Sumber : Google |
Tahukah anda apakah itu hormon PMS? Hormon
PMS adalah singkatan kepada premenstrual syndrome (sindrom prahaid)
iaitu hormon yang dirembeskan oleh tubuh seorang perempuan kira kira dua minggu
sebelum bermulanya kedatangan haid mereka. Kebanyakkan perempuan (gadis remaja
dan wanita muda) akan mengalami perubahan sikap dan tubuh badan sebelum
kedatangan haid.
Tanda tanda perempuan yang sedang mengalami PMS
Antara tanda seseorang perempuan yang
mengalami PMS adalah berlaku perubahan emosi secara mendadak. Mereka akan
berasa cepat marah atau menangis walaupun kepada perkara yang remeh temeh
sahaja. Kedua, mereka suka bersendirian dan tidak suka bergaul dengan orang
lain. Beberapa hari sebelum kedatangan haid, mereka memerlukan ruang
untuk diri mereka sendiri di mana mereka mereka lebih suka duduk di dalam bilik
selama beberapa jam daripada keluar bersama kawan kawan.
Ketiga, mereka selalu merasakan diri
mereka gemuk dan hodoh walaupun hakikatnya tidaklah begitu. Mereka juga sering
berasa sakit pada bahagian otot dan payudara mereka sensitif terhadap sebarang
sentuhan. Keempat, mereka mula mengidam untuk makan makanan tertentu dan tidak
menghiraukan makanan yang lain. Mereka cenderung untuk makan makanan yang manis
dan masam sahaja.
Kelima, tahap penumpuan mereka menjadi
lemah dan menyebabkan mereka menjadi cemerkap serta mengambil masa yang lama
untuk menyiapkan sesuatu kerja berbanding kebiasannya.
Punca punca berlakunya PMS
Antara punca berlakunya PMS adalah
berlakunya ketidakseimbangan hormon. Dalam keadaan ini, hormon estrogen mereka
akan meningkat manakalan hormon progesterone mereka akan menurun. Hormon progesterone
adalah hormon yang paling penting untuk seorang perempuan.
Kedua, berlaku ketidakseimbangan bahan
kimia di dalam otak. Wanita yang mengalami PMS mempunyai tahap serotonin yang
rendah dan ini menyebabkan perubahan emosi dan menjadi pemarah secara tiba
tiba. Ketiga, mereka kurang mengambil vitamin dan makanan tambahan. Jika mereka
kurang mengambil vitamin A dan vitamin B di dalam diet mereka, mereka boleh
mengalami PMS kerana vitamin vitamin ini mampu menolong mengekalkan
keseimbangan di dalam otak.
Keempat, jika mereka kerap tertekan atau
stress, kurang tidur, serta berlaku masalah emosi juga boleh menyebabkan
berlakunya PMS.
Cara mengurangkan PMS
Menurut pembacaan saya, antara cara
seorang perempuan itu mahu mengurangkan sindrom ini adalah mereka boleh cuba untuk
menulis diari dan luahkan segala perasaan mereka di dalam diari tersebut. Jika
mereka seorang blogger yang berbentuk diari, ini lebih bagus. Ceritakan sebanyak
banyaknya luahan hati mereka di dalam blog supaya orang boleh baca dan mereka
boleh beri pendapat,
Kedua, mereka juga perlu mengubah diet
mereka di mana mereka perlu banyak mengambil sayur sayuran dan buah buahan yang
mengandungi banyak vitamin B.
Ketiga, mereka juga perlu bersenam dengan
cara banyakkan berjalan, berlari atau berenang. Mereka boleh mengajak rakan
rakan dan ahli keluarga supaya aktiviti senaman ini akan menjadi lebih seronok.
Kelima, mereka boleh mencuba untuk
mengambil makanan tambahan atau vitamin untuk mengurangkan masalah ini. Sebagai
seorang blogger pengedar Shaklee, saya sarankan anda supaya mengambil Omega
Guard yang merupakan satu produk keluaran Shaklee yang dibuat daripada minyak
ikan terbaik. Menurut beberapa kajian, minyak ikan mampu untuk menurunkan hormon
PMS yang berlaku sebelum kedatangan haid, Oleh itu, saya sarankan anda untuk
mengambil produk ini supaya anda tidak lagi marah marah, menangis atau
mengalami perubahan emosi secara mendadak apabila anda mengalami kedatangan
haid.
Jika anda mahu mendapatkan produk ini,
anda boleh mendapatkannya melalui saya dengan cara menghubungi saya seperti di
bawah :
Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Shaklee Independent Distributor
ID : 1171450
Sms/whatsapp/telegram : 012 9772806
PM FB : MNH Sastera Melayu
Pengedar Shaklee Kampung Baru, Kuala
Lumpur, Keramat, Bangi (Seksyen 14, Teras Jernang sahaja) dan seluruh Malaysia.
Terbaik la Omega Guard nie ^_^
BalasPadamRugi sape tak grab Omega di musim promosi ni kan?
BalasPadamingat GLA ja boleh membantu PMS.. Omega Guard pun boleh ya :D
BalasPadam:: anmashealthcare.blogspot.com ::
simptom pms mmg dasyat lah. haha.. org prmpuan tak sedar pn dia alami simptom tu.. sampailah dah dtg haid.. baru sdar..
BalasPadamMy Recent Post : CARA RAWAT JERAWAT BATU DARI LUAR DAN DALAM
happy lah org lelaki kalau dpt hilangkan PMS perempuan dgn Shaklee jee.... suami suami sila beli kat isteri hehehehe....
BalasPadamselalu diam kalau bebel sorang sahaja dema selalu time tak akan layan mood saya heee
BalasPadam