh mentransformasikan sistem pendidikan negara supaya setaraf dengan sistem pendidikan yang di luar negara. Itu satu perkara yang baik kerana dengan pendidikan sahajalah yang dapat memacu kemajuan dan kemodenan negara ini pada masa akan datang. Tanpa pendidikan yang sempurna, jangan bermimpilah negara tersebut dapat membangun dengan sempurna apatah lagi untuk mengecapi kemajuan dan pemodenan.

Walaubagaimanapun, saya melihat sistem pendidikan tidak banyak berubah berbanding dahulu dan sekarang. Pendidikan berasaskan peperiksaan masih lagi menjadi teras utama kepada dasar dasar penggubalan sistem pendidikan kebangsaan. Pada hemat saya, pendidikan berasaskan peperiksaan ini sudah tidak relevan lagi pada masa kini kerana para pelajar – tidak kira pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, dan mahasiswa institut pengajian tinggi awam dan swasta akan terus menjadi jumud!

Hal ini berlaku kerana kehidupan pelajar hanya berorientasikan kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atau kuliah sahaja. Mereka juga terkongkong dalam dunia buku teks yang disediakan oleh pihak sekolah, kolej dan universiti. Pemikiran mereka masih tidak mampu keluar dari kepompong tersebut.

Sabtu, 11 April 2015

CARA MAHU TUTUP LUKA TERKOYAK TANPA PERLU DIJAHIT

Jika kaki atau tangan kita luka besar macam terkoyak contohnya sudah pasti kita berasa sangat sakit kan? Saya memang tak dapat nak bayangkan dan tak sanggup nak bayangkan kalau kena luka terkoyak ni. Bila dah kena luka terkoyak ni, sudah pastilah kita kena pergi hospital untuk jahit luka tu. 


Sumber : Google



Tapi sebagai seorang pengedar Shaklee, saya ada satu cara macam mana nak tutup luka terkoyak tu tanpa perlu dijahit? Macam mana? Anda hanya perlu ambil produk keluaran Shaklee sahaja iaitu Herbal Blend. Tak percaya? Mari saya buktikan.

Jumaat, 10 April 2015

CARA MAHU ELAK SAKIT SENGGUGUT YANG TERUK

Sumber : Google

Kesian tau bila tengok perempuan yang kena senggugut ni. Berguling guling kat atas katil sebab nak menahan sakit tu. Saya tak tahulah macam mana sakit kena senggugut ni tapi saya pasti memang sakit. Perempuan bila kena senggugut, buat kerja apa pun tak boleh. Asyik terbaring je atas katil sepanjang hari. Pastu jangan sesekali kacau diaorang, pasti kena jerit punya! hahaha

Okeylah, sebagai seorang pengedar Shaklee, saya nak cadangkan satu produk macam mana nak elak dari kena sakit senggugut yang teruk ni. Shaklee ada sediakan satu produk untuk mengatasi masalah ini iaitu Ostematrix. Ostematrix ni adalah satu produk yang mampu untuk cegah rasa sakit masalah senggugut ni. Tak percaya? Saya ada bukti nak tunjuk pada anda. Ini buktinya...

Khamis, 9 April 2015

CARA MAHU BERHENTI MEROKOK DENGAN MUDAH

Sumber : Google

Saya sebenarnya tak suka dekat dengan orang yang merokok sebab saya bukan perokok. Saya boleh sesak nafas bila terhidu asap rokok. Sebab tu, saya cuba elakkan diri saya dari dekat dengan orang yang merokok sebab saya tak tahan dengan bau asap tu. Tapi nasib baiklah ahli keluarga saya tak ada yang merokok. Kalau ada pun seorang dua je dan diaorang hisap rokok jauh dari saya. 

Nak tanya juga ada tak dalam kalangan pembaca pembaca semua yang ada niat nak berhenti merokok tapi tak juga berhenti sebab masalah ketagihan rokok itu? Ada tak dalam kalangan pembaca semua nak ahli keluarga anda berhenti hisap rokok? Ye la, rokok ni kan membahayakan kesihatan. Jadi, eloklah kita berhenti merokok sebelum kita ditimpa pelbagai penyakit kronik macam kanser, sakit jantung, strok dan sebagainya. 

Pasti ada dalam kalangan pembaca semua tercari cari cara yang berkesan nak berhenti merokok kan? Saya ada satu cara dan ini ekslusif untuk pembaca blog ni saja (ekslusif la sangat!). Bagi anda yang tercari cari cara nak berhenti merokok tu, saya sebagai pengedar Shaklee menyarankan kepada anda supaya mengambil produk Vivix keluaran Shaklee ni. Produk ni berkesan tau nak hilangkan ketagihan merokok tu. Tak percaya? Ini buktinya...

