Rabu, 5 November 2014

HALLOWEEN TANPA MELAYU?

         
Halloween tanpa melayu?
Anak anak Melayu sambut Halloween

            Zaman sekarang ramai Melayu sudah berubah. Melayu bukan sahaja mudah lupa tetapi sudah sampai ke tahap hilang ingatan! Melayu sekarang tidak sama dengan Melayu dahulu. Melayu dahulu patuh pada agamanya, patuh pada bangsanya dan sayang akan negerinya. Melayu sekarang (segelintirnya) bukan sahaja sudah lupa akan bangsa dan negaranya malahan juga kepada agamanya.

         Melayu sekarang suka buat kerja karut marut untuk meraih populariti, mendapatkan wang ringgit, mendapatkan kuasa, mahu menjadi moden tanpa mengira ajaran agama dan budaya bangsanya. Sebab itu Melayu sekarang sudah rosak dan lemah! Bukan kerana bangsa Melayu itu lemah tetapi kerana Melayu itu sudah lama tinggalkan ajaran agamanya iaitu Islam. Ingat, Saidina Umar pernah berpesan : “orang Islam itu kuat kerana adanya Islam”. Bagaimana kita mahu kuat kalau Melayu itu tinggalkan Islam?

         Kalau dahulu kecoh serata Melaysia tentang program pegang anjing secara sengaja, sekarang pula timbul isu Melayu mahu sambut pesta Halloween. Pesta menjadi hantu yang hanya diamalkan di negara negara Barat sahaja.  Sekarang, oleh kerana mahu menjadi bangsa yang maju, Melayu sanggup buat kerja kerja karut dengan menyambut pula pesta Halloween itu di negara ini.

          Saya tidak tahu apa tujuan sebenar pesta ini dibuat? Adakah mendatangkan seribu kebaikan jika pesta ini berlangsung? Saya langsung tidak nampak kebaikan yang timbul dari penganjuran pesta pesta sebegini. Apa yang saya nampak pemikiran orang Islam semakin lama semakin terjajah dengan kerenah kerenah orang Barat yang langsung tidak mencerminkan ketamadunan yang baik itu. Mengapa Melayu mesti ikut mereka?

         Benarlah sabda Nabi Muhammad s.a.w : “di akhir zaman nanti kamu akan ikut orang orang kafir ini sehingga jika mereka masuk ke lubang biawak pun, kamu pasti akan ikut mereka.” Mari kita berselawat ke atas Nabi : Allahumma sollialamuhammad waalaalimuhammad. Orang kita sekarang semakin lama semakin seronok mengikut sikap orang orang Barat walaupun jelas bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri.

          Bukankah Allah menyuruh kita menjauhi syaitan dan jin? Mengapa kita mesti menjadi seperti makhluk itu? Mengapa kita mesti berpakaian seperti mereka? Mengapa kita mesti berkawan dengan mereka? Mengapa kita mesti suka meraikan mereka melalui pesta itu? Sudah jelas di dalam Islam yang Allah meminta kita membaca ayat istiazah untuk menghindari syaitan tetapi mengapa kita mahu mendekatkan diri kita dengan syaitan? Adakah kita sudah bertukar menjadi setan?

         Saya teringat satu kata kata Raja Louise ke 16 (Raja Peranchis) ketika ditahan di dalam penjara selepas tewas di dalam Perang Salib : “kita tidak mungkin dapat mengalahkan orang Islam dengan pedang dah darah kerana mereka berperang untuk mati tetapi kita boleh mengalahkan mereka dengan cara merosakkan pemikiran mereka.”        

         Sudah terang lagi bersuluh bahawa umat Islam/Melayu di Malaysia sudah diserang pemikirannya dengan perkara perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran agama. Oleh sebab itu mereka tidak takut untuk melakukan perkara yang karut marut seperti pegang anjing dengan sengaja dan menyambut pesta Halloween ini. Ini kerana pemikiran mereka sudah terjajah oleh musuh musuh Islam yang sememangnya berusaha keras untuk merosakkan Islam dari dalam.

        Islam ini dirosakkan oleh musuh musuh Islam dengan cara menyuntik pelbagai aliran pemikiran sesat campur songsang di dalam masyarakat Islam dan akhirnya masyarakat Islam sendiri yang merosakkan agama Islam dari dalam. Memandangkan masyarakat Islam itu sendiri cetek ilmu pengetahuannya, maka mereka mudah terpengaruh dengan suntikan aliran pemikiran songsang campur sesat itu.

         Oleh itu, saya nasihatkan kepada pembaca entri ini supaya membentengi diri kita dengan ilmu, amal dan iman agar kita tidak mudah terjerumus dan terikut ikut dengan aliran pemikiran songsang yang dibawa oleh pembenci pembenci Islam ini. Ingatlah, mereka sesekali tidak pernah lupa untuk menghancurkan kita tetapi kita yang selalu alpa dan leka akan jerat yang dipasang oleh mereka. Wallahualam…
















8 ulasan:

  1. Sebahagian dari kita tidak sedar bahawa mereka sedang dirosakkan...

    BalasPadam
  2. saya pun heran dan tertanya2.. kenape mengangung2kan sangat perayaan xmasuk akal itu.. mungkin hanya utk brseronok tapi keseronokan itu tidak mendatangkan faedah sekaligus membelakangkan nilai2 ajarn agama serta tatasusila kita sebagai melayu... sedih.. mana silapnya...????

    BalasPadam
  3. Melayu mungkin pada nama , apa perlunya melayu tetapi negara barat juga yang di ikutnya. Saya pun x faham apa motifnya orang melayu yang beragama islam pulak tu meraikan pesta Halloween. Nape ek ??/ Question mark kan??????

    BalasPadam
  4. nauzubillah...jaga dan didiklah pewaris generasi kita dengan didikan agama secukupnya
    jom baca:Cara Nak Susu Badan Meriah

    BalasPadam
  5. ada segelintir yang terlalu mengejar keseronokkan...yang tak sepatutnya dibuat...yang itulah yang mereka seronok nak buat

    BalasPadam
  6. apabila mereka hanya ikut2.. tidak tahu apa makna orang barat merayakan pesta tersebut..
    CARA RAWAT SENGGUGUT DENGAN BERKESAN

    BalasPadam
  7. Pesta haloween plk?kenapa la pelik2 je skrg ni..Seramnye..Camne la zaman anak2 kita nant..

    bondaseri.blogspot.com

    BalasPadam
  8. Masuk lubang yang sama dengan yahudi dan nasrani..

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.