Sumber : Google |
Masalah kulit kering adalah kulit terasa kaku atau
tegang serta tertarik selepas mandi, berenang atau berendam. Kulit kering juga
memperlihatkan kerutan dan berlaku dehidrasi serta seringkali berasa gatal dan
bertambah gatal apabila menggaru secara berulang ulang kali. Mereka yang
menghadapi masalah kulit kering ini akan mengalami masalah pecah pecah pada
bahagian kulit, kulit bersisik, mengelupas dan mengakibatkan pendarahan ringan.
Saya yakin dan percaya anda pasti berasa tidak selesa
apabila masalah ini terjadi kepada anda. Saya juga yakin sudah pasti anda akan
mencari jalan penyelesaian terbaik bagi masalah ini. Jangan khuatir kerana saya
akan membantu anda untuk mengesan punca puncanya sekaligus mencari jalan
penyelesaiannya.
Punca punca kulit kering
Antara punca masalah ini terjadi adalah kerana kita
mandi terlalu lama, menggunakan sabun terlalu banyak, mengelap badan dengan terlalu
kasar, berendam di dalam tab mandi terlalu lama dan tidak menggunakan sabun
yang sesuai. Sepatutnya, bagi mengatasi masalah ini, anda perlu menggunakan
sabun berpelembab (gentle moisturizing soap atau cleanser).
Selain itu, kulit kita selalu terdedah kepada udara
kering dan selalu terdedah kepada penghawa dingin. Jika kulit kita terdedah
kepada penghawa dingin dan sinar ultraviolet, risiko kita untuk mendapat
masalah ini amat tinggi. Kulit juga boleh menjadi kering jika anda selalu
merokok, kurang tidur, selalu tertekan, kurang bersenam dan sebagainya.
Jika anda menghidap penyakit seperti psoriasis, ekszema,
masalah kekurangan hormon tiroid, kekurangan zat, diebetes dan lain lain, anda
juga mudah untuk mendapat masalah ini. Selanjutnya, apabila usia meningkat,
proses penuaan kulit akan berlaku. Perubahan fisiologi tubuh seperti perubahan hormon
(contoh :monopose) boleh mengakibatkan kulit menjadi kering.
Langkah langkah pencegahan kulit kering
Setelah membuat banyak pembacaan, antara langkah
pencegahan yang boleh diambil adalah sentiasa menggunakan pelembab pada kulit,
minum banyak air, banyak mengambil buah buahan yang kaya dengan vitamin C,
selalu bersenam, mendapat tidur yang cukup, dan jangan sesekali merokok.
Shaklee ada jalan penyelesaiannya.
Sebagai seorang pengedar Shaklee, saya sarankan
kepada anda yang mengalami masalah ini supaya mengambil produk Collagen
Powder Shaklee. Di dalam produk ini mengandungi kolagen yang tulen,
berkualiti tinggi dan diekstrak dari sisik ikan merah. Perlu diingatkan bahawa
ikan merah adalah sumber kolagen terbaik kerana daya ketahanannya.
Perlu diingatkan juga kolagen adalah sejenis protein
yang menyumbang kepada kulit yang sihat dan cantik. Oleh itu, produk ini memang
amat sesuai untuk anda yang mengalami masalah kulit kering ini. Tidak guna kita
ada duit yang banyak tetapi kita terpaksa menanggung derita mengidap masalah
kulit kering ini – terpaksa menggaru garu kulit kita yang gatal gatal itu
sehingga berdarah darah. Oleh itu, apa tunggu lagi? Dapatkan produk ini
sekarang juga!!!
Jika anda mahu mendapatkan produk ini, anda boleh
menghubungi saya melalui :
Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Shaklee Independent Distributor
ID : 1171450
Sms/whatsapp/wechat/telegram : 012 9772806
PM FB : MNH Sastera Melayu
Pengedar Shaklee Kampung Baru, Kuala Lumpur, Keramat,
Bangi (Seksyen 14, Teras Jernang sahaja) dan seluruh Malaysia.
ooo baru tahu kalau mkn collagen boleh lembapkan kulit... thanks info :)
BalasPadamselalu mandi tak lama minum air banyak tapi kulit bersisik gak geram uh..
BalasPadamkulit kering tak selesa nak keluar kemana-mana uh..tak best sungguh
BalasPadam