Khamis, 6 November 2014

BERTINDAK GUNA AKAL, BUKAN NAFSU…

Sumber : Google

             Sejak akhir akhir ini pelbagai isu yang terjadi. Isu pegang anjing dengan sengaja, isu orang Islam sambut pesta Halloween, isu buli di asrama, isu kerugian 1MDB, isu pertubuhan SIS yang buat kerenah yang karut marut dan sekarang isu pukul pencuri motorsikal dan bogelkan sekali. Isu isu ini memang panas sehingga diulas oleh ramai blogger. Sedikit sebanyak turut mencuit diri saya sebagai blogger separa politik dan blogger isu isu semasa untuk mengulas isu yang sama.  

          Terus terang saya katakan, saya sangat tidak bersetuju sama sekali langkah yang diambil oleh orang kampung di Kelantan itu memukul pencuri sehingga berdarah darah kemudian bogelkan pencuri itu tanpa ada rasa belas kasihan. Ya, saya akui yang dia bersalah kerana mencuri motorsikal tetapi tindakan yang diambil ke atasnya langsung tidak munasabah! Mengapa dia tidak dihantar ke balai polis sahaja? Mengapa kita mesti pukul dan bogel dia sekali? Apa kebaikkan yang kita dapat?


         Saya lihat orang Islam sekarang suka bertindak seperti orang kafir. Jika orang kafir saya faham sekiranya dia bertindak begitu tetapi ini orang Islam, di mana iman kita? Bukankah sabar itu separuh daripada iman? Tidak ada rasa belas kasihan dan perikemanusiaankah dalam hati mereka?

        Sebagai orang Islam, kita mesti bertindak mengikut akal kita. Apa guna Allah beri akal tetapi kita tidak guna? Jangan sesekali bertindak mengikut nafsu amarah kita. Lupakah kita pada pepatah Melayu : ikut nafsu pasti lesu, ikut hati pasti mati dan ikut rasa pasti binasa. Mengapa kita masih tidak sedar?

         Jika saya jadi mereka, saya hanya akan pukul sekali dua (tanpa cedera) kemudian saya akan hantar ke balai polis. Apa guna ada polis dan undang undang jika tidak guna? Apakah polis dan undang undang itu hanya bertindak sebagai hiasan sahaja?

        Sudahlah mereka memukul budak itu sehingga berdarah darah, kemudian bogelkan pula. Apakah mereka tidak sedar yang mereka sudah menjatuhkan keaiban budak itu? Cuba anak mereka orang lakukan seperti itu, apakah mereka suka? Tepuk dada dan tanya iman kita.  

        Mengapa umat Islam/Melayu sering bermasalah? Kerana mereka sering bertindak tanpa menggunakan akal sebaliknya menggunakan nafsu semata mata. Mereka buang perasaan belas kasihan mereka hanya kerana mengikut nafsu amarah mereka sahaja. 

        Oleh itu, saya menasihati kepada semua pembaca blog ini supaya bertindaklah mengikut akal yang telah Allah berikan kepada kita. Jangan sesekali menggunakan nafsu, rasa dan hati kerana itu akan memusnahkan hidup kita di belakang hari. Tidak percaya? Cuba lihat berapa ramai orang yang berjaya jika mereka ikut rasa, nafsu dan hati? Tidak ada! 









5 ulasan:

  1. Mencuri tu memang la salah tapi membuka aib orang tu lagi la salah. Kot ya pun nak mengajar, bukan gitu caranya. Rasanya orang menghukum pun tak kawal nafsu amarah. Dengarnya sebelum orang masjid (surau) boleh bertindak, orang ramai dulu bogelkan budak nie. Orang masjid tak leh nak buat apa.

    BalasPadam
  2. macam-macam hal sekarang ni.. takut pulak jadinya

    BalasPadam
  3. hmmm...sy xsanggup nak tgk gmbr tu (-_-)

    BalasPadam
  4. Terlalu ikutkan emosi begini la jadinya...

    BalasPadam
  5. Akal bukan agama tapi mengawal akal hendaklah berpandukan agama..

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.