Cakap cakap politik mengatakan Datuk Seri Najib Tun
Razak akan menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Presiden UMNO dan Perdana
Menteri Malaysia setelah
penggal ini tamat maksudnya selepas PRU14, Malaysia akan dipimpin oleh Perdana
Menteri yang baru. Setakat mana kebenaran khabar angin itu tidak dapat saya
pastikan namun apa yang penting sekarang, sekiranya benar Najib akan melepaskan
pucuk pimpinan negara, siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri selepas
beliau?
Calon calon yang berwibawa itu ada namun saya yakin
pelbagai halangan yang mesti ditempuhi oleh calon calon berwibawa itu untuk
sampai ke singgahsana kuasa tersebut. Ini bukan satu perkara yang mudah untuk
menjadi seorang Perdana Menteri.
Oleh itu, sebagai penulis blog dan pemerhati politik,
saya melihat beberapa orang tokoh tokoh politik yang berpotensi untuk menjadi
PM bagi menggantikan Najib. Mereka mereka ini adalah calon calon yang mempunyai
potensi yang besar untuk menerajui kepimpinan negara selepas ini. Namun begitu,
sudah pasti mereka perlu menempuhi pelbagai halangan untuk menjadi PM. Di sini
kita mahu melihat siapakah calon calon tersebut, apa potensinya dan apakah
halangan yang akan mereka tempuhi.
Muhyiddin : Sindrom TPM dan sudah letih.
Dalam hieraki kepimpinan UMNO, Muhyiddinlah orang
yang paling layak bagi menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri sementelahan
beliau adalah Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri (TPM). Namun,
sindrom TPM sentiasa menghantui hidup beliau sejak memegang jawatan itu. Perlu
diingatkan bahawa bukan semua TPM dapat menjadi PM.
Bermula dengan Tun Dr. Ismail, Tun Musa Hitam, Tun
Ghaffar Baba dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bekas bekas TPM yang gagal
menjadi PM sama ada kerana mereka meninggal dunia atau tersingkir dari hieraki
kepimpinan UMNO. Sindrom inilah yang mengganggu Muhyiddin selama ini. Beliau
begitu khuatir adakah beliau yang akan menjadi TPM seterusnya yang tidak dapat
menjadi PM?
Ketika era Tun Abdullah mentadbir negara, Muhyiddin
adalah satu satunya pemimpin UMNO yang berani mendesak
Pak Lah supaya meletak jawatan di atas kegagalan Pak Lah mendapat
majoriti dua pertiga di dalam parlimen ketika PRU12. Ramai orang bertanya,
mengapa beliau tidak melakukan perkara yang sama kepada Najib? Menurut Tun
Mahathir, Muhyiddin sudah ‘letih’ untuk berbuat sedemikian dan tidak mahu
dianggap sebagai tidak boleh bekerjasama dengan semua PM.
Jadi, tidak mustahil dengan dua faktor ini menyebabkan Muhyiddin adalah TPM seterusnya yang gagal untuk menjadi PM walaupun pada hakikatnya beliau adalah calon yang paling layak memandangkan beliau berada di kedudukan paling hampir untuk jawatan PM itu.
Hishamuddin : Lemah tetapi berpeluang.
Hishamuddin adalah calon calon yang disebut sebagai
pengganti memandangkan beliau adalah sepupu kepada Najib tetapi beliau bukanlah
calon kegemaran ramai untuk menduduki jawatan itu. Beliau seorang pemimpin yang
lemah dan mungkin sama lemah dengan Najib. Tidak hairanlah beliau digelar
sebagai ‘Menteri Amaran’ tatkala beliau memegang jawatan Menteri Dalam Negeri
dahulu.
Pencerobohan pengganas di Lahad Datu tidak lama
dahulu jelas menunjukkan beliau sebagai seorang pemimpin yang lemah. Ketika
tragedi pesawat MH370 itu pun beliau lebih banyak bertindak sebagai ‘Menteri
Penafian’ berbanding cuba mencari jalan penyelesaian yang kukuh. Tidak ada kejutan yang boleh dibawa oleh beliau sekiranya beliau
menggantikan Najib nanti.
Ketika perebutan jawatan Naib Presiden UMNO pun
beliau hampir tewas di tangan Datuk Mukhriz Tun Mahathir. Cakap cakap politik
mengatakan Najib membantu beliau untuk mendapat jawatan itu dengan cara
mengarahkan semua bahagian UMNO di Pahang agar tidak mengundi Mukhriz. Setakat
mana khabar angin itu benar, tidak dapat saya pastikan.
Jika beliau jadi PM nanti, tidak mustahil yang beliau akan meneruskan dasar dasar Najib. Tidak ada pembaharuan yang boleh beliau bawa sebagai seorang pemimpin yang dinamis dan berkaliber.
Anwar Ibrahim : Sudah lama kempunan!
Sejak tahun 1998 lagi, Anwar sudah kempunan untuk
menjadi PM. Namun harapan itu kian cerah apabila berlaku tsunami politik pada
tahun 2008 di mana Pakatan Rakyat mendapat mandat yang besar daripada rakyat di
Parlimen dan merampas lima buah negeri. Anwar mampu menjadi PM sekiranya Pakatan Rakyat mendapat majoriti dua
pertiga di Dewan Rakyat pada PRU14 nanti.
