Ahad, 6 Januari 2013

Art of Deception: Amerika, Freemason dan Zionis



PENULIS: Jerry D. Gray

PENERBIT: PTS Islamika Sendirian Berhad

Buku karangan Jerry D. Gray yang merupakan bekas perajurit Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) ini amat menarik untuk dibaca. Buku ini sebenarnya diberi oleh sahabat saya. Ketika saya membaca buku ini sedikit sebanyak hati saya diserang rasa takut. Buku ini bukanlah sebuah buku bergenre seram tetapi pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh penulis buku ini amat menggerunkan saya. Pelbagai fakta dan bukti yang logik serta benar dipaparkan dalam buku ini mengenai negara Amerika Syarikat, Freemason, Illuminati dan Zionis.

Buku ini sepatutnya dibaca oleh seluruh umat Islam di dunia. Umat Islam akan sedar akan pentingnya bersatu padu setelah membaca buku ini. Penulis buku ini telah mendedahkan begitu banyak kejahatan dan kemungkaran yang dilakukan oleh Amerika Syarikat, Freemason dan Zionis dari sebesar besar perkara hinggalah ke sekecil kecil perkara. Ada beberapa fakta tersebut amat mengejutkan saya. Apa yang dapat saya rumuskan di sini ialah, cara untuk mengatasi semua masalah ini adalah dengan cara semua umat Islam yang berada di muka bumi Allah ini bersatu padu.

Saya berharap agar pembaca blog ini dapat membeli buku yang saya baca ini. Buku ini pasti akan mengejutkan anda. Baca dan ambillah ikhtibar dari buku ini. Sesungguhnya buku ini menarik untuk dibaca oleh umat Islam yang sedang dilanda krisis perpaduan masa ini.


Memoir Khatijah Sidek: Puteri Kesatria Bangsa



PENULIS: Khatijah Sidek

PENERBIT: 

Buku ini menceritakan secara terperinci tentang perjalanan hidup penuh liku Allahyarhamah Khatijah Sidek. Beliau merupakan Ketua Wanita UMNO dan Ketua Muslimat PAS. Sepanjang perjalanan beliau dalam UMNO dan PAS beliau telah melalui pelbagai cabaran. Akibat kelantangan beliau bersuara untuk meningkatkan taraf wanita dalam kedua dua parti itu, beliau telah dipercat daripada menjadi ahli UMNO dan PAS.

Khatijah Sidek merupakan seorang wanita yang cekal dan berani. Beliau telah berjuang dengan bersungguh sungguh dalam mencapai kemerdekaan di Malaysia dan di Indonesia namun sayangnya beliau tidak pernah dihargai. Jasa beliau yang besar itu telah dilupakan sehingga ramai rakyat Malaysia pada hari ini tidak mengenal tokoh wanita yang hebat ini kerana namanya agak kurang ditulis dalam lipatan buku buku sejarah kemerdekaan negara.

Beliau tidak pernah menerima sebarang penghargaan dari perjuangan beliau. Buku ini memang menarik untuk dibaca bagi kaum wanita. Walaupun buku ini sesuai dibaca oleh pembaca wanita namun pembaca lelaki juga boleh membaca buku ini untuk menambah pengetahuan. Kita dapat merasai perjalanan hidup Khatijah Sidek yang penuh berliku ini dan mengambil iktibar serta pengajaran dari kisah hidup beliau.