Ahad, 9 November 2014

NUFFNANG : JANGAN MENGARUT, NANTI DICARUT


nuffnang : jangan mengarut, nanti dicarut
Sumber : Google


          Sudah ramai blogger yang melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Nuffnang. Pelbagai perkara yang mereka lontarkan antaranya tentang pemberian CPUV yang terlalu banyak tetapi mempunyai nilai yang sedikit dan banyak lagi. Sejujurnya saya tidak ambil kisah sangat tentang Nuffnang ini memandangkan saya sudah lama berputus asa setelah sekian lama menunggu pendapatan dari Nuffnang tetapi sampai sekarang satu sen pun saya tidak pernah dapat.. Oleh itu, saya hanya baca sahaja luahan hati blogger blogger yang tidak berpuas hati dengan Nuffnang ini dan sekadar meninggalkan komentar sekali dua.

        Berbalik kepada tajuk asal, saya bukanlah menulis rencana yang bersifat kritikan ini kerana saya tidak mendapat pendapatan dari Nuffnang sebaliknya saya mahu melontarkan rasa aneh mengapa Nuffnang saya hilang secara tiba tiba bagai ayam disambar helang? ‘Helang’ mana pula yang sambar Nuffnang saya pada kali ini?

        Ceritanya begini. Khamis lalu penyelia program Road To Italy 2, Puan Wan Fatihanum meminta kami semua mendaftar dengan Nuffnang untuk mengetahui jumlah pageview dan unique visitor  yang datang singgah ke blog kita memandangkan kami berniaga produk Shaklee ini melalui blog. Saya pada awalnya tidaklah terlalu mengambil kisah kerana saya sudah pun ada akaun Nuffnang sejak tahun 2012 lagi.


      Alhamdulillah, saya dapat masuk ke akaun saya walaupun sudah lama tidak membukanya. Tetapi apa yang menjadi tanda tanya adalah blog saya tidak ada di dalam itu. Maksudnya saya tidak boleh melihat unique visitor  dan pageview blog saya kerana blog saya hilang secara tiba tiba tanpa saya ketahui sebabnya. Nuffnang memberi saya arahan supaya menambah blog dan apabila saya meletakkan url blog saya (untuk menambah blog saya), apa yang keluar adalah blog saya sudah pun wujud? Saya mula panik kerana saya tidak tahu apa masalah sebenarnya.

       Saya cuba tukar kata laluan untuk membuat ADD BLOG tetapi tidak berjaya apabila arahan yang diberikan adalah blog saya sudah pun wujud dan tidak boleh ditambah lagi. Saya cuba membuat akaun Nuffnang baru dengan menggunakan dua email yang berlainan namun arahan yang saya terima adalah email saya juga sudah wujud dan tidak boleh digunakan lagi.

         Saya sendiri tidak tahu apa masalahnya sehingga blog saya boleh hilang secara tiba tiba? Setahu saya, saya tidak pernah menyentuh akaun itu sejak sekian lama dan saya juga tidak pernah berbuat apa apa pada akaun saya. Setiap kali saya buka akaun Nuffnang, apa yang saya buat hanyalah memerhatikan sahaja berapa banyak wang saya dapat, itu sahaja!

        Jadi, saya berharap pihak Nuffnang dapat memberi penjelasan lanjut mengapa jadi begitu. Cukup cukuplah ramai blogger yang sudah tidak berpuas hati dengan Nuffnang kerana isu pemberian iklan yang entah apa apa. Masakan blogger picisan seperti saya dan tidak pernah mendapat sebarang pendapatan pun Nuffnang mahu lakukan perkara yang karut marut juga? Jangan sampai Nuffnang ‘dicarutkan’ oleh ramai blogger.


         Kepada pembaca entri ini, jika anda tahu apa masalah yang berlaku ini, tolonglah beritahu kepada saya secepat mungkin. Banyak perkara yang perlu saya buat dengan menggunakan Nuffnang ini. Wassalam…


4 ulasan:

  1. Semoga pihak Nuffnang memberi maklum balas untuk MNH...

    BalasPadam
  2. mesti hantar suport tiket pada mereka.terangkan masalah anda dengan mudah mereka faham. kalau boleh jangan menggunakan bahasa sukar mereka nak faham atau tangkap..sb rata2 orang nuff mereka semua orang cina uh...tak pasti pula kala ada kaum melayu salah seorang dari mereka.

    kalau susah cuba call mereka utk lebih penerangan details..

    BalasPadam
  3. harap2 masalah MNH dapat diselesaikan dengan segera :)

    BalasPadam
  4. Sudah-sudahlah diperbodohkan oleh Nuffnang..

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.