CARA NAK KEMPISKAN PERUT BUNCIT DENGAN CEPAT

Sumber : Google


Siapa kat sini ada masalah perut buncit? Pasti anda nak kempiskan perut anda bukan? Jangan risau sebab ada produk yang boleh membantu anda untuk mengatasi masalah itu. Produk itu ialah...LECITHIN!!! Produk ini adalah satu produk keluaran Shaklee yang mempu untuk menyerap lemak dalam badan. Jika anda makan produk ni, anda bukan sahaja akan dapat mengempiskan perut anda yang buncit tu, tetapi juga boleh kuruskan badan. Tak percaya? Ini buktinya....

BILA JOHAN RAJA LAWAK SUKA KUTUK ORANG…

Sumber : Google

Jika hendak dibandingkan antara Zizan dan Johan sebagai pelawak yang diminati, saya pasti akan memilih Johan. Ini kerana penyampai radio Era itu mempunyai bakat yang besar sebagai pelawak jika hendak dibandingkan antara Zizan yang bergantung kepada rupa paras dan kontroversi semata mata. Berbeza dengan Johan, dia punya bakat menjadi seorang pelawak yang terkemuka. Tidak hairanlah dia mampu menjadi juara dalam program Maharaja Lawak Mega (bersama Zizan) beberapa kali.

Jujur saya memang tabik pada Johan di atas bakat dan kebolehan lawaknya itu. Tetapi ada perkara yang tidak saya gemari dalam lawak lawak Johan. Kutuk mengutuk dan memperlekehkan orang lain sudah menjadi perencah rasa dalam lawak lawaknya. Jarang sekali saya dengar lawak lawaknya yang tidak ada perbuatan itu. Rasa saya, tidak sah jika Johan tidak mengutuk orang dalam lawak lawaknya.

Memang dari satu sudut orang ketawa dengan lawak lawak kutukan tersebut. Orang memujinya sebagai pelawak hebat dan sejati. Tetapi tanpa dia sedari dia telah pun mendapat dosa kerana mengutuk dan memperlekehkan orang lain. Orang yang ketawa di atas lawak lawak kutukannya pun turut mendapat ‘saham’ sama. Ini kerana lawak kutukan Johan itu akan menyebabkan orang terguris hati mendengarnya.

Selasa, 7 April 2015

LELAKI GEMAR KE GYMNASIUM ADALAH GAY?



Ini adalah satu luahan pendapat di Twitter berkenaan dengan lelaki yang kerap ke gymnasium. Lelaki yang gemar ke gymnasium ini sudah tentulah mempunyai susuk tubuh yang berotot. tegap, cantik dan menarik. Sudah pastilah ramai gadis gadis comel akan tertarik dengan lelaki lelaki yang sebegini. 

Kebiasaannya, lelaki lelaki yang mempunyai tubuh yang berotot ini, gemar untuk menayangkan tubuh mereka di laman sosial seperti Intagram misalnya. Saya tidak tahu apa tujuan mereka tetapi menurut saya, mungkin mereka mahu tunjukkan hasil penat lelah mereka selama ini dan mahukan orang lain mengikuti jejak langkah mereka. 

Masakan tidak, lelaki yang mempunyai tubuh yang berotot ini sudah pastilah seorang lelaki yang sihat, kacak dan bergaya!

Isnin, 6 April 2015

ADAKAH NASIB KHAIRY JAMALUDDIN SAMA SEPERTI NASIB ANWAR IBRAHIM?

Sumber : Google

Khairy Jamaluddin (KJ) – Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Belia dan Sukan. Ramai orang kagum dengan karisma dirinya (termasuk saya). Seorang yang kacak, berani, petah berhujah, lulusan Oxford University, anak diplomat, menantu bekas Perdana Menteri, bijak, bergaya, tegap, kaya, pelakon filem, peragawan dan seribu satu pujian lagi yang dilemparkan oleh pemuja pemujanya sama ada di dalam BN (UMNO) mahupun di luar BN. Lebih menarik, ramai penyokong parti pembangkang pun kagum dengan dirinya!

Pendek kata, Khairy ini satu susuk yang cukup sempurna sebagai seorang ahli politik. Dia juga diramalkan oleh kebanyakkan orang sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia pada masa depan setaraf dengan Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli dalam parti pembangkang. Ramai orang terpesona dengan gayanya. Pembawakkan dirinya sebagai seorang pemimpin yang berkarisma dan berwibawa telah diakui oleh ramai orang.

