Selasa, 21 Jun 2016

NOVEL : MELUNAS DENDAM BAB 13



 


          “Abang Shuib dah balik Hamad?” Soal Fauziah yang duduk di kerusi rotan berlapikkan bantal tipis di ruang tamu rumah Hamad itu. Rumah Hamad agak kecil sedikit berbanding dengan rumah Hafizah dan sangat kecil jika hendak dibandingkan dengan rumah Norin. Namun, dia masih bersyukur dapat tinggal di situ kerana sekurang kurangnya dia ada tempat untuk berteduh daripada duduk di tepi jalan.

          “Dah bu...” Hamad menjawab pendek. Acuh tak acuh. Dia menyalakan sebatang rokok dan menyedutnya rakus. Kemudian dia menghemburkan asap putih ke udara.

          “Kau apa khabar Mad? Lama ibu tak jumpa kau. Dah lama kau tak jenguk ibu. Masa ibu kat kampung pun kau tak balik. Masa ibu kat rumah Hafreez pun kau tak datang jenguk. Kenapa Mad? Kau bencikan ibu juga ke macam kakak kakak kau?” Fauziah bertanya juga walaupun dia sudah tahu jawapannya. Razali tidak ada di situ kerana dia sedang menunaikan solat Zohor. Farah pula sedang sibuk melakukan sesuatu di dapur.

          “Malas nak cakap bu. Saya takde la benci ibu tapi ibu fikirlah apa yang ibu buat dekat saya dulu tu betul ke tak.” Jawab Hamad tanpa memandang wajah ibunya. Matanya asyik tertancap di peti televisyen yang entah menayangkan rancangan apa.  

          “Ibu duduk sini ibu kena terimalah cara saya sebab ni rumah saya. Jangan nak memandai mandai buat itu ini. Lagi satu duduk rumah saya ni takde la mewah macam duduk rumah abang Shuib. Jangan ibu cerita itu ini kat sedara mara kita pula yang saya ni miskin la, makan tak cukup la, rumah kecil la, rumah panas la...saya tak dengar semua tu.”

          “Sampai hati kau tuduh ibu macam tu. Takkan la ibu nak cakap macam tu kat saudara mara kita. Ibu syukur sangat dapat tinggal rumah kau ni.”

          “Eleh, macam saya tak tahu pula perangai ibu tu. Bab bab nak membuka aib anak anak ni nombor satu.” Hamad mencebik. Fauziah diam cuma. Dia tidak ada ayat untuk membalas apa yang Hamad perkatakan kerana apa yang diucap oleh Hamad itu ada benarnya.

          “Okeylah, ibu rehat dulu. Farah dah siap masak tu. Jap lagi kita makan tengah hari sama.” Ujar Hamad dan lantas bangun untuk menuju ke biliknya. Fauziah menghantar pemergian Hamad itu dengan pandangan mata. Kemudian pandangannya beralih ke peti televisyen yang sedang menayangkan sebuah rancangan kewanitaan di TV1. Setitik air jernih jatuh dari tubir matanya.

......................................................................................................................

          Seusai makan malam, Fauziah menghampiri Farah yang sedang leka melipat baju sambil menontotn televisyen. Anaknya, Iman yang berusia sembilan tahun itu sedang leka menyiapkan kerja sekolah di sisinya. Fauziah mengambil sehelai baju dalam timbunan baju yang ada kemudian melipatnya bersama sama dengan Farah.

          “Eh ibu...ibu tak payah buat la. Susah kan ibu je.” Farah melarang dengan lembut setelah menyedari kehadiran Fauziah di  situ.      
          “Takpe Farah, ibu bosan. Tolong tolong kau lipat baju ni takde la bosan sangat.” Balas Fauziah. Farah mengangguk tanda bersetuju.

          “Ayah mana bu?”

          “Ayah kau dah tidur dah lepas solat Isyak tadi. Dia kata dia penat sangat. Mungkin sebab penat berkemas kot pagi tadi masa sampai kat rumah kau.” Farah sekadar mengangguk. Dia terus melipat baju yang bertimbun itu sambil menonton televisyen.

          “Farah, ibu nak tanya, biasa ke Hamad pulang lewat macam ni? Dah pukul 9.30 ni, dia tak sampai sampai lagi pun kat rumah.” 

          “Biasa sangat bu. Tapi biasanya dia balik takde la lewat sangat. Pukul sebelas biasanya dia dah sampai rumah dah. Kenapa bu?”

          “Takde apa. Saja tanya. Kadang kadang ibu kesian dengan hidup kau berdua. Yalah, kau tengoklah kak ngah Norin dan kak long Hafizah tu. Diaorang tu senang senang belaka. Hamad dengan kau pula yang hidup susah. Berkali kali dulu ibu pesan kat Hamad dulu supaya belajar rajin rajin. Masuk univerisiti. Tapi dia tak nak. Nak juga ikut kawan kawan dia berpeleseran tak tentu hala. Kalau dia belajar betul betul dulu, mesti dia dah senang macam kak long Hafizah dan kak ngah Norin tu.” Fauziah bercerita dengan panjang lebar. Farah sekadar tersenyum mendengar kata kata ibu mertuanya.

          “Dah la tu bu. Tak payah dikenang lagi kisah yang lama. Kitaorang bersyukur dapat hidup macam ni. Asalkan kitaorang boleh makan dan boleh ada rumah yang selesa pun dah cukup dah. Cuma tu la, kitaorang terpaksa berhutang sana sini sebab nak bayar tu, nak bayar ni.” Ada riak sedih dalam nada suara Farah itu.

          “Kau pun kerja kan Farah? Takkan tak cukup kot sampai kena hutang sana hutang sini? Duit hasil bawa teksi si Hamad tu pun tak mampu ke nak tampung hidup korang tiga beranak? Ibu bukan apa, selalu sangat ibu dengar si Hamad tu jumpa Hafreez kat pejabat nak pinjam duit. Ibu kesian tengok dia.”  

          “Saya kerja bu. Jadi promoter kat pusat membeli belah kat Jalan Bukit Bintang tu. Tu la yang saya pelik dengan abang Hamad tu. Dia bawa teksi sampai malam tapi bila tanya mana duit, dia cakap dah habis bayar itu ini. Bayar maintenance teksi la, permit teksi la, apa la. Saya pun tak tahu. Sebab tu duit saya je yang banyak habis nak beli segala keperluan kat rumah ni. Duit dia jarang sangat keluar. Saya bukan nak mengungkit bu cuma saya rasa pelik je. Sepatutnya sebagai suami dia yang kena keluar duit lebih, bukan saya.”

          “Hmm...takpelah Farah. Kau doa la banyak banyak semoga hidup kau senang. Ibu akan selalu mendoakan hidup korang dua akan kekal sejahtera sampai bila bila.” Kata Fauziah akhirnya dan terus menyambung membantu Farah melipat baju yang menimbun itu.    



0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.