Jumaat, 28 November 2014

PEMBENCI AKTA HASUTAN ADALAH PENDEK AKAL!


Sumber : Google

Saya tidak hairan jika chauvinis membenci Akta Hasutan yang mahu dikekalkan oleh Najib yang diumumkan  dalam PAU2014 baru baru ini kerana akta itu bisa menyekat mereka dari terus bermaharajalela menghina Melayu dan Islam tetapi saya berasa janggal apabila orang Islam sendiri yang bencikan akta tersebut.

Saya tidak nampak apa salah akta itu kepada orang Islam sehingga dibenci sebegitu rupa. Jelas akta itu mahu dibuat penambahbaikkan bagi melindungi kepentingan Islam, Melayu dan Malaysia tetapi pelik bin aneh bila orang Islam sendiri yang tidak suka akan akta itu. Sepatutnya mereka bersyukur kerana akta itu mahu dikekalkan bagi melindungi agama dan bangsa supaya tidak ada mana mana individu lagi yang berani mencetuskan sensitiviti agama dan kaum di negara ini.

Saya melihat penghinaan terhadap agama Islam dan orang Melayu semakin menjadi jadi di media media sosial seperti Facebook dan blog. Mengekalkan dan membuat penambahbaikkan pada akta ini sangat tepat pada masanya untuk melindungi semua itu.


Saya ingin bertanya kepada orang Islam yang bencikan akta itu dikekalkan, adakah jika Islam dihina mereka mahu mempertahankannya dengan bersungguh sungguh? Apa tindakan mereka jika Islam dan Allah dihina? Saya yakin mereka tidak akan berbuat apa apa. Mereka hanya pandai mengkritik tetapi mereka sendiri tidak ada satu usaha pun untuk mempertahankan Islam yang dihina oleh chauvinis itu. Bukankah mempertahankan agama itu satu kewajipan bagi orang Islam? Bukankah mempertahankan Islam itu salah satu dari maqasid syariah?

Inilah akibatnya apabila memandang sesuatu perkara dengan pandangan negatif sahaja tanpa menggunakan akal dan iman. Mereka hanya nampak keburukan kerana pemikiran mereka telah dikuasai dendam dan ketaksuban yang sangat dahsyat terhadap kuasa politik. Oleh itu, mereka tidak nampak kebaikan akta ini dari segi menjaga keharmonian agama, bangsa dan tanah air sebaliknya mereka nampak akta ini menyekat kebebasan bersuara dan kebebasan  mereka untuk membuat onar di negara ini.

Jika akta ini dihapuskan, kemudian chauvinis terus bermaharajalela menghina Islam dan Melayu, apa tindakan pembenci pembenci akta ini? Sekiranya negara ini huru hara seperti mana yang terjadi semasa peristiwa 13 Mei 1969, apa tindakan pembenci pembenci akta ini? Mahukah mereka bertanggungjawab di atas semua kerosakkan yang berlaku.

Kita hanya pandai bercakap tetapi kita sendiri tidak pandai melaksanakannya. Kita juga tidak pula memberi idea bagaimana untuk mengatasi masalah penghinaan Islam dan Melayu itu. Inilah ciri ciri manusia yang bukan sahaja pendek akal tetapi juga buta hati dan terlalu taksub kepada kuasa politik sehingga membelakangkan kepentingan agama.

Jika anda tidak mahu ditahan di bawah akta ini, pastikan anda tidak menghina mana mana agama dan bangsa orang lain. Pastikan juga anda tidak menghasut orang ramai sehingga menggugat keamanan dan keharmonian negara. Jika tidak, bersedialah untuk ditahan di bawah akta ini.

Saya sedih apabila orang Islam sendiri yang tega membiarkan Islam dihina dengan sewenang wenangnya oleh puak puak chauvinis ini. Semoga Allah melindungi anda semua ddi akhirat nanti kerana telah membiarkan agama Allah dihina kerana ketaksuban anda yang sangat dahsyat kepada kuasa politik sehingga membelakangkan agama yang suci ini.

Walau apa pun, saya mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Najib kerana sudi mengekalkan Akta Hasutan ini. Najib tidak perlu gentar untuk mengekalkan akta ini kerana anda telah lakukan satu perkara yang betul. Mempertahankan Islam adalah satu perkara yang wajar dan sangat dituntut. Ingatlah, jika kita menjaga agama Allah, Allah pasti akan menjaga kita. Wallahualam

2 ulasan:

  1. semoga parlimen mengubal semula semua akta.. banyak kes yg berlaku skrg

    BalasPadam
  2. Penbenci tulah orang pertama nak menghasut kalau akta nie dimansuhkan...

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.