Ya, jika diperhalusi secara mendalam Khairy memang layak untuk duduk di jawatan Perdana Menteri itu tetapi saya tidak tahu bila dan selepas siapa. Mungkin beliau akan menjadi Perdana Menteri selepas Hishamuddin Tun Hussein atau Ahmad Zahid Hamidi. Jika bintang politiknya cerah dan terang, jawatan panas itu memang ditempah untuk dirinya tetapi itu pun jika UMNO masih berkuasa di Malaysia!

PENGANTIN BERBOGEL DI MAJLIS PERKAHWINAN?



Ini adalah satu tradisi baru majlis perkahwinan di China. Pengantin dinikahkah dalam keadaan tanpa seurat benang pun di badan. Tak tahulah mana maruah diaorang ni. Senang senang je bagi orang tengok luar dan dalam diaorang tanpa rasa malu dan segan. Manusia - semakin mereka maju semakin banyak perkara perkara pelik yang mereka lakukan. Kalau perkara baik tak apa la juga, ni perkara buruk dan karut marut pula tu! Tanda tanda kiamat nak dekat la ni... 




Ahad, 5 April 2015

SEMOGA TEGAR DAPAT PEMBELAAN SEWAJARNYA



Ini adalah screenshot daripada Facebook Sinar Harian. Semoga penyanyi cilik, Tegar ini dapat pembelaan yang sewajarnya. Tak sangka pengurus dia sendiri (orang yang paling dia percaya) bukan sahaja songlap duit dia tapi juga buat serangan seksual kat budak kecil macam Tegar ni.

Kalau dah tak tahan sangat nafsu gay tu, pergilah cari gayboy yang berlambak kat Thailand tu. Yang pergi 'hentam' kat si Tegar tu nak buat apa? Dia pun masih mentah lagi. Kenal dunia pun tak penuh lagi. 

Sebab tu penting kita kena ada ilmu dan pelajaran. Tak kiralah kita penyanyi ke, pelakon ke, ahli perniagaan ke, kerani asalkan kita ada ilmu dan pelajaran. Bila ada ilmu, orang tak berani nak tipu kita atau nak memperlekehkan kita. Orang yang ada ilmu pun boleh kena tipu, inikan pula orang yang tak ada ilmu!

CADANGAN BERNAS DARIPADA ABANG MENTERI



Ini adalah screenshot daripada Facebook Sinar Harian. Saya setuju dengan cadangan Khairy Jamaluddin ni. Buat apa ada pasukan Harimau Muda kalau asyik kalah je. Setiap kali Harimau Muda pergi bertanding, mereka tak bawa kemenangan tapi kekalahan semata mata. Kalau menang pun sekali dua je. Lebih banyak kalah daripada menang!

So, lebih baik tak payah hantar diaorang main. Buat malu negara je sebab asyik kalah. Bukan negara je malu, duit pun banyak habis kat diaorang. Duit duit yang habis kat diaorang tu, lebih baik bagi kat orang miskin kat Malaysia ni. Lebih lebih lagi masa tengah GST ni. Banyak lagi orang susah tak makan. Gunakan duit tu untuk bantu mereka daripada bagi kat Harimau Muda yang tak bagi apa apa sumbangan pada negara.

Bukan nak mengutuk, tapi satu luahan perasaan. hehe. Jangan marah aaaa 

Sabtu, 4 April 2015

NAJIB WAJAR IKUT NASIHAT TUN MAHATHIR

Sumber : Google

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed telah meminta Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO bagi menyelamatkan negara dan Barisan Nasional selepas merasmikan persidangan ‘What Youth Should Know’ di Cyberjaya, Sabtu lalu. Sebagai bekas negarawan, saya melihat tindakan Mahathir itu adalah betul dan tepat.

Kepimpinan Najib yang lemah di sana sini telah menyebabkan Mahathir ‘terpaksa’ melakukan tindakan tersebut bagi menyelamatkan Malaysia dan Barisan Nasional. Najib bukan sahaja lemah, tetapi juga pelbagai skandal telah menghambat dirinya sejak sekian lama. Skandal dirinya itu sudah terjadi sebelum dia menjadi Perdana Menteri lagi. Cerita cerita buruk mengenai Rosmah Mansur telah menyebabkan bintang politik Najib menjadi malap malah bakal padam tidak lama lagi!

Bukan sahaja masalah Rosmah, masalah Altantuya, masalah pembaziran wang negara, masalah kepimpinan dalam UMNO, masalah beliau menangani parti pembangkang, masalah rasuah yang berleluasa, masalah 1MDB, masalah GST dan seribu satu masalah lagi telah menghambat Najib dan kepimpinannya sejak sekian lama. Segala masalah itu bukan sahaja memberi kesan kepada politik Najib tetapi juga masa depan UMNO dan Barisan Nasional.