Perhimpunan Agung UMNO (PAU) membuka tirainya pada
hari ini. Sudah pasti berduyun duyun perwakilan UMNO di seluruh negara akan
datang ke PWTC untuk mendengar ucapan perwakilan, amanat daripada Presiden,
Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri. Dan sudah
pasti juga pelbagai perkara yang akan dibahaskan pada perhimpunan kali ini.
Walau apa pun, diharapkan perhimpunan ini memberi
erti yang besar bukan sahaja kepada UMNO, tetapi juga kepada agama, bangsa dan
tanah air yang tercinta ini. Pastikan agenda pembangunan agama, bangsa dan
tanah air menjadi perbahasan utama dalam perhimpunan. Tidak guna kita
berhimpun tetapi hanya sekadar berhimpun. Agenda untuk memperkasakan agama,
bangsa dan tanah air tidak dibahasakan secara meluas.
Tidak guna datang dari segenap pelusuk negara semata
mata hanya mahu gelak ketawa sahaja di dalam perhimpunan itu. Untuk apa kita
menghabiskan wang ringgit semata mata kerana itu? Tukang ampu, kaki bodek, dan yesman,
jangan diberi tempat di dalam perwakilan UMNO. Seandainya ada, nescaya parti
keramat orang Melayu itu nasibnya berada di hujung pedang!