Gambar Hiasan |
Seandainya para ulamak ini tidak
ditegur, nescaya agama Islam ini akan rosak. Ini kerana peranan ulamak di dalam
agama sangat penting sebenarnya. Bukankah ulamak itu perwaris nabi? Warisatul
anbia’? Jika ulamak sudah bertukar menjadi ular dalam semak, bagaimana
ulamak mahu menyambung tugas tugas Nabi Muhammad s.a.w dalam memartabat,
menyebarkan, dan mempertahankan Islam? Mari kita berselawat ke atas junjungan
besar kita Nabi Muhammad s.a.w : Allauhumma solliallamuhammad
waalaalimuhammad.
Saya melihat sekarang sudah
ramai ulamak yang sudah bertukar menjadi ular dalam semak! Apa maksudnya itu?
Maksudnya ulamak kini tidak lagi berperanan seperti yang sepatutnya. Mereka
menggunakan ilmu yang ada pada mereka untuk kepentingan diri dan kaum kerabat
mereka sahaja. Mereka mengeluarkan fatwa fatwa songsang sehingga memecahbelahkan
masyarakat sehingga ke hari ini.
Ramai ulamak pada masa kini
tidak menggunakan ilmu dan kepakaran mereka untuk mengembalikan masyarakat kepada
pemahaman Islam yang sebenar. Sebagai contoh, ketika penganjuran program ‘I
Want To Touch A Dog’ baru baru ini, ada sesetengah ulamak (ada kalanya ustaz
ustaz biasa) membenarkan dan ‘menghalalkan’ program tersebut dengan
mengeluarkan hujah hujah dangkal. Apabila ada ulamak yang menyokong peserta
peserta program tersebut, maka mereka bertambah berani untuk melakukan perkara
tersebut tanpa ada rasa takut mahupun gentar. Mereka berasa bangga melakukan
perbuatan tersebut tanpa rasa berdosa kerana disokong oleh ulamak ulamak yang
bertaraf ular dalam semak ini.
Apabila ulamak ulamak ini
mengeluarkan hujah hujah dangkal tersebut, maka masyarakat mula berpecah belah.
Masyarakat mula menjadi keliru dan tertanya tanya : siapa yang betul
sebenarnya? Sebagai ulamak, dia perlu faham akan masyarakatnya sendiri dan dia
mesti tahu sensitiviti masyarakat tersebut. Oleh itu, dia mesti mengeluarkan
pendapat berdasarkan sensitiviti masyarakatnya dan bukannya tambah mengelirukan
masyarakat.
Sebagai contoh, masyarakat di sini
telah mengamalkan mazhab Shafie sejak ratusan tahun lamanya. Di pemikiran
masyarakat sudah tertanam bahawa jangan menyentuh anjing secara sengaja kerana
anjing itu najis. Nanti susah mahu solat kerana perlu disertu terlebih dahulu.
Kemudian timbul satu ulamak yang entah dari ‘celah bedah mana’ mengeluarkan fatwa
anjing itu tidak najis mengikut mazhab Maliki. Ya, saya setuju tetapi kita
sekarang majoritinya mangamalkan mazhab Shafie. Mengapa mesti mencampur adukkan
mazhab hanya kerana satu program yang langsung tidak membawa apa apa kebaikkan
pun kepada Islam.
Kemudian muncul lagi seorang ulamak
yang entah dari ceruk rantau mana mengeluarkan hujah bahawa kalau mahu ikut
mazhab Shafie sangat, mengapa tidak mahu ikut dalam bab mengeluarkan zakat?
Bukankah dalam masyarakat Shafie membayar zakat dengan cara membawa makanan
asasi tempat tersebut seperti beras atau gandum untuk mebayar zakar? Sudah!
Ulamak itu mula mempertikaikan amalan biasa masyarakat Melayu/Muslim di negara
ini yang mengikut mazhab Hanafi dalam soal pembayaran zakat. Soalan saya,
mahukah dia membawa beras atau ke Pusat Zakat untuk membayar zakat? Jika dia
sanggup, silakan dan jangan sesekali mempertikaikan amalan biasa dalam
masyarakat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam pun.
Kita membayar zakat mengikut mazhab
Hanafi itu kerana untuk memudahkan orang ramai membayar zakat menggunakan wang
ringgit. Wang ringgit mudah diuruskan dan mudah diagihkan kepada penerima
penerima zakat. Jangan mengeluarkan hujah hujah dangkal semata mata untuk
memenangkan kaum kerabat sendiri.
