Rabu, 5 November 2014

CARA IBU HAMIL MEMASTIKAN KANDUNGAN MEREKA KEKAL SIHAT?


Sumber : Google

Ibu mana yang tidak gembira apabila mendapat tahu yang dia hamil bukan? Cahaya mata adalah satu anugerah dari Allah dan pengikat kasih sayang antara suami dan isteri. Bukan semua pasangan boleh mempunyai cahaya mata. Cahaya mata ini adalah rezeki dan amanah dari Allah yang perlu dijaga dan dipelihara dengan baik oleh setiap ibu bapa. Sabda Nabi : bayi ini umpama sehelai kain putih yang bersih, ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani.

Penting sebenarnya seseorang ibu itu menjaga dengan baik janin yang dikandungnya supaya kekal sihat dan selamat. Sebagai seorang penulis, blogger dan pengedar Shaklee, saya mahu berikan sedikit petua kepada ibu ibu hamil untuk memastikan agar janin yang ada dalam kandungan mereka kekal sihat dan bertenaga.

Bagaimana mahu memastikan janin kekal sihat? 

Sebenarnya cara terbaik untuk menjaga kandungan anda kekal sihat adalah ketika di awal kandungan atau kita sebut sebagai ‘prenatal’. Jika anda merasakan diri anda hamil, segeralah berjumpa dengan doktor untuk membuat temujanji. Anda perlu membuat pemeriksaan doktor semasa peringkat pertama kehamilan iaitu 6 hingga 8 minggu pertama kehamilan anda. Tujuan utama membuat pemeriksaan doktor ini adalah untuk mengetahui usia kandungan, menjangka tarikh kelahiran, melakukan pemeriksaan berat badan, tekanan darah, perkembangan kandungan, menjalani ujian darah, air kencing dan melakukan imbasan ultrasound.

Kedua, anda perlu mengambil makanan yang berkhasiat untuk memastikan kandungan anda benar benar sihat. Pastikan anda mengambil lebih makanan yang mampunyai kalsium, zat besi, dan asid folik. Kesemua nutrisi ini sangat penting bukan sahaja memastikan kandungan anda sihat tetapi anda juga akan sihat.  

Ketiga, anda mesti minum banyak air masak. Semasa hamil, perjalanan darah meningkat secara mendadak. Oleh itu, jika anda minum banyak air, ini dapat membantu anda mengelakkan masalah dehidratasi dan sembelit.

Keempat, ibu yang hamil juga mesti bersenam. Jika anda bersenam, anda dapat mengelakkan dari mendapat berat badan berlebihan, mengurangkan masalah semasa hamil seperti kesakitan tulang belakang, bengkak dan sembelit. Senaman juga dapat menambahkan tenaga, stamina, memudahkan proses kelahiran dan mengurangkan masa pemulihan. Saya sarankan anda supaya membuat aktiviti aktiviti fizikal yang sederhana selama 30 minit untuk terus kekal sihat. Dapatkan nasihat doktor aktiviti aktiviti fizikal mana yang sesuai untuk anda lakukan. 

Kelima, ibu hamil mesti mendapatkan tidur yang cukup. Apabila anda hamil, anda akan berasa cepat letih daripada biasa kerana kandungan anda tersebut. Saya faham jika anda berasa kurang selesa untuk tidur lebih lebih lagi apabila kandungan anda membesar. Saya sarankan anda untuk tidur dengan cara berbaring di sebelah kanan atau kiri untuk membuatkan tidur anda lebih selesa di samping mengurangkan tekanan pada tulang belakang anda. Selain itu, anda juga boleh meletakkan bantal di tengah tengah kaki, belakang dan di bawah perut untuk mendapatkan kedudukan tidur yang lebih selesa.

Keenam, anda mesti menjauhi perkara perkara yang membahayakan kesihatan kandungan dan diri anda sendiri seperti alkohol, ubat ubatan yang memberi tindak balas, rokok, kafien, dan makanan makanan tertentu yang boleh memberi alahan kepada kandungan dan diri anda sendiri.

Ketujuh, anda perlu mengambil makanan tambahan dan vitamin untuk diri dan kandungan anda. Saya sarankan anda mengambil Omega Guard yang merupakan minyak ikan tulen yang mempunyai banyak khasiat seperti membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin, membantu perkembangan memori janin, mengawal kolestrol dalam badan anda, mengawal berat badan berlebihan anda, dan menguatkan sistem imun badan untuk mengelakkan ibu terkena sebarang penyakit.  Selain itu, Omega Guard ini mempunyai banyak khasiat untuk memastikan anda kekal sihat semasa mengandung dan selepas melahirkan anak.  Anda boleh mengambil produk keluaran Shaklee ini pada awal kehamilan anda atau dengan lebih tepat lagi pada trimester pertama.

Omega Guard ini juga mampu untuk mencairkan darah yang terlalu pekat untuk ibu hamil. Perlu diingatkan, jika anda pernah mengalami masalah tumpah darah atau anda perlu menjalani pembedahan untuk bersalin, anda perlu mengurangkan pengambilan Omega Guard ini sebelum bersalin untuk mengelakkan sebarang masalah.

omega guard untuk ibu hamil









Jika anda berminat dengan produk ini, anda boleh menghubungi saya melalui :

Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Shaklee Independent Distributor
ID : 1171450
Sms/whatsapp/telegram : 012 9772806
Pengedar Shaklee Kampung Baru, Kuala Lumpur, Keramat, Bangi (seksyen 14 Teras Jernang sahaja) dan seluruh Malaysia.


2 ulasan:

  1. Ibu perlukan makanan yang berkhasiat.. penting untuk ibu dan kandungan..
    CARA HILANGKAN BINTIK HITAM DI WAJAH

    BalasPadam
  2. Kesihatan fizikal dan mental ibu sangat penting ketika mengandung kerana boleh mempengaruhi anak dalam kandungan

    :: anmashealthcare.blogspot.com ::

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.