Sumber : Google |
Sudah ramai blogger yang melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap
Nuffnang. Pelbagai perkara yang mereka lontarkan antaranya tentang pemberian
CPUV yang terlalu banyak tetapi mempunyai nilai yang sedikit dan banyak lagi.
Sejujurnya saya tidak ambil kisah sangat tentang Nuffnang ini memandangkan saya
sudah lama berputus asa setelah sekian lama menunggu pendapatan dari Nuffnang
tetapi sampai sekarang satu sen pun saya tidak pernah dapat.. Oleh itu, saya
hanya baca sahaja luahan hati blogger blogger yang tidak berpuas hati dengan
Nuffnang ini dan sekadar meninggalkan komentar sekali dua.
Berbalik kepada tajuk asal, saya bukanlah menulis rencana yang bersifat
kritikan ini kerana saya tidak mendapat pendapatan dari Nuffnang sebaliknya
saya mahu melontarkan rasa aneh mengapa Nuffnang saya hilang secara tiba tiba
bagai ayam disambar helang? ‘Helang’ mana pula yang sambar Nuffnang saya pada
kali ini?
Ceritanya begini. Khamis lalu penyelia program Road To Italy 2, Puan Wan
Fatihanum meminta kami semua mendaftar dengan Nuffnang untuk mengetahui jumlah pageview
dan unique visitor yang
datang singgah ke blog kita memandangkan kami berniaga produk Shaklee ini
melalui blog. Saya pada awalnya tidaklah terlalu mengambil kisah kerana saya
sudah pun ada akaun Nuffnang sejak tahun 2012 lagi.
Alhamdulillah, saya dapat masuk ke akaun saya walaupun sudah lama tidak
membukanya. Tetapi apa yang menjadi tanda tanya adalah blog saya tidak ada di
dalam itu. Maksudnya saya tidak boleh melihat unique visitor dan pageview blog saya kerana blog saya
hilang secara tiba tiba tanpa saya ketahui sebabnya. Nuffnang memberi saya
arahan supaya menambah blog dan apabila saya meletakkan url blog saya (untuk
menambah blog saya), apa yang keluar adalah blog saya sudah pun wujud? Saya
mula panik kerana saya tidak tahu apa masalah sebenarnya.
Saya cuba
tukar kata laluan untuk membuat ADD BLOG tetapi tidak berjaya apabila arahan
yang diberikan adalah blog saya sudah pun wujud dan tidak boleh ditambah lagi.
Saya cuba
membuat akaun Nuffnang baru dengan menggunakan dua email yang berlainan namun
arahan yang saya terima adalah email saya juga sudah wujud dan tidak boleh
digunakan lagi.
Saya sendiri tidak tahu apa masalahnya sehingga blog saya boleh hilang
secara tiba tiba? Setahu saya, saya tidak pernah menyentuh akaun itu sejak
sekian lama dan saya juga tidak pernah berbuat apa apa pada akaun saya. Setiap
kali saya buka akaun Nuffnang, apa yang saya buat hanyalah memerhatikan sahaja
berapa banyak wang saya dapat, itu sahaja!
Kepada pembaca entri ini, jika anda tahu apa masalah yang berlaku ini,
tolonglah beritahu kepada saya secepat mungkin. Banyak perkara yang perlu saya
buat dengan menggunakan Nuffnang ini. Wassalam…
Semoga pihak Nuffnang memberi maklum balas untuk MNH...
BalasPadammesti hantar suport tiket pada mereka.terangkan masalah anda dengan mudah mereka faham. kalau boleh jangan menggunakan bahasa sukar mereka nak faham atau tangkap..sb rata2 orang nuff mereka semua orang cina uh...tak pasti pula kala ada kaum melayu salah seorang dari mereka.
BalasPadamkalau susah cuba call mereka utk lebih penerangan details..
harap2 masalah MNH dapat diselesaikan dengan segera :)
BalasPadamSudah-sudahlah diperbodohkan oleh Nuffnang..
BalasPadam