Inilah masalahnya apabila ulamak tidak
menggunakan ilmu mereka dengan cara yang betul sehingga masyarakat bertambah
keliru dengan ajaran Islam itu sendiri. Ulamak tidak cuba menjelaskan sesuatu isu itu
mengikut hukum hukum yang sebenar sebaliknya membahaskan isu tersebut melalui
konteks yang lain.
Sebagai ulamak dia perlu memastikan
masyarakat sentiasa bersatu padu dan hidup dalam keadaan harmoni. Bagaimana
masyarakat mahu bersatu padu jika ulamak sendiri mengeluarkan hujah hujah
dangkal sehingga masyarakat berpecah belah? Kita lihat sahaja apa yang berlaku
selepas program ‘sesat’ itu berlangsung. Masyarakat bertikam lidah di dalam
media sosial untuk menegakkan benang yang basah! Untuk menentukan siapa yang
betul dan siapa yang salah. Salah siapa di dalam hal ini kalau bukan salah
ulamak?
Itu baru program program
sesat yang mengancam umat Islam. Belum lagi saya menyentuh tentang isu isu
politik yang menyebabkan masyarakat menjadi haru biru, tidak bersatu padu,
sembahyang dua imam, kafir mengkafir sesama muslim, dan memutuskan hubungan
silaturrahim sesama Muslim. Salah siapa dalam hal ini kalau bukan salah ulamak
yang bertaraf ular dalam semak?
Ulamak jenis ini terus mengeluarkan fatwa
fatwa songsang seperti orang itu kafir, sembangyang orang itu tidak sah, orang
itu akan masuk neraka, dan sebagainya. Jangan terkejut apabila ada ulamak jenis
ini yang sanggup buat firnah, mengumpat, dan mencaci dalam kuliah kuliah agama
demi untuk survival politik mereka. Oleh kerana mereka, umat Islam terus
bergaduh sesama sendiri oleh kerana belainan ideologi politik sahaja.
Jangan hairan bin terkejut
apabila kita melihat orang Islam terus mundur dan mundur hari demi hari kerana
umat Islam sekarang sudah tidak lagi mempunyai ulamak yang benar benar ulamak
tetapi bertaraf ular dalam semak! Ulamak yang sepatutnya berperanan sebagai warisatul
anbia’ dan guru umat Islam tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan
betul kerana menjaga periuk nasi dan kaum kerabat sendiri.
Antara tanda tanda kiamat
semakin hampir adalah apabila orang ramai sudah tidak lagi menyanjung ulamak
seperti dahulu tetapi menyanjung para artis, penyanyi, pelakon, pengacara,
penyampai radio dan sebagainya. Mengapa? Ini kerana ulamak sendiri yang
memecahbelahkan masyarakat! Ulamak tidak menjalankan tanggungjawab mereka
seperti yang sepatutnya dan mereka mengeluarkan fatwa fatwa songsang yang
mengelirukan pemikiran masyarakat. Oleh sebab itulah, masyarakat bertambah jauh
dengan ulamak. Umat Islam tidak lagi suka berdamping dengan ulamak sebaliknya
bangga berdamping dan berselfie bersama artis.
Ulamak perlu diperbetulkan semula
dengan kadar segera sekiranya kita tidak mahu melihat keadaan umat Islam
seperti sekarang. Ulamak perlu kembali kepada fitrahnya yang asal iaitu menjadi
ulamak yang benar benar pewaris nabi dan bukannya menjadi ulamak bertaraf ular
dalam semak. Jika keadaan ini masih berterusan di mana ulamak masih ego seperti
sekarang, mementingkan diri, periuk nasi dan kaum kerabat, maka tunggulah agama
suci ini diperkotak katikkan. Usah tunggu pada masa hadapan, sekarang pun sudah
banyak berlaku. Apa yang umat Islam lakukan? Sekadar membantah sahaja. mengapa?
Kerana ramainya ulamak yang bertaraf ular dalam semak. Kerana tidak ada ulamak
yang berwibawa sebaliknya ramai ulamak yang terbawa bawa.
Sekarang ni ramai sangat ustaz segera. Kebanyakannya bukan berpandukan Al-Quran dan sunnah tetapi lebih kepada Kitab Google dan Fb. wallahualam.
BalasPadamLama dah tak dengar gelaran 'luar dalam semak' nie. Salah ikut sesat jalan...
BalasPadamSalam pengenalan, Nama saya Jalalboy. Jemput untuk datang ke blog saya.. Jalalboy
BalasPadamUlamak cari makan..ALAMAK..
BalasPadam