Walaubagaimanapun, Anwar mempunyai banyak masalah
peribadi untuk menjawat jawatan tersebut. Pelbagai kes yang dihadapi oleh
beliau seperti kes liwatnya bersama Saiful Bukhari itu menyebabkan beliau sukar
diterima sebahagian rakyat untuk menjadi PM. Itu tidak termasuk dengan kes kes
yang lain seperti kes pelacur China,
kes menjadi agen Yahudi dan banyak lagi. Namun, semuanya terletak di tangan
Allah dan di tangan rakyat jua. Seandainya Allah dan rakyat mahukan beliau
sebagai PM, kita tidak boleh berbuat apa apa.
Haji Hadi : Mampukah negara Islam dan Hudud
terlaksana?
Haji Hadi juga berpotensi untuk menjadi PM walaupun
rakan rakannya dalam PR seolah olah tidak bersetuju akan hal itu. Kebanyakkan
mereka mahukan Anwar sebagai PM. Jika beliau menjadi PM, mampukah negara Islam
dan hukum Hudud terlaksana di bumi Malaysia ini? Tahun 80an dahulu
beliau mengatakan sesiapa yang tidak melaksanakan hukum Hudud, akan jatuh
menjadi kafir!
Jadi, jika beliau menjadi PM nanti, mampukah beliau
melaksakan agenda negara Islam dan hukum Hudud yang selama ini menjadi buah
mulut pemimpin pemimpin PAS? Walaupun rakan rakan PR tidak mahu beliau menjadi
PM, namun penyokong penyokong beliau di dalam PAS tetap mahukan beliau menjadi
PM suatu hari nanti. Mampukah impian penyokong PAS itu menjadi kenyataan? Sama
sama kita nantikan.
Lim Kit Siang : Perdana Menteri bukan Melayu pertama?
Cita cita pemimpin DAP untuk menjadi PM bukan Islam
dan bukan Melayu pertama tidak lagi rahsia. Sudah acapkali pemimpin pemimpin
DAP antaranya mendiang Karpal Singh mengatakan sesiapa sahaja di Malaysia
boleh menjadi PM walaupun dia bukan Melayu dan bukan Islam kerana tidak ada
dalam Perlembagaan Persekutuan mengatakan bahawa seseorang itu mesti Melayu dan
Islam untuk menjadi PM.
Sekiranya PR menang, Lim Kit Siang adalah antara
calon calon yang disebut sebagai bakal PM. Jika begitu, beliau adalah PM bukan
Melayu pertama di negara ini. Ini berdasarkan bilangan kerusi yang dimenangi
oleh DAP lebih banyak dari PAS dan PKR di Parlimen. Walaubagaimanapun, bukan
mudah untuk beliau menjadi PM kerana DAP itu sendiri terkenal dengan sifat
chauvinis kaum Cina dan dasar Malaysian Malaysia. Saya yakin ramai
orang Melayu akan menolak pelantikan beliau sebagai PM nanti.
Orang Melayu khuatir dengan kedudukan Islam dan
Melayu akan tergugat sekiranya beliau menjadi PM. Oleh sebab itulah,
beliau bukanlah calon kegemaran ramai untuk menjadi PM. Tidak mustahil akan
berlaku perkara yang tidak baik di negara ini jika beliau jadi PM kelak.
Inilah calon calon yang mempunyai potensi besar untuk
menjadi PM selepas Najib. Namun, ini hanyalah satu tekaan kosong dari saya
sahaja. Apa pun, semuanya terletak pada Allah dan pengundi. Jika bintang
politik mereka cerah, dapatlah mereka menjadi PM. Sekiranya malap, mereka hanya
bisa memerhati sahaja orang lain duduk di singgahsana kuasa itu.
Walaubagaimanapun, terdapat calon calon berpotensi
lain yang layak menggantikan Najib antaranya Ahmad Zahid Hamidi, Khairy
Jamaluddin, Tengku Razaliegh Hamzah, Mukhriz Tun Mahathir, Wan Azizah Wan
Ismail, Lim Guan Eng dan Azmin Ali. Namun, potensi mereka itu agak jauh lagi
dan barangkali potensi tersebut akan hilang dalam jangka masa sepuluh ke dua
puluh tahun akan datang.
Ingat, di dalam politik semuanya boleh berlaku. Bak
kata Sayuti Omar : jangan percaya dengan sumpah dan janji orang politik
tetapi jangan rasa mustahil dengan tindakan orang politik. Politik ini
penuh dengan warna warni dan hanya orang yang cekal sahaja mampu bertahan
dengan ‘sepak terajang’ dunia politik yang penuh dengan pancaroba ini.
Sama sama kita saksikan, adakah tekaan saya dalam blog
ini akan menjadi kenyataan? Siapakah yang akan menggantikan Najib selepas ini? Sama sama kita nantikan jawapannya.
ya Allah selamatkan Malaysia kita..huhu
BalasPadamEh, betul ke nie? Zumal pun nak masuk calon la... Hehe :)
BalasPadamAlamak, janganlah bagi kat bukan Islam hancuss nanti.sebab depa taktau hukum-hakam Islam.
BalasPadamAnuar tu...ermmmm..wallua'lam.
Takut juga bila dengar die 'gang' dengan Israel..tapi, taktau lah sejauh mana kebenarannya.
Sejujurnya saya pun tak nak kalau orang bukan Islam jadi PM. Tapi kalau dah pengundi dah suka, kita tak boleh buat apa apa.